Chapter XIX

28 3 0
                                    

"AKU terima nikahnya Sri Amanda binti Ferdinan Salleh dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Riana Hazreen binti Hafiz dengan mas kahwin sebanyak RM101 ringgit tunai"

THE triplets dan Lionel melangkah masuk ke dalam sebuah pasar raya untuk membeli barangan dapur yang semakin berkurang. Banyak mata memandang ke arah mereka sebaik saja mereka muncul tadi. Tidak kurang juga ada yang mengambil gambar dan video mereka secara sembunyi.

Excited agaknya jumpa manusia-manusia kacak macam dorang tu. Bak kata Nicholas, aku sangat kacak sampaikan aura kacak tu melekat kat korang tapi for sure aku paling kacak.

Tiba saja di bahagian barang basah, mereka mula berpecah. Argemy dan Lionel bergerak ke arah ikan, ayam, daging semua tapi Timothy dan Jeremy bergerak ke arah barangan berbotol dan berbungkus.

"Bro, fish sauce ni yang mana? Ni ke ni?", soal Jeremy sambil memegang dua botol plastik berisi cecair berwarna hitam.

Timothy yang sedang melihat jenis tepung itu mendongak memandang adiknya. Dua botol itu dilihat.

"The left one", jawab Timothy lalu dia memandang semula ke arah tepungnya.

Jeremy meletakkan semula botol di tangan kanan ke raknya ssmula. Botol sos ikan diletakkan di dalam troli. Timothy kembali bangkit dengan memegang dua plastik tepung dan diletakkan di dalam troli.

"What else?", Timothy menyoal.

"Emm what's this? Sagu, soda ice cream, vanilla ice cream, serbuk jintan manis, jintan putih, Cadbury buble? Kinder bueno and kinder joy. Pastu dia tulis sunflower oil, sesame oil, olive oil, tisu yang ada corak bunga, Maggie cup pedas giler tak nak perisa tomyum, then-"

"Eh eh. Budak Army ni dia nak borong satu supermarket ni ke? Banyak gila barang dia", celah Timothy apabila mendengar terlalu banyak barang keperluan yang mahu dibeli oleh adik bongsunya. Berkerut dahi dia. Coklat-coklat tu barang keperluan ke?

"Mana aku tahu. Adik kau. Dah la jom", kata Jeremy lalu dia menyimpan telefon ke dalam kocek seluar dan berjalan mendahului abangnya.

"Adik aku adik kau juga", desis Timothy perlahan.

SETELAH tamat membeli-belah mereka berhenti di sebuah restoran untuk menjamu selera. Dah dinner pun lapar lagi. Hmm.

"Ye, sabar la. Kitorang berhenti makan je. Kau nak order apa-apa tak? Noah? Tu je? Emm kalau ada aku bungkus la sebab aku tak nampak pulak dalam menu. Ye tau. Ok", panggilan ditamatkan. Argemy meletakkan telefonnya di atas meja.

"Nick nak apa?", Timothy menyoal.

"Dia minta tapau", jawab Argemy lalu menyambung semula sesi makannya.

"Aku nak pergi toilet jap. Nak kencing", Jeremy bangun dan beredar dari restoran tersebut.

"Aku nak pergi juga", Timothy juga bangun dan mengikut langkah adiknya.

Mereka tiba di sebuah tandas awam berhampiran dan melepaskan hajat masing-masing. Setelah siap, mereka berjalan kembali semula ke restoran tadi.

"Reydon?"

Satu suara memanggil dua beradik itu membuatkan kaki berhenti melangkah ke arah restoran. Dia berpaling dan melihat satu susuk tubuh lengkap berpakaian serba hitam berdiri di hadapan mereka. Hanya sepasang mata yang dapat dilihat oleh mereka kerana figura itu memakai pelitup muka.

"Who are you?", Jeremy menyoal. Tangan sudah bersedia mahu mengambil pistol dalam hoodie.

"Surprise!"

Mrs. Lawrence [COMPLETED]Where stories live. Discover now