•RIYANARA | 53•

3.6K 232 24
                                    

KAKI melangkah turun ke ruang tamu. Dia baring di atas sofa yang terdapat di situ. Telefon dikeluarkan dari poketnya.

"Mana kak Husna?" Sapa Rhea yang baru turun ke ruang tamu itu.

"Kat atas. Ni mummy daddy mana?" Soal Riyyan.

"Daddy dah pergi kerja. Mummy pergi rumah mama Sara." Jawab Rhea sebaik sahaja duduk di ruang tamu.

Riyyan mengangguk faham. "Mummy masak apa?" Wajah adiknya dipandang sekilas.

"Nasi goreng. Pergi lah makan. Ajak kakak sekali." Ujar Rhea.

"Dia penat, bagi dia rehat dulu. Jom suap abang." Tangan Rhea ditarik ke dapur.

Rhea membulat mata sebaik sahaja dia dipaksa duduk oleh abangnya itu. "Eh! Makan lah sendiri." Bidas Rhea sambil menjeling abangnya itu.

"Alah! Sekali sekala je." Riyyan mencebik bibir.

"Hmm... Meh lah sini." Nasi goreng itu diisikan ke dalam pinggan.

Riyyan yang melihat hanya tersengih. Dia menadah tangan untuk membaca doa makan. Mulutnya dibuka sebaik sahaja doa habis dibaca. Rhea menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut abangnya.

"Nak air." Pinta Riyyan sebaik sahaja makanan itu habis.

Rhea menuang air ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Riyyan. "Air minum sendiri." Tuturnya sebelum bangun dari sinki.

Riyyan mencebik. Air dalam cawan tu diteguk sehingga habis. Kepalanya dilentokkan di atas meja.

"Dik." Panggil Riyyan.

"Apa?" Pinggan di tangan diletakkan di tempatnya.

"Jom jalan-jalan. Dengan kak Husna sekali." Ajak Riyyan.

Rhea melangkah ke arah abangnya itu. "Adik ada kelas lah tengah hari ni abang."

"Ouh!" Bibirnya dimuncungkan.

"Sorry. Lain kali eh?" Ujarnya serba salah.

Riyyan hanya mengangguk. Jam di dinding dipandang sekilas. "Tapi sekarang baru pukul lapan. Sempat lah. Jom, pergi mall." Ajaknya lagi.

"Hmm yelah. Nanti abang hantar adik kat kampus. Boleh?"

Riyyan tersenyum manis. "Boleh. Pukul berapa?"

"11.50 nanti." Jawab Rhea lembut.

Riyyan mengangguk kepala. Kepala Ehea digosok perlahan. "Pergi siap. Abang pun nak bersiap ni." Ujarnya seraya mengucup dahi adiknya.

"Baik bos." Dia naik ke bilik diikuti dengan Riyyan.

Pintu bilik ditutup rapat. Dia melangkah ke arah Aralyn yang sedang menyikat rambut. Riyyan bersandar berpeluk tubuh di meja solek sambil mengadap gadis itu. Wajah Aralyn ditatap lama.

Aralyn yang perasan akan hal itu menoleh ke arah suaminya. "Kenapa pandang Aya macam tu?" Soalnya berkerut kening.

Riyyan geleng kepala bersama senyuman. "Aya pergi lah siap. Kita nak pergi jalan-jalan ni. Pakai baju yang Yan dah sangkut kat depan almari tu. Tudung pun Yan dah tolong gosokkan." Jawab Riyyan.

Aralyn terkebil-kebil memandang lelaki itu. "Bila Yan gosok? Nak keluar pergi mana?" Soalnya lagi.

"Tadi. Pergi jalan-jalan lah. Tapi ajak adik sekali. Boleh kan?" Jelas Riyyan.

Aralyn tersenyum lebar. "Boleh lah. Apa pulak tak boleh. Kejap eh Aya siap." Tidak menunggu lama dia melangkah ke bilik pakaian.

Riyyan keluar dari biliknya semula dan melangkah ke bilik adiknya. Pintu bilik itu diketuk.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now