•RIYANARA | 45•

5.9K 321 34
                                    

ARALYN menapak ke ruang tamu. Dia mendekati Riyyan yang sedang duduk di ruang tamu itu. "Riyyan."

Riyyan yang mendengar panggilan itu pantas menoleh. "Ya? Eh! Ara nak pergi mana ni?" Soalnya tatkala melihat penampilan isterinya seolah-olah ingin keluar.

"Saya nak keluar boleh? Nak jumpa Qis." Ujar Aralyn meminta izin.

"Nak Iyan hantarkan?"

Aralyn menggeleng kepala. "Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Awak izinkan tak?"

Riyyan mengangguk sambil tersenyum nipis. "Pergi lah. Hati-hati. Jangan balik lambat." Pesannya.

Aralyn duduk bertongkat lutut di hadapan lelaki itu. Tangan Riyyan dicapai dan dikucup lembut. Wajah Riyyan dipandang. "Ara mintak maaf. Banyak dosa Ara dengan Iyan. Ara tipu Iyan. Ara tinggi suara dekat Iyan. Ara biadap dengan Iyan. Maafkan semua salah silap Ara. Halalkan semua yang Iyan pernah bagi kat Ara. Halalkan makan minum Ara. Terima kasih sudi jadi suami Ara. Ara mintak maaf sekali lagi." Tutur gadis itu lembut.

Tangan Riyyan dikucup lagi. Tidak menunggu lama, dia berlari keluar dari rumah itu. Riyyan yang hairan akan kelakuan gadis itu berkerut kening. Dia cuba mengejar langkah gadis itu. Namun, sia-sia kereta milik Aralyn terlebih dahulu pergi meninggalkan rumahnya.

Mana dia nak pergi? Kenapa dia cakap macam tu? Soal hatinya. Dia mengeluh perlahan sebelum menapak ke sofa semula. Skrin televisyen di hadapannya kembali ditonton.

Aralyn yang masih di jalan raya itu tersentak tatkala telefonnya berdering. Dia cuba mencapai telefonnya dengan sebelah tangan. Namun, entah bagaimana telefonnya terjatuh ke bawah kerusi di bahagian sebelah pemandu.

"Halah, jatuh pulak," omelnya.

Dia membongkokkan badannya sambil mata memandang ke hadapan. Mata dialihkan sekejap untuk melihat keberadaan telefonnya. Tanpa dia sedari tindakannya itu membuatkan kereta yang dipandu menghala ke laluan bertentangan. Aralyn yang masih mencari itu tersentak apabila mendengar bunyi hon yang berpanjangan. Dia mengangkat pandangan.

Matanya membulat tatkala sebuah lori menghala ke arahnya.

"ARGH!!!"

Belum sempat dia mengelak, lori itu terlebih dahulu menghentam keretanya. Sekelip mata, kereta yang dipandu Aralyn terbabas melanggar sebatang pokok. Kepalanya terhentak di stereng. Serpihan kaca tingkap terkena di beberapa anggota badannya termasuk muka.

"Yan." Gumamnya perlahan. Dia hanya mendengar suara sayup-sayup sebelum pandangannya menjadi gelap.

SALAM terakhir diberikan. Dia mengangkat tangannya untuk membaca doa. Wajahnya diraup sebaik sahaja habis membaca doa. Dia bangun untuk menyimpan sejadah dan songkoknya. Kaki menapak turun ke dapur.

Gelas di atas rak itu dicapai dan diisikan air. Dia meneguk airnya untuk menenangkan hati yang resah sedari tadi. Baru sahaja dia ingin melangkah ke sinki untuk membasuh cawan, pintu rumahnya diketuk. Kening berkerut memandang pintu. Dia berlalu untuk membuka pintu.

"Qashah!" Sapa Hayder sebaik sahaja pintu dibuka.

"Hayder, masuk lah."

Hayder masuk ke dalam rumah itu. "Qashah, pergi siap cepat. Kita kena pergi hospital sekarang." Arah Hayder cemas.

Riyyan menayangkan muka blur. "Kenapa ni? Nak buat apa kat hospital?"

"Husna."

Mendengarkan nama itu, Riyyan menjadi tidak sedap hati semula. "Kenapa dengan Husna?"

"Husna accident Qashah! Dengan lori. Kereta dia hancur. Sekarang ni Qis kata doktor tengah check dia." Terang Hayder lirih.

Riyyan membulat mata. Nafasnya seolah-olah terhenti seketika. "O... Okey kalau macam tu kau tunggu kejap aku siap," ujarnya sebelum naik ke bilik.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now