"Daddy, Viera sarapan dengan Mak Yam je lah." Dengan lembutnya Xaviera menolak ajakan tersebut.

"Daddy minta maaf. Daddy pun tak sangka mummy sanggup gelar Viera sebagai anak pembantu." Dia yang malu dengan perbuatan isterinya. Tak sangka isterinya boleh bersikap begini.

Xaviera yang melihat wajah kecewa itu sudah serba salah.

"Daddy tak salah. Mummy pun tak salah. Viera yang salah sebab cintakan Haider. Kalau Viera tak hentikan perkahwinan Haider dengan Annisa, benda ni tak akan terjadi." Dalam hal ni dialah yang layak dipersalahkan.

"Viera tak salah. Ini takdir Viera dengan Haider. Jodoh Haider memang untuk Viera dan bukan untuk Annisa."

Dia yakin tiada istilah salah apabila melibatkan dengan apa yang sudah menjadi ketentuan-Nya.

"Tapi Haider tak faham? Viera takut perjuangan Viera terhenti. Viera penat nak hadap Haider." Jujur lama-lama dia akan berhenti jua untuk kejar Haider.

"Jangan pernah berhenti dengan perjuangan Viera. Perjuangkan dengan sepenuh hati Viera dan andai Haider betul-betul tak melihat pengorbanan Viera, tinggalkan dia dan cari kebahagiaan Viera." Dia dah jatuh sayang dengan menantunya dan dia tak nak orang lain jadi isteri Haider. Viera baik, sangat baik.

Xaviera yang mendengar nasihat itu sudah terharu. Kenapalah bukan papanya yang memujuk. Kenapa harus Tengku Aryan?

Kedengaran ada suara-suara bising yang datang dari arah belakang. Dia menoleh ke belakang dan kelihatan beberapa dari keluarga Tengku Aryan sedang menuju ke meja makan.

"Daddy, Viera ke belakang dulu ya. Nak tolong Mak Yam." Wajahnya nak cepat sahaja beredar dari tempat tersebut. Dia malas nak dengar hinaan dari keluarga mummy.

Tengku Aryan hanya mengangguk membenarkan agar Xaviera menuju ke belakang. Xaviera apa lagi terus berlari nak selamatkan diri.

...

Rumah Tengku Aryan semakin lama semakin penuh dengan tetamu yang diundang. Tidak lupa juga dengan keluarga dari Encik Rizuan yang turut menghadirkan diri mereka. Sudah diajak tidak elok ditolak dan Encik Rizuan pun tidak mahu menyimpan dendam dengan apa yang sudah terjadi.

"Ayu, jemput masuk!" ajak Tengku Faiza dengan ramah. Dari jauh Xaviera dapat melihat senyuman kebahagiaan di bibir mummnya.

"Annisa mana?"panjang leher Tengku Faiza mencari keberadaan Annisa.

"Ada tu dekat belakang," beritahu Puan Ayu.

"Assalamualaikum Tengku," salam diberi dengan nada yang sangat lembut.

"Waalaikumsalam. Jangan panggil Tengku, panggil mummy lah." Tengku Faiza memeluk erat badan Annisa. Tenang je dia nampak wajah Annisa, tak macam Viera. Kalau nampak muka perempuan tu rasa nak marah je.

"Jom masuk, acara nak mula dah."

"Siapa ni kak?" soal Tengku Farhana dengan mata langsung tak berkelip melihat Annisa. Cantik sangat wanita yang berada disebelah kakaknya.

"Ini lah Annisa yang aku cerita semalam tu." Annisa menjadi topik utamanya saat dia berkumpul dengan adik beradiknya. Habis semua pujian diberikan kepada Annisa.

Sakinah, Haziq dan yang lain yang kebetulan juga berada disitu terdiam apabila nama Annisa meniti di bibir Tengku Faiza.

"Awak ke yang Haider telefon semalam?" Sakinah terus bersuara nak pastikan wanita ini adalah orang yang sama dengan wanita semalam.

Annisa hanya menganggukkan kepalanya dan seketika dia tertunduk malu. Mesti sepupu Haider dengar apa yang lelaki itu sampaikan.

"Awaklah perempuan yang Haider suka?" soal mereka lagi.

Annisa hanya diam sahaja. Malu pula dengan soalan itu.

"Cantiknya awak!" puji Sakinah dengan ikhlas.

"Cantik lagi Xaviera." Kata Haziq dengan perlahan tetapi masih dapat didengar oleh orang lain termasuklah Annisa.

Haider yang kebetulan baru turun sudah terpaku di atas tangga apabila melihat wajah cantik Annisa yang sedang berbual dengan sepupunya. Cantik. Sangat cantik!

Xaviera yang dari tadi melihat bagaimana layanan mereka terhadap Annisa sudah berdecit geram. Matanya dilarikan nak melihat ke tempat lain tapi apa yang dia lihat sekarang lebih menyakitkan.

Haider sedang melihat Annisa dengan pandangan penuh kasih sayang. Jelas terpancar di mata Haider yang mengatakan dia memang cintakan Annisa.

"Jangan nangis Viera." Kedengaran suara garau seseorang meminta agar dia tak mengalirkan air matanya.

"Sakit Ayyan." Hanya itu yang mampu dia luahkan.

"Haider.." Tengku Faiza memanggil Haider untuk menyertai mereka. Dia tak sengaja lihat Haider berdiri di tanggan. Dah alang-alang tu ajak lah teman Annisa.

"Mummy bila nak makan nasi minyak ni? Kina dah tak sabar dapat kakak ipar yang cantik macam Annisa." Sakat Sakinah dan disambut dengan anggukan dari yang lain kecuali Haziq.

Dia cari juga dimana cantiknya Annisa tapi dia tak jumpa. Xaviera lagi cantik!

"Sabarlah. Nanti mummy undang korang semua kalau Annisa dan Haider kahwin." Tambah meriah ruang tersebut apabila ada rancangan dari Tengku Faiza nak kahwinkan Annisa dan Haider.

Tengku Aryan yang mendengar kata-kata isterinya merenung tajam. Semalam dia dah tegur isterinya tapi langsung tak makan teguran betul Tengku Faiza

Puan Ayu yang berada di samping Tengku Faiza menepuk paha wanita itu dengan lembut meminta penjelasan.

"Saya nak sangat Annisa jadi menantu saya. Saya harap awak pun macam tu."

"Tapi..." Puan Ayu sepertinya tidak menerima dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Faiza. Mana dia nak anaknya kahwin dengan lelaki yang dah ada isteri.

"Nanti kita bincang." Ujar Tengku Faiza. Dia nekad nak satukan anaknya dengan Annisa.

Xaviera dan Ayyan hanya mendengar dari jauh perbualan mereka. Air mata memang tak mampu nak ditahan lagi.

"Saya tak kuat Ayyan. Mungkin dah masanya saya undurkan diri. Hanya Annisa yang boleh bahagiakan Haider dan mummy."

Ayyan membawa Xaviera menuju ke halaman belakang. Dia pun sakit hati melihat mummynya layan Annisa dengan baik. Orang luar boleh pula dilayan macam tu.

Ayyan berhenti apabila mereka dah jauh dari yang lain. Begitu juga Xaviera. Dia melihat sahaja pokok bunga Tengku Faiza dengan pandangan kosong.

"Takkan kau nak menyerah macam tu je? Kau isteri Haider. Kau perlu menang, jangan biarkan Annisa rebut Haider dari kau."

"Saya tak boleh Ayyan. Dia cintakan Annisa dan selamanya hati dia hanya untuk Annisa." Balasnya dengan nada sebak.

"Kau percaya dengan aku. Haider tu bingung dengan hati dia sendiri. Aku tahu apa yang Haider fikirkan sekarang. Siapa yang dia suka dan siapa dia sayang. Aku tahu Viera." Ujar Ayyan dengan bersungguh-sungguh.

"Maksud?" berkerut dahi Xaviera tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Ayyan.

"Kau. Dia suka kau. Dia tu bodoh! Tak tahu dengan perasaan sendiri." Kutuk Ayyan dengan geram. Semalam dah jelas menunjukkan yang Haider tu cemburu.

Xaviera terdiam untuk beberapa saat sebelum dia ketawa kuat. Ayyan yang melihat reaksi wanita itu mengerutkan keningnya. Apa yang lawak pun dia tak tahu.









Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now