•RIYANARA | 23•

5.3K 268 21
                                    

SEDANG ralit Aralyn bermain telefonnya, tiba-tiba perutnya diserang rasa sakit yang agak mencucuk. Mukanya berkerut menahan sakit. Telefonnya terlepas dari tangan. Riyyan yang perasan akan hal itu pantas mendekati katil gadis itu.

"Asal ni? Okey tak?" Soal lelaki itu dingin.

Aralyn hanya mengangguk meskipun sakit yang dirasainya semakin mencucuk.

"Tak muka kau tak okey. Kejap aku panggil doktor."

Dia melangkah keluar dari wad itu dan mencari kelibat Nadine. "Nadine, Husna sakit." Ujarnya cemas sebaik sahaja terlihat gadis itu.

"Ha? Teruk ke?" Soalnya seraya berlari kecil ke arah wad gadis itu. Pintu wad itu ditolak. Dia melangkah ke arah gadis itu dan memulakan tugasnya untuk memeriksa. Riyyan hanya memerhati.

Beberapa minit kemudian, gadis itu melangkah ke arahnya. "Kenapa dengan Husna?"

"Alhamdulillah tak ada apa yang teruk cuma effect dari keguguran dan tikaman tu lah yang akan buat dia sakit tiba-tiba." Jawab Nadine lembut.

"Ouh. Thanks Nad," ucapnya.

Gadis itu hanya membalas dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Pintu wad itu dikunci sebaik sahaja doktor itu keluar.

"Sekarang sakit lagi ke?" Soalnya sebaik sahaja mendekati katil Aralyn.

Aralyn memandang wajah lelaki itu. "Kenapa perut saya sakit macam tu?" Soalnya ingin dengar jawapan lelaki itu.

"Kau tak ingat?"

Aralyn menggeleng perlahan. Kalau dia ingat, sah lah dia ingat kau jugak lemek mamat ni kang. Walaupun sebenarnya gadis itu masih ingat segalanya, biarkan dia berlakon buat seketika.

"Gugur." Jawab Riyyan sepatah.

"G... Gugur? Maksud awak s... Saya pernah m... Mengandung?" Wajah lelaki itu dipandang tidak percaya.

Riyyan hanya mengangguk. Senyuman sinis terlakar di bibir. "Dulu kau jugak yang beria nak jaga kandungan tu. Aku suruh gugurkan awal-awal tak nak. Tengok sekarang, gugur jugak kan?" Sinis lelaki itu membuatkan Aralyn terkedu.

"Kenapa saya gugur? Kenapa awak suruh saya gugurkan? Atau saya gugur sebab awak?" Soal Aralyn bertalu talu.

Riyyan hanya terkedu mendengar soalan itu. "Abaikan je lah benda semua tu." Ujarnya malas.

"Jawab Qashah! Kenapa saya gugur?" Soalnya dingin.

"Rehat Aralyn!" Tegas lelaki itu.

"Saya takkan rehat selagi awak tak jawab!" Tekad Aralyn menatap anak mata Riyyan.

Dia semakin mendekati gadis itu sehingga jarak yang ada hanya beberapa inci sahaja. "Kau nak rehat sendiri atau aku yang 'rehat'kan kau? Pilih salah satu." Ugutnya membuatkan Aralyn terkedu.

"Fine! You owe me an explanation." Balas gadis itu sebelum baring mengiring ke kiri membelakangkan Riyyan. Riyyan hanya mengabaikan apa yang dikatakan gadis itu. Dia duduk semula di atas sofa tadi.

❦ ════ •⊰❂⊱• ════ ❦

PINTU wad yang terbuka itu mencuri perhatian Aralyn dari terus merenung ke luar tingkap. Senyuman manis terlakar di bibir tatkala melihat sahabatnya melangkah masuk ke dalam. Nadine mengambil tempat di sebelah Aralyn. Wajah gadis itu ditatap lama sehingga menimbulkan kerutan di wajahnya.

"Asal pandang aku macam tu?" Soal Aralyn hairan.

"Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa nak pura-pura hilang ingatan? I mean kenapa sampai kena menipu? Bukan sorang. Semua, Husna. Umi dengan baba pun kau tipu. Kau tau tak betapa sedihnya diorang bila aku bagitau yang kau amnesia? Tu abang Hayder tu dah tak ada seri langsung muka dia sebab serba salah dengan kau. Cuba kau bagitau aku kenapa kau kena tipu semua orang?" Soal Nadine mengeluarkan segala yang bermain di fikiran.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now