Chapter XXIX

21 3 0
                                    

DIAM. Sunyi. Sugul.

Itu antara perkataan yang boleh dikaitkan kini dengan Nicholas sekeluarga. Masing-masing sudah menampal segala jenis pembalut luka pada badan. Namun apa yang lebih teruk ialah Argemy.

Adik bongsu Timothy dan Jeremy itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dia telah mengalami perdarahan yang teruk di kepala. Argemy langsung tidak sedarkan diri setelah mereka beberapa kali cuba mengejutnya.

"Noah, aku-"

"Not now Lio", pintas Noah. Dia bersandar pada dada sofa dan merehatkan kepalanya mendongak ke atas. Mata dipejam rapat.

Lionel memandang sekeliling. Masing-masing menundukkan wajah. Memikirkan keberadaan isteri-isteri mereka. Dia menghela nafas perlahan.

"Ye aku tahu korang tengah frust sekarang ni tapi dengar dulu apa aku nak cakap ni", kata Lionel dengan tangan elok memegang telefonnya.

"Apa Lionel?", soal Timothy mendatar.

"Aku dah jumpa location dorang"

MATA yang terasa berat dibuka perlahan-lahan. Suasana biliknya diamati sebelum matanya tiba-tiba terbuka luas. Dia terbungkam melihat sesuatu yang berada di depan matanya kini. Dia cuba bangun namun hampa apabila dirinya terikat pada kerusi.

"Lillian!", panggil Xandra.

Lillian, Riana dan Amanda sedang terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki yang terikat. Xandra cuba merungkai ikatan di tangannya namun tidak berjaya.

"Lillian!", panggilnya lagi. Ketiga-tiga wanita itu tidak memberikan sebarang reaksi mahupun bergerak walau seinci.

Tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka dari luar dan empat orang manusia berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Xandra memandang hairan. Who's that?

"Good morning", sapa Mia sambil tersenyum ramah.

"Siapa kau?", soal Xandra. Dalam masa yang sama, dia masih cuba merungkai ikatan di tangannya.

"I'm Mia. This is Kai, Kim and Brad. We're friends", kata Mia ceria.

"Mia?", dia baru teringat akan sebaris nama tersebut. Jadi yang dekat depan dia ni...

"Kau mesti ingat MIA big letter kan? Tet! Salah. MIA big letter is our team named", ujar Mia bagi membetulkan pemikiran gadis dihadapannya ini.

"Apa kau nak?", soal Xandra. Matanya tepat memandang ke arah anak mata Mia yang masih lagi terssnyum itu.

Kim bergerak ke arah tiga orang wanita yang telah terbaring itu sebelum dia mencangkung di hadapan Lillian. Dia membelek wajah Lillian sebelum dihalakan ke arah Xandra.

"Kau kenal kan dia siapa?" soalnya.

"Kalau kau nak aku, kau lepaskan dorang. Dorang tak ada kena mengena dalam hal ni", kata Xandra. Dia tahu MIA ni dah attacked Lawrence beberapa hari lepas tapi tak bermakna dorang kena culik isteri mereka untuk dijadikan umpan.

"Siapa kata? Selagi duit yang kitorang nak tak dapat lagi, selagi tu la semua yang ada kaitan dengan kau akan jadi mangsa", ujar Mia dengab tangan dilipat rapat ke dada.

"Straight to the point please", celah Brad dengan wajah bosan. Budak-budak ni nak buat reunion ke apa?

"Jadi kau la yang musnahkan depot Xavier kat Aussie semata-mata untuk dapatkan duit tu kan?", Xandra menyoal.

"Bukan tu je. Macsen pun antara target kami. Family kau dah mendominasi semua illegal business di seluruh dunia. Jadi kami tak ada pilihan lain selain hapuskan korang semua", beritahu Kai dengan wajah seriusnya.

Mrs. Lawrence [COMPLETED]Where stories live. Discover now