•RIYANARA | 39•

5.4K 316 26
                                    

WAJAH gadis itu dipandang. "Dah siap packing?" Soalnya. Hari ini merupakan hari terakhir dia di sini. Kerana sebentar lagi mereka akan berangkat pulang ke rumah mereka sendiri.

Aralyn hanya mengangguk.

"Ni apasal sedih ni? Tak jumpa lagi buku nota haritu?" Soalnya saat melihat wajah cemberut gadis itu.

"Haah."

Riyyan hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Habistu? Kau tak nak balik?"

"Awak, buku tu penting untuk saya. Kalau orang baca macam mana?"

"Kau yakin kau bawak? Mana tau ada kat rumah ke? Kau lupa bawak?" Fikirnya nanti dia mahu meletakkan semula buku itu di bilik Aralyn.

Aralyn menggeleng perlahan. "Tak mungkin. Setiap hari kat sini saya tulis kecuali hari kita keluar dengan arwah tokmek tu je saya tak tulis." Nyata Aralyn.

"Bila? Aku tak pernah nampak pun?" Soalnya walaupun dia telah membaca isi terakhir buku itu.

"Saya tak tulis depan orang. Saya tulis time saya sorang-sorang je."

Riyyan memandang gadis itu. "Then, kau tak nak balik selagi tak jumpa?" Soal lelaki itu.

Aralyn hanya mengeluh perlahan. "Bukan macam tu cuma saya takut orang jumpa buku tu." Jawab Aralyn perlahan.

"I don't think so. Jangan risau lah. Kita dah lambat ni. Jom gerak, nak singgah kubur tokmek lagi. Nanti lambat jem." Ajak lelaki itu lembut.

Nafas dihela berat. "Okey." Akur gadis itu.

Belum sempat Aralyn mengambil beg pakaiannya, Riyyan terlebih dahulu bertindak. Beg itu dimasukkan ke dalam bonet. Aralyn memandang sayu rumah kampung itu.

"Dah lah tu. Nanti ada masa kita datang sini lagi. Jenguk rumah ni. Aku tahu rumah ni banyak kenangan kau dengan arwah tokmek, tok ayah kan. Jom." Belakang gadis itu diusap lembut.

Aralyn hanya mengekori langkah lelaki itu. Mereka masuk ke dalam kereta dan menuju ke tanah perkuburan. Seperti biasa, surah Yaasin dan doa dibaca bersama. Tanah kubur itu dibersihkan.

"Tokmek, adik dah nak balik ni. Nanti adik lawat tokmek lagi eh. Adik sayang tokmek tau. Tokmek tenang lah kat sana." Hujung batu nisan itu dikucup lembut. Airmatanya jatuh setitik namun pantas diseka.

"Kau pergi lah masuk kereta dulu." Arah Riyyan.

Aralyn tersenyum nipis. "Okey." Turutnya sebelum bangun dan berlalu ke kereta.

Riyyan memandang gadis itu masuk ke dalam kereta. Tangannya menyentuh batu nisan itu. "Tokmek, Qashah mintak maaf sebab tak jaga cucu tokmek elok-elok. Qashah tahu dia betul-betul sayang kan Qashah. Tapi tu lah, Qashah yang bodoh. Maafkan Qashah tokmek. In Shaa Allah lepas ni Qashah akan jaga Husna sehabis baik Qashah. Qashah takkan sia-siakan dia lagi. Qashah sedar Qashah dah mula sayang dia. Tapi boleh ke dia maafkan Qashah? Qashah akan cuba ambil hati dia semula. Tokmek doakan kitorang ya? Qashah balik dulu. Nanti ada masa kitorang lawat tokmek lagi, assalamualaikum." Luah Riyyan panjang lebar.

Dia kemudiannya bangun berdiri dan melangkah meninggalkan kawasan itu. Airmata yang terdapat di hujung mata itu disapu dengan ibu jarinya. Dia membuka pintu di bahagian pemandu sebelum masuk ke dalam.

Aralyn pantas menoleh ke kanan. "Lamanya. Awak buat apa?" Soal Aralyn hairan.

"Mintak nombor ekor," jawab lelaki itu selamba sebelum mula memandu keretanya. Gadis itu mencebik sebelum mengalihkan pandangan.

Riyyan memandang wajah bersih itu sekilas. "Kau sedih lagi?" Soalnya setelah beberapa minit memberi ruang kepada cengkerik.

Kepala digeleng perlahan. "Saya dah redha tokmek pergi." Jawabnya lembut sambil tersenyum nipis.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now