•RIYANARA | 13•

3.9K 232 48
                                    

KAKI melangkah turun ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Laptop diletakkan di atas ribanya untuk membuat kerja yang tergendala. Skrin bercahaya itu dipandang penuh tekun.

"Buat apa tu?"

Aralyn menoleh ke belakang memandang suaminya yang sedang duduk di sofa di belakangnya itu. Senyuman manis terlakar di bibir.

"Sambung tulis cerita. Dari haritu tak siap-siap lagi." Jawab Aralyn.

"Banyak ke?" Soal lelaki itu lagi.

"Sikit je lagi. Kenapa? Iyan nak apa-apa ke?" Wajah lelaki itu dipandang sekilas.

Riyyan hanya menggeleng bersama senyuman. "Saja tanya. Sambung lah."

Telefon dikeluarkan dari poket seluar sebelum jemari menari di atas skrin petak itu. Mereka meneruskan kerja masing-masing dalam keadaan yang sunyi tanpa sebarang bunyi. Tengku Rayqarl dan Tengku Naura telah keluar sejak pagi. Manakala Rhea masih belum pulang dari kelasnya. Jadi, hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah agam itu.

"Ara, tolong Iyan kejap boleh?" Soal Riyyan setelah hampir 15 minit tidak mengeluarkan apa-apa suara.

"Boleh, tolong apa?"

"Ara pergi dalam bilik kerja Iyan kejap lepas tu dekat rak kecik bawah meja tu ada satu fail hitam. Tolong ambilkan boleh?" Pinta Riyyan lembut.

Aralyn tersenyum manis sebelum mengangguk. "Okey. Kejap eh." Balas Aralyn sebelum berdiri dan berlalu naik ke bilik kerja yang terdapat di rumah agam Tengku Rayqarl itu.

Pintu bilik itu ditolak perlahan sebelum dia menapak masuk ke dalam. Meja kerja Riyyan didekati sebelum laci bawah meja itu menyapa pandangan. Laci itu dibuka dan fail yang dikatakan oleh Riyyan dicari. Satu persatu buku dan kertas yang terdapat dalam laci itu dikeluarkan sehingga fail tersebut menyapa pandangan.

Sebaik sahaja menemukan fail yang dicari, barang-barang yang dikeluarkan tadi diletakkan di tempatnya semula. Di saat dia ingin berdiri, satu gambar yang mungkin terjatuh dari celahan buku menyapa pandangan. Dia kembali duduk menongkat lutut untuk mengambil gambar tersebut. Perbuatannya terhenti tatkala isi gambar itu menyapa pandangan. Gambar suaminya bersama seorang gadis yang amat dia kenali.

Natasha? A... Apa hubungan dia dengan Iyan? Kenapa diorang nampak... Rapat? Soal Aralyn di dalam hati.

"Tunang dia accident dua minggu dari tarikh nikah diorang dan kejadian tu menyebabkan dia koma. Lepas seminggu macam tu, tunang dia meninggal dalam keadaan dia dah stabil."

Serentak itu kejadian dua tahun lepas kembali menyapa ingatan. Gambar itu ditatap sekali lagi. Tak. Tak mungkin! Tangannya menggigil dek kerana satu andaian yang berada di fikirannya.

"Ara? Jumpa tak?" Tegur Riyyan membuatkan gadis itu terkedu. Dia masuk ke bilik ini kerana risau kalau-kalau gadis itu tidak menjumpai fail yang dia katakan.

Aralyn yang mendengar suara suaminya itu pantas menoleh. Dia berdiri mengadap lelaki itu. Wajah lelaki itu ditatap lama membuatkan Riyyan berkerut kening. "Ara? Okey tak ni?" Soalnya hairan.

"Apa hubungan Iyan dengan arwah Natasha?"

Mendengarkan soalan Aralyn itu, perlahan-lahan senyuman lelaki itu memudar. "Ara cakap apa ni?"

Gambar itu dihulurkan kepada Riyyan membuatkan lelaki itu terdiam.

"Siapa dia pada Iyan?" Soal gadis itu lagi.

"Mana dapat gambar ni?" Soalan dari gadis itu diabaikan terlebih dahulu.

"Mana Ara dapat tak penting. Ara cuma nak tau apa hubungan Iyan dengan dia. Tell me Iyan, please."

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now