Chapter XXXIX

26 4 0
                                    

"LEPAS dua tahun duduk dengan korang, Clarina ambil keputusan untuk larikan diri. You know what? Bapak kau rasa bersalah sangat-sangat sampai dia sanggup turun padang untuk cari anak dia. Dia sanggup korbankan nyawa dia untuk cari anak dia tapi tak dapat. Dia mati dalam keadaan penuh penyesalan atas sebab kesilapan dia sendiri", jelas Brad bersama senyuman sinis di bibir.

"Kau jangan nak mengarut. Aku tak ada kakak la. Kitorang berdua je anak mommy dengan daddy. Kau jangan nak mereka cerita la sial!", kata Nicholas dengan wajah garangnya.

Brad mengangkat kedua-dua bahu sambil mencebikkan bibir.

"It's up to you to believe me or not. Yang aku tahu aku dah bagitahu cerita sebenar. Clarina ada dengan kami sekarang ni. Jadi kau nak jumpa dia atau tak?", kata Brad lagi.

Diam. Masing-masing masih lagi keliru dengan cerita Clarina itu. Mustahil dia ada kakak. Memorinya bersama gadis bernama Clarina langsung tidak terpahat di kepala. Tak mungkin mereka ada saudara lain selain diri mereka sendiri.

"Lǎoshī, wǒmen bùnéng chuǎng rù zhège fángjiān. Ānjiǎn tài yán (Master, kami tak dapat pecah masuk bilik ni. Security dia ketat sangat)", sampuk satu suara dari earpiece yang dipakai oleh MIA.

"Méiguānxì. Wǒmen bù xūyào tāmen (It's ok. Kita tak perlukan mereka)", kata Kai dengan mata masih setia memandang ke arah Lawrence.

"Suǒyǐ zěnme huí shì? Wǒmen xiànzài xiǎng zuò shénme? (So macam mana? Kita nak buat apa sekarang ni?)", soal Brad sambil tersenyum.

"Shāle tāmen? (Kill them?)", cadang Mia.

"Bùgòu (Tak cukup)", bantah Kai.

The Lawrence sudah berpandangan sesama sendiri. Memang satu hapak pun dia tak faham apa yang dorang cakap sekarang ni. Time-time macam ni la kau nak bermandarin bagai.

Tanpa mereka sedar, Timothy sudah bergerak ke arah Lionel. Tubuh jejaka itu diheret ke tepi dan disembunyi di belakang almari pinggan mangkuk Lillian.

Kemudian dia memberi isyarat kepada ahli Lawrence yang lain untuk menyerang mereka dari pelbagai penjuru. Mereka mula membuka gelanggang dan mengepung MIA. MIA yang sedar akan hal tersebut segera merapatkan diri antara satu sama lain dan bersiap sedia dengan senjata di tangan.

"Kau pasti kau tak nak jumpa Clarina?", soal Brad seolah-olah mahu memancing the Lawrence.

"Pasti dan terlebih pasti!", kata Nicholas yang terus menerpa ke arah Brad sebelum buku limanya dihalakan ke wajah kacak itu namun Brad sempat mengelak.

Dan bermula lah acara tumbuk menumbuk mereka di malam yang kelam itu.

"GODDAMMIT, call ambulance you dumbass!", arah Xander sebelum dia menerpa ke arah Xaven yang sedang terlentang tidak sedarkan di tepi kolam renang.

Sewaktu dia tiba di ruang tamu tadi dia terlihat akan sekujur tubuh kaku diluar. Ingatkan Xandra.

Kepala Xaven yang cedera dan berdarah itu dipangku erat. Pipi pucat itu ditepuk beberapa kali.

"Xaven. Wake up Xaven. Wake the fuck up you idiot", tubir mata Xander yang bergenang itu ditahan agar air matanya tidak tumpah. Dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan anak-anak buahnya.

Boom! Splash!

Xander terkedu seketika apabila bunyi letupan terhasil dari tingkat atas dan percikan air yang kuat dari kolam renang. Perlahan-lahan kepalanya dikalihkan untuk melibat objek yang baru saja terapung di permukaan kolam. Matanya membulat besar.

Mrs. Lawrence [COMPLETED] [RE-EDIT] Where stories live. Discover now