Ciuman menjadi semakin ganas. Xaviera dalam diam mengalirkan air matanya. Ini kedua kalinya dia dapat sentuhan hangat dari Haider. Itu hari pelukan dan kini ciuman dari seorang suami.

Rasa itu hanya menetap sekejap apabila terasa ada tolakan dari Haider. Kedengaran aturan nafas Xaviera yang berat begitu juga dengan Haider. Masing-masing lemas dengan ciuman tadi.

"Kau memang tak guna Viera! Kau sengaja ambil kesempatan ni, kan?"

"Awak ego Haider. Kenapa awak nak nafikan perasaan awak? Kalau awak suka, cakap suka. Senang kan!" balas Xaviera dengan geram.

"KAU JANGAN NAK BERANGAN!!" ditolak kuat dahi Xaviera kemudian dia keluar dari ruang dapur.

"Ego!" kutuknya seusai bayangan Haider menghilang disebalik dinding.

...

Haider dari tadi hanya diam ditempat duduknya. Lelaki itu langsung tak bergerak membuatkan Fathi dan Emyr pelik.

Mereka kini berada di rumah Haider, rumah tempat mereka selalu lepak atau kalau ada masalah, disinilah mereka akan berada.

"Takkan kau panggil kami hanya untuk nampak kau termenung macam ni?" suara Fathi mula kedengaran setelah lama mereka semua menyepi.

Haider tersedar dari lamunannya dan dengan kasar mukanya diraup. Nampak sangat yang dia sedang ditimpa masalah.

"Besar sangat ke masalah kau ni? Cuba cerita dengan kami, mana tahu ada yang boleh kami bantu." Kali ini suara Emyr kedengaran.

"Aku...Viera..." Fathi dan Emyr saling berpandangan sebelum senyuman kecil terbentuk di bibir masing-masing.

"Kenapa dengan Viera?" sengaja sahaja mereka soal Haider sedangkan mereka dah tahu apa maksud disebalik keserabutan di wajah Haider.

"Aku rasa Viera dah bomohkan aku," serius sahaja muka Haider menceritakan perihal tersebut.

"Kau jangan main tuduh je. Walaupun Viera tu tak sempurna dalam ilmu agama tapi aku yakin dia tak akan buat benda terkutuk tu." Kata Emyr membela Xaviera.

"Tapi tak mungkin aku..." ayat Haider terhenti. Fathi dan Emyr menanti sahaja ayat Haider yang tergantung.

"Arghhh!!" serabut dia memikirkan hal ini. Tak mungkin dia dah jatuh cinta dengan isterinya.

Fathi tersenyum kecil. Begitu juga dengan Emyr.

"Viera tak perlu pakai bomoh untuk buat kau jatuh cinta, cukup dengan keikhlasan dan ketulusan cintanya buat kau jatuh cinta dengan Xaviera." Ujar Fathi sambil dia silangkan kakinya.

"Tak mungkin!" Haider menggelengkan kepalanya. Tak mungkin dia dah jatuh cinta.

"Apa yang tak mungkin? Dah sewajarnya pasangan suami isteri itu saling mencintai antara satu sama lain barulah hubungan rumah tangga semakin kukuh. Yang tak mungkin itu, bila kau jatuh cinta dengan perempuan lain yang tak ada kaitan dengan kau."

"Tak mungkin! Aku nak letak mana Annisa?" soal Haider kepada mereka berdua.

"Letak je lah tepi jalan. Pandai lah dia nak hidup sendiri," ujar Emyr dengan malas.

"Tak lawak lah babi!" marah Haider. Emyr terus membuang muka, bela lah sangat si Annisa tu.

"Viera memang dah bomohkan aku. Mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Aku dah janji dengan Annisa yang aku akan cintakan dia selama-lamanya. Tiada perempuan lain selain Shaheen Annisa."

"Kalau aku cakap kau bodoh, nanti kau marah aku. Tapi masalahnya kau memang bodoh." Geram Emyr dengan kebodohan yang ditunjukkan oleh Haider.

"Sekarang ni biar aku ajar kau tentang hal percintaan." Emyr menyilangkan kakinya dengan bangga dan tangan dilipat di dada.

"Aku tahu sekarang kau dalam dilema dengan hati kau sendiri. Kau dah mula cintakan Xaviera dan pada masa yang sama kau takut untuk sakiti Annisa, betul?" Haider hanya mengangguk lemah.

"Sekarang yang menjadi keutamaan kau adalah Xaviera. Sebab apa? Sebab dia isteri kau yang sah. Apa-apa yang kau buat dengan dia dapat pahala." Tertoleh kepala Fathi dan Haider dengan apa yang disampaikan oleh Emyr.

"Apa? Ingat aku tak tahu ke pahala, dosa, syurga, neraka." Emyr mencebik bibirnya apabila dilihat dengan pandangan sebegitu.

"Dari mana kau tahu pasal pahala ni Emyr?" kata Fathi tidak percaya.

"Diamlah!" jeling Emyr sebelum dia meneruskan ceramahnya.

"Kau masih ada masa untuk bincang baik-baik dengan Annisa dan aku yakin Annisa akan terima dengan hati yang terbuka. Dia tahu hukum hakam lebih dari kita kot." Sambung Emyr menyakinkan Haider tentang perasaannya.

"Tapi aku tak yakin dengan perasaan aku sekarang. Boleh jadi Xaviera tu untuk hilangkan bosan aku." Haider masih berusaha untuk nafikan perasaan dia terhadap Xaviera.

Naik darah Emyr dengan Fathi apabila Haider hanya menganggap Xaviera hanyalah untuk hilangkan bosannya.

Sah Haider memang bodoh!

"Beginilah Haider. Perasaan tak pernah salah. Kalau otak kau asyik fikirkan Xaviera, sah kau memang dah jatuh cinta dengan dia. Kalau kau masih nak nafikan benda tu kau terjun gaung je lah." Kata Fathi dengan geram dan seusai itu dia terus pergi dari rumah besar ini.

Balik rumah lagi bagus daripada layan kebodohan Haider.

"Baru kali ni aku nampak kata-kata berguna dari Fathi. Kalau kau masih dengan ego dan kebodohan kau tu, pergilah terjun gaung." Ujar Emyr lalu dia juga pergi meninggalkan Haider memberi waktu lelaki itu untuk berfikir dengan waras.

...

Sudah lewat malam, tapi Haider masih belum balik sejak dia keluar tadi petang. Risau. Dia sangat risau dengan keselamatan suaminya.

"Mana dia ni? Takkan sebab tadi, dia hilangkan diri." Ujarnya bersama dengan raut wajah yang kelihatan sangat risau.

"Bukan salah pun dengan ciuman tadi. Kenapa sampai nak hilangkan diri?" katanya lagi. Jari runcingnya naik menyentuh bibir bawahnya. Tempat dimana bibir Haider berlabuh tadi.

Kejadian tak tak akan sesekali dia lupa. Walaupun Haider tak sedar dengan apa yang dia buat, tapi untuk pertama kalinya bibirnya disentuh oleh lelaki tersebut.

Memikirkan hal itu membuatkan senyuman tak lari dari bibirnya. Dia labuhkan punggungnya disofa setelah lama berdiri dihadapan tingkap.

Sedang dia rehatkan dirinya, mata menjadi berat dengan tiba-tiba. Dan selepas itu, pandangannya menjadi gelap. Dia tak mampu nak tahan mengantuknya.

Tak lama selepas dia terlelap, pintu rumah dibuka dari luar. Muncul lah Haider dengan muka kusutnya.

Benda pertama yang dia nampak, adalah tubuh Xaviera yang sedang terbaring di atas sofa.

Dia mengatur langkah menuju ke tempat Xaviera. Matanya memandang kosong wajah polos itu.

"Tak mungkin aku cintakan kau! Aku cintakan Annisa dan hanya Annisa sahaja." Dia tetap dengan pendiriannya.

Kerna tak betah untuk terus berada dekat dengan Xaviera, dia berlalu pergi meninggalkan isterinya sendirian diruang tamu tersebut. Lantaklah, apa nak jadi dengan Xaviera. Bukan urusannya!



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now