•RIYANARA | 43•

5.6K 317 9
                                    

HATINYA yang resah dengan keadaan isterinya itu membuatkan Riyyan tidak duduk diam menanti keputusan doktor. Sebaik sahaja kelibat Nadine menyapa pandangan, dia pantas mendekati doktor tersebut. "Macam mana dengan Husna? Dia okey ke? Kenapa dia pengsan balik?" Soalnya cemas.

"Keadaan Husna stabil. Cuma dia terlalu tertekan. Nad harap abang Qashah jangan terlalu berikan dia tekanan dia." Jawab Nadine lembut.

Riyyan mengangguk perlahan. "Thanks Nad." Ujar lelaki itu sebelum masuk ke dalam wad itu semula.

Seperti tadi, dia duduk di atas kerusi di sebelah katil itu. Haish! Kau tengok apa kau buat Riyyan! Berubah Riyyan, berubah! Marahnya dalam hati. Aralyn membuka matanya perlahan. Aralyn menggerakkan jarinya membuatkan Riyyan terkedu.

"Ara, Ara. Ara dah okay? Jangan lah bangun. Baring je," ujar Riyyan lembut.

Aralyn hanya mengabaikan lelaki itu. Dia masih mencuba untuk bangun.

"Ara, jangan degil please. Nanti kau pengsan lagi macam mana?" Pujuknya masih cuba berlembut.

"Lantak saya lah." Balasnya dingin.

"Haishh kau ni. Suka hati lah." Telefon bimbit dikeluarkan.

"Bila saya boleh balik?" Soalnya setelah sekian lama berdiam diri.

"Kau tak sihat lagi. Duduk je la kat sini." Jawabnya dingin.

"Saya nak balik, kat sini bosan lah Qashah." Tutur gadis itu perlahan.

Riyyan menutup telefonnya. "Duduk je sini. Nanti aku datang hari-hari." Ujarnya dingin.

"Saya. Nak. Balik. Boleh tak awak faham?"

"Apa? Tak dengar?"

Aralyn yang melihat lelaki itu seolah-olah mengejeknya mengetap bibir. "Saya serius Qashah! Saya. Nak. Balik!" Ulang gadis itu lagi lebih keras.

Riyyan tidak mengendahkan gadis itu. Dia membuka telefonnya semula.

Aralyn menarik nafas panjang. "Qashah, saya nak balik." Kata gadis itu.

Riyyan memandang wajah Aralyn. "Panggil 'Qashah sayang' dulu baru aku setuju." Arahnya senada.

Aralyn yang mendengar arahan itu membulat mata. Mata dipejam rapat sebelum nafas dihela perlahan. "Qashah sayang, saya nak balik. Boleh lah please." Pinta Aralyn dengan suara lembut yang sekian lama tidak digunakan ketika bersama Riyyan. Muka comel ditayangkan.

Perbuatannya itu membuatkan Riyyan terkedu seketika sebelum berdehem. "Baiklah Aralyn sayang, kita balik ya. Tapi nanti time doktor dah bagi balik laa. Sekarang kau duduk sini dulu eh." Balasnya. Mata dikenyit ke arah Aralyn.

Aralyn ternganga dengan balasan lelaki itu. "Qashah! Eee baik awak mintak dengan doktor untuk saya balik or..." Ayatnya sengaja digantungkan. Wajah lelaki itu direnung tajam.

"Or what?" Keningnya dijongket.

"Or saya lari dari hospital ni." Ugut gadis itu.

Riyyan tersenyum sinis. "Kau rasa kau boleh ke lari dari hospital ni? Baru jalan sampai depan pintu tu pun entah-entah dah pengsan balik." Perlinya.

"Boleh! Saya pengsan pun sebab saya nangis. Kalau saya tak nangis, awak takkan nampak muka saya dah. Saya akan pastikan saya keluar dari hospital ni dan takkan ada orang boleh jumpa saya. I'm swear Riyyan Aqashah." Tegas Aralyn.

Riyyan mengeluh perlahan. "Fine! Kau sebenarnya dah boleh balik esok. Tapi ada syarat kalau kau nak balik."

Aralyn berkerut dahi. "Syarat apa?"

RIYANARA | YOU'RE THE ONEOn viuen les histories. Descobreix ara