•RIYANARA | 76•

2.6K 151 21
                                    

TANGAN Aralyn dipimpin sambil gadis itu menghayunkan tangan mereka. Memang setiap kali keluar, Riyyan akan pastikan bahawa tangan Aralyn sentiasa berada dalam genggamannya. Bukan apa, kalau lepas nanti bahaya. 'Musuh' mereka masih bebas di luar.

Dah lah Aralyn tu kalau berjalan tanpa dipegang mesti nampak macam penguin, terkedek-kedek. Geram je dia hendak gomol gadis itu. Nasib baik tinggi, kalau pendek pasti boleh tertukar dengan penguin.

"Yan, Aya nak tanya lah. Kenapa Yan selalu peluk Aya eh? Kalau kat rumah tu Aya faham lah, Aya pun suka. Tapi dekat luar, Aya pelik. Yan kadang-kadang macam nak halang Aya lah, jalan belakang Aya lah. Kenapa eh?" Soalnya hairan. Mereka kini sedang duduk di sebuah restoran yang terdapat di dalam pusat membeli-belah itu.

Hari ini mereka keluar bersiar-siar sebelum Aralyn dimasukkan ke wad pada hari esok untuk bersalin yang dijangka pada hari lusa.

"Biarlah. Orang lain tak boleh tengok Aya jalan. Yan je boleh." Jawapan Riyyan itu membuat Aralyn terngadah.

"Pardon?" Keningnya berkerut memandang Riyyan. Habis tu kenapa bawa dia keluar kalau tidak mahu orang melihat dia berjalan? Apa gunanya kaki kalau tak digunakan?

"Yelah. Aya tahu tak Aya jalan macam penguin? Geram je Yan tengok. Comel nak masuk tanah tahu tak? Mana boleh Yan biar orang lain tengok." Jelasnya.

"Yan nak cakap Aya gemuk ke macam mana ni?" Aralyn menjongket kening memandang lelaki itu.

Riyyan membulat mata seraya menggeleng. "Tak! Bukan macam tu. Cuma cara Aya jalan tu je comel. Yan cuma tak nak orang lain tengok bidadari comel Yan ni. Tu je." Dia mencebik.

Aralyn ketawa sambil geleng kepala. Ada-ada saja suaminya itu. "Yelah. Aya gurau je."

Riyyan menayangkan wajah cemberut. "Eee! Dia ni. Cubit kang tahu lah." Wajah Aralyn dijeling manja.

Aralyn masih galak ketawa. "Eh! Yan, Aya nak pergi tandas kejap tau. Tolong jagakan beg Aya." Pesannya lembut.

"Nak teman!" Satu sengihan terbit di bibir merah delima itu.

"Eh! Mana boleh. Ni tempat awam. Mesti orang kat tandas tu ramai. Terjerit diorang nanti tak ke susah?" Tegah Aralyn. Dia geleng perlahan.

Riyyan mencebik bibir. "Nak jugak! Yan tunggu kat luar je, janji." Muka comel terpancar di wajah kacak itu.

"Siapa nak jaga semua barang ni kalau Yan ikut?"

"Hmm okey," akur lelaki itu.

Aralyn tergelak kecil melihat wajah pasrah suaminya.

"Tapi! Hati-hati. Ada apa-apa jerit je nama Yan tau. Sepuluh minit je Yan bagi. Start sekarang." Pesannya.

Aralyn terus berdiri dan berlalu pergi dari meja mereka. Senyuman di bibir Riyyan perlahan-lahan mati. Dia memandang seseorang yang berpakaian serba hitam yang duduk selang dua meja darinya. Riyyan memberikan isyarat mata supaya lelaki itu mengekori Aralyn. Lelaki itu pantas menurut.

Sejak tiga minggu lalu di mana Hayder ditikam, mereka mula memberi kerja kepada pengawal-pengawal peribadi mereka untuk berjaga di sekitar rumah Hilman dan Riyyan. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan ditemani oleh empat orang pengawal tanpa pengetahuan isteri masing-masing.

Aralyn menapak masuk ke dalam tandas tersebut. Di dalam tandas itu hanya ada seorang gadis yang sedang membetulkan pakaian. Aralyn memberikan senyuman manis.

Dia membasuh tangan dan membetulkan tudung. Entah mengapa hatinya berdebar-debar tatkala berdiri di sebelah gadis tadi. Biarpun gadis itu memakai pelitup muka, auranya terasa lain.

RIYANARA | YOU'RE THE ONENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ