•RIYANARA | 64•

2.8K 158 10
                                    

Riyyan memandang redup wajah isterinya. Wajah bersih itu kelihatan sedikit pucat. Seketika apa yang dimaklumkan oleh doktor tadi menjengah fikiran.

FLASHBACK

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" Soal Riyyan sebaik sahaja melihat kelibat doktor yang baru keluar dari wad kecemasan yang menempatkan Aralyn.

Doktor perempuan itu tersenyum manis. "Alhamdulillah isteri encik okey je. Tak ada masalah serius. Cuma dia mengalami pendarahan kecil sahaja. Tapi syukur pendarahan tu tak menjejaskan kandungan puan Husna." Jawab doktor tersebut.

Riyyan yang mendengar hanya terkedu. "K... Kandungan?"

Doktor itu mengangguk bagi menjawab soalan Riyyan.

"Dah berapa lama doktor?"

"Kalau ikut pemeriksaan tadi dah empat minggu." Jawabnya.

Sekali lagi lelaki itu terkedu. "Terima kasih doktor." Ucapnya sebelum doktor itu mengangguk dan berlalu pergi.

END FLASHBACK

Patutlah dia kerap muntah dan pening. Rupanya itu alahan mengandung. Riyyan meraup wajahnya mengingati bahawa gadis itu tidak mahu anak dengannya. Macam mana dia nak maklumkan pada Aralyn bahawa gadis itu mengandung?

Y... Yan." Gumam Aralyn mematikan lamunan Riyyan.

Riyyan yang sedar akan hal itu mengusap kepala Aralyn. Tudung gadis itu sudah lama ditanggal memandangkan wad itu tertutup. "Alhamdulillah Aya dah sedar. Yan mintak maaf sebab buat Aya jatuh tadi. Sumpah Yan tak sengaja buat macam tu." Tutur Riyyan dengan penuh rasa bersalah.

Aralyn menggeleng. Keningnya berkerut tatkala mengingati sesuatu. "Kenapa tadi ada darah?" Soalnya hairan.

Riyyan hanya diam. Dia kemudian menggelengkan kepala. "Tak ada apa. Biasa lah jatuh tangga. Aya kena banyak rehat tau." Pesannya.

"Yan, jangan tipu Aya. Cakap je kenapa."

Riyyan menarik nafas panjang sebelum menghela perlahan. "Aya mengandung. Dah sebulan. Tadi ada pendarahan sikit tapi baby okey. Tengah hari nanti Aya dah boleh balik." Maklumnya membuatkan Aralyn tersentak.

"Me... Mengandung?"

Riyyan mengangguk perlahan.

"D... Dalam ni ada baby balik?" Soalnya lagi masih dibalas dengan anggukan. Dia tersenyum suka sambil meletakkan tangan di perut.

"Yan mintak sangat dengan Aya. Tumpangkan anak Yan dalam rahim Aya sampai dia keluar. Lepas tu kalau Aya tak nak dia, bencikan dia macam Aya benci Yan, tak apa. Yan terima. Tapi Yan mohon jagakan dia sepanjang dia tumpang rahim Aya." Pinta lelaki itu sebak.

Aralyn bangun bersandar di kepala katil perlahan-lahan. Wajah Riyyan dipandang. Perutnya diusap dari tadi. "Yan, anak ni anak kita. Mestilah Aya akan jaga dia. Tak ada sebab Aya nak buang dia, nak benci dia. Aya tak pernah benci Yan," ujarnya lembut.

Tangan lelaki itu cuba digenggam. Riyyan mengangkat kepalanya yang menunduk sedari tadi.

"Yan, Aya tak pernah makan pil tu. Pil tu bukan pil Aya. Aya tak tahu macam mana pil tu boleh ada. Aya tak tahu Yan jumpa kat mana. Aya tahu Yan terasa dengan ayat Aya tadi. Tapi percayalah Aya tak tahu apa-apa pasal pil tu. Memang. Memang Aya ada singgah farmasi semalam sebelum jumpa Hanin. Tapi Aya tak beli pil tu. Aya beli pregnancy test. Tapi tak sempat check lagi,"

Jeda.

"Apa yang Aya cakap tadi semua tak betul. Aya sayang Yan, Aya cintakan Yan. Aya nak anak dengan Yan. Aya tak pernah jijik dengan Yan. Yan suami Aya. Aya sayang Yan sangat-sangat. Baby ni rezeki dan anugerah dari Allah. Ini baby kita Yan. Aya tahu Aya melampau tadi. Aya mintak maaf." Tangan lelaki itu dikucup lembut. Airmatanya mengalir perlahan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now