"Apa kau ni Fathi? Mana ada dia duduk rapat, ada jarak lah." Haider melihat kedudukan mereka. Tak rapat, ada jarak diantara mereka berdua.

"Oh, jarak duduk ada tapi jarak pergaulan tak ada. Siap tersenyum-senyum sendiri bila disakat kau dengan dia. Suka lah tu nak dijodohkan dengan Haider?" kali ini Emyr pula yang mengambil alih untuk serang Annisa.

Xaviera yang duduk diantara mereka berdua, tergamam dengan kata-kata Emyr dan Fathi. Savage gila!

"Janganlah ambil serius." Emyr tergelak kecil apabila suasana mereka menjadi kekok dan sedikit tegang.

"Aku cuma hairan je, iyalah sebelum ni aku nampak Annisa malu-malu tapi tak sangka pula dia boleh berubah macam ni. Itu yang aku hairan sikit, ini Annisa yang aku kenal atau Annisa lain." Terang Emyr dengan senyuman.

"Mungkin dia cuma bermuka-muka je kot. Mana tahu dekat kampus dia baik, lembut, pijak semut pun tak mati. Dekat luar dia mengganas sikit. Tak begitu Annisa?" kali ini Xaviera pula yang mengenakan Annisa. Terasa puas pula dia dapat malukan Annisa di hadapan sepupu Haider yang lain.

"Bahaya perempuan jenis macam ni," Haziq ikut serta memalukan Annisa.

"Korang ni kenapa tak puas hati sangat dengan Annisa? Apa masalah korang berempat?" Haider naik berang apabila mereka tak henti menyerang Annisa.

"Bestnya kau Nisa, dapat pembelaan dari Haider." Sengaja Xaviera mengendurkan suaranya nak mantapkan lagi lakonannya.

"Jangan nak kurang ajar Viera. Mentang-mentang banyak orang sokong kau, dah berani nak cakap macam tu depan aku."

Xaviera berdiri kemudian dia mengambil tempat di tengah diantara Haider dan Annisa. Haziq dan yang lain terkejut melihat keakraban Xaviera dan Haider. Jarak antara mereka berdua langsung tak ada siap bersentuh tangan lagi.

"Jangan macam ni sayang. Tak malu ke bela orang lain dihadapan isteri sendiri?" bisik Xaviera.

Fathi dan Emyr yang melihat tindakan Xaviera hanya tersenyum bangga ditambah lagi dengan wajah Annisa yang sedang menahan cemburu melihat kedudukan Xaviera dan Haider yang begitu rapat.

"Saya minta diri dulu," pamit Annisa. Dah lah dia dimalukan dihadapan sepupu Haider yang lain, Xaviera lagi sengaja menunjukkan kemesraan mereka berdua membuatkan dia tak betah nak berlama-lama disini.

"Annisa!" Haider nak kejar pujaan hatinya namun Xaviera tahan.

"Kau memang nak kena lah," Haider yang sudah panas dengan sikap Xaviera menarik tangan isterinya untuk keluar dari keramaian tersebut. Emyr dan Fathi yang melihat pemergiaan pasangan itu sudah tak sedap hati. Macam mana kalau Haider pukul Xaviera?

Haider membawa Xaviera menuju ke dapur memandangkan hanya tempat itu sahaja yang tak ada orang. Haider menolak badan Xaviera sehingga belakang wanita itu bertemu dengan dinding dapur.

"Apa masalah kau ni?" ditekan bahu Xaviera dengan kuat melepaskan marahnya.

"Annisa. Masalah saya Annisa. Tak malu ke duduk rapat dengan suami orang? Mana Annisa yang awak banggakan? Yang pandai jaga jarak dengan lelaki yang bukan mahram? Mana?" soal Xaviera dengan keras.

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Bukannya dia duduk berdua-duaan dengan aku, ada orang lain kot dekat situ."

"Awak tak malu ke Haider? Dipasangkan dengan perempuan lain sedangkan awak dah ada isteri."

"Aku nak malu kenapa? Kau tu bukan siapa-siapa aku. Kau hanyalah perempuan yang tahu gunakan orang lain untuk kepentingan kau sendiri." Ditolak kepala Xaviera dengan kuat.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now