Chapter XL

24 3 0
                                    

XAVIER yang baru saja mendarat di bumi Amerika itu terus bergerak ke hospital bagi menemui adik-adiknya. Hospital keluarganya dituju.

"Bro"

Xander yang sedang bersandar pada kerusi itu terus mengangkat kepalanya apabila dia mendengar suara yang amat dia kenali. Kelihatan Xavier sedang berlari ke arahnya sebelum tubuh Xander didakap erat.

"Kau ok? Yang lain macam mana?", soal Xavier cemas.

Xander memandang pelik ke arah abangnya. Apahal gelabah sangat mamat ni?

"Jill tak bagitahu kau ke?", soalnya kembali.

"Ada tapi aku nak tahu juga"

Xander menjuihkan bibir sebelum kembali duduk. Dia menyuruh Xavier duduk di sebelahnya.

"Semua ok kecuali Xaven", beritahu Xander dengan suara yang berubah kendur.

"Ke-kenapa dengan dia?"

"Doktor kata probably dia untuk mati otak tu tinggi. Aku nak cakap lebih pun aku tak faham sangat apa yang doktor tu cakap. Saraf...apatah tadi. Pastu kalau Xaven sedar pun dia mungkin akan cacat. Tak normal macam selalu", beritahu Xander dengan kepala yang menunduk.

Terkedu Xavier mendengar kenyataan Xander. Dia meraup wajahnya sebelum tangan diletakkan di atas kepala. Tuhan, dugaan apa lagi ni?

"Xayne dengan Xandra?", soal Xavier.

"They're fine"

Sebaik saja mendengar dua lagi adiknya selamat, dia menarik nafas lega. Mungkin salahnya juga sering keluar rumah membiarkan keluarganya sendirian.

Krak!

"Xan, lapar-"

Xander dan Xavier mengangkat muka. Kelihatan Xaven sedang berdiri di muka pintu yang terbuka selaruh itu. Dia yang hanya memakai baju hospital tersentak melihat abang sulungnya itu. Bibir mengukir sengihan sebelum dia kembali menutup pintu wad.

Xander menepuk dahi. Dasar anak bodoh!

Xavier terus memandang ke arah Xander yang sudah menghentak-hentak kaki itu. Pantas tangannya naik dan mencekik leher adiknya.

"Bodoh, kau cakap dia mati otak, cacat bagai. Ni aku tengok dia elok je hidup macam kau. Kau scam aku ke bodoh?", soal Xavier geram.

"Ark! Aargh sakit la! Yela aku prank je tadi!", Xander mengaku kalah. Tangan Xavier yang mencekik lehernya dipegang. Kuatnya dia cekik aku!

Xavier melepaskan leher Xander dengan kasar sebelum dia merengus geram. Eeii budak ni. Ingat kelakar ke sial?

NICHOLAS merehatkan badannya di atas katil sejak peristiwa malam tadi berlaku. Rasa sakit dan sengal badan masih lagi dapat dirasai oleh jejaka itu meskipun lukanya telah dirawat. Telefon yang berada di nightstand diambil sebelum dia menekan aplikasi penjejak.

Dia memandang pelik ke arah titik merah yang berkelip itu. Lama. Hospital?

Tanpa menunggu lama, jejaka itu bangun dan bersiap sebelum melangkah ke tingkat bawah dengan menggunakan lif. Tiba saja di tingkat itu, dia melihat keluarganya sedang melakukan kerja di ruang tamu.

Kening Nicholas terjungkit. Sakit-sakit pun nak buat kerja ke?

"Eh Nick. Kau nak pergi mana?", soal Lionel yang sedang menaip sesuatu di laptop.

Jejaka bermata coklat itu sudah sedar sejam selepas mereka berlawan malam tadi.

"Aku ada hal kejap", Nicholas terus melangkah keluar tanpa berpaling lagi. Audi R8 miliknya dihampiri sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Mrs. Lawrence [COMPLETED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin