"Assalamualaikum Viera..." kedengaran suara lelaki berusia sedang memberi salam kepadanya.

"Waalaikumsalam.." berkerut dahinya memikirkan pemilik suara asing ini.

"Ini daddy," tambah berkerut dahinya apabila pemanggil itu mengelar dirinya sebagai daddy. Dia mana ada daddy, ada papa je.

"Maaf, saya mana ada daddy," dengan polosnya dia membalas.

Kedengaran suara seseorang sedang ketawa di corong telefon. Apa yang lucu pun dia tak tahu.

"Ini daddy Haider lah Viera." Tepuk dahi dia apabila suara bapa mertua pun dia tak kenal. Buat malu je lah.

"Daddy maaf..." Xaviera sudah menahan malu disebalik panggilan tersebut.

"Viera sihat? Haider macam mana? Dia ada sakitkan Viera tak?" kedengaran suara tua itu yang sedikit risau. Terharu sekejap Xaviera mengenangkan ada juga yang risau akan dirinya.

Perasaan tadi berubah menjadi sebak dengan tiba-tiba. Akhirnya ada juga insan yang lebih tua risau tentang dirinya.

"Alhamdulillah Viera sihat. Haider okey je daddy, dia layan Viera dengan baik."

Ada keraguan dalam nada suara Xaviera.

"Kalau Haider ada buat benda tak elok dengan Viera, bagitahu daddy. Jangan nak di bela sangat Haider tu, takut perangai makin menjadi-jadi."

"Jangan risau daddy. Haider layan saya dengan baik." Katanya menyakinkan bahawa Haider memang layan dia dengan baik. Perangai Haider yang sebenar biarlah dia je yang tahu.

"Daddy nak bercakap dengan Haider ke?" Xaviera dengan cepat mengubah topik perbualan mereka.

"Tak, daddy telefon ni nak ajak Viera datang rumah esok. Kalau Viera free esok, datanglah sini. Kita makan malam bersama." Ajak Tengku Aryan dengan ramah. Sejak Xaviera masuk ke keluarga mereka, tak pernah mereka duduk semeja.

"Boleh daddy. Esok Viera tak pergi mana-mana pun. Nanti Viera sampaikan hal ni dekat Haider."

"Iyalah, kalau macam tu daddy letak telefon dulu. Dah larut sangat ni, daddy nak tidur."

"Selamat malam daddy," ucap Xaviera dan panggilan mereka terus terputus.

Dia gembira Tengku Aryan melayan dan sudi ajak dia makan malam bersama tapi dia takut nak jumpa dengan Tengku Faiza.

...

Awal pagi lagi Xaviera sudah bangun menyediakan sarapan untuk Haider. Kali ini, dia baca dengan teliti bahan apa yang perlu dimasukkan ke dalam makanannya agar rasanya kena dengan tekak Haider. Cukuplah dua kali dia kena dengan Haider disebabkan masakan masinnya.

"Kau masih ada hati nak masak untuk aku?" soalnya dengan sinis. Tertoleh terus kepala Xaviera melihat kearah Haider yang sedang bersandar di tepi dinding.

"Saya dah baca resepi makanan ni dan saya ikut setiap apa yang disuruh, jadi awak jangan risau dengan rasanya. Kali ni saya yakin masakan saya tak masin." Yakin sahaja dia berkata.

"Siap kau kalau makanan ni masin!" tegas Haider memberi amaran sebelum dia berlalu menuju ke meja makan.

Xaviera yang mendengar hanya mencebikkan bibirnya.

"Tak boleh ke nak cakap elok-elok dekat aku. Dengan Annisa tu boleh je cakap baik-baik." Malas betul dia apabila memikirkan cara layanan Haider yang sangat pilih kasih.

Selesai memasak, dia menghidangkan dengan cantik masakannya diatas pinggan. Pinggan yang berisi lauk diletakkan dengan berhati-hati dihadapan Haider. Dia menyendukkan nasi serta lauk di atas pinggan Haider dan kini dia hanya menanti reaksi Haider tentang masakannya.

Haider mengunyah dengan perlahan-lahan dan seketika matanya memandang kearah Xaviera yang sedang berdiri di sampingnya. Haider melanjutkan suapannya dengan berselera. Xaviera didalam hati sudah mengucap syukur melihat suaminya berselera menikmati masakannya.

Tanpa dipelawa Xaviera melabuhkan punggungnya di sebelah Haider dan tangannya tanpa segan silu menuang kopi ke dalam cawannya.

"Ada aku suruh kau duduk ke?" tanya Haider dengan datar. Terhenti pergerakan Xaviera apabila disoal.

"Ada aku suruh kau duduk ke!?" sekali lagi Haider bertanya namun kali ini nadannya lebih tinggi.

"T-tak ada." Tergagap Xaviera menjawab. Apa lagi salahnya? Duduk je kot!

"Kau tak layak duduk semeja dengan aku! Yang layak duduk disitu Annisa, wanita yang sepatutnya menjadi isteri aku." Xaviera hanya menggigit bibirnya. Menahan sakit dengan kata-kata tersebut.

"Bangun!" Haider menendang tepi bangku yang diduduki oleh Xaviera dengan kuat.

"Iya, iya, saya bangun. Tak payahlah nak tendang-tendang." Lawan Xaviera namun dengan nada yang perlahan. Entah dengar atau tak tapi lantaklah!

"Kau layaknya makan dekat belakang. Dan satu lagi aku jijik lah nak makan semeja dengan kau." Xaviera hanya mampu menghembus nafas dengan berat. Tak habis-habis menghina.

"Semalam daddy awak call saya. Daddy ajak makan malam dekat rumah daddy." Malaslah nak dengar hinaan Haider lagi. Bagus dia potong dengan benda yang berfaedah.

"Daddy tak call aku pun?" pelik. Daddy tak telefon pun. Xaviera hanya mengangkat bahu malas nak ambil tahu. Yang penting dia dah sampaikan apa yang daddy kata semalam.

"Oi!" panggil Haider dengan kuat. Xaviera hanya mengabaikan panggilan tersebut. Punya cantik nama aku dia panggil oi.

Haider yang sudah panas apabila panggilannya diabaikan melempar sudu yang ada ditangannya tepat di kepala Xaviera.

Pakk

"Sakitlah!" marah Xaviera dengan kerutan berlapis-lapis di dahi. Diusap belakang kepalanya dengan kasar.

"Dari tadi aku panggil kau, yang kau tak menyahut kenapa?" soalnya dengan geram.

"Dah awak panggil saya macam tu siapa je nak menyahut? Saya ada namalah." Balas Xaviera dengan berani.

"Kau dah berani melawan, kan? Kau memang tak serik nak rasa tali pinggang aku? Tanya Haider dengan garang.

Xaviera pantas menggelengkan kepalanya. Sakit dibelakang pun masih belum hilang, janganlah Haider nak tambah lagi.

"Malam ni aku nak kau pakai make up tebal-tebal. Tutup semua kesan lebam yang ada dimuka kau." Arahnya dengan dingin.

Tersenyum sinis Xaviera mendengar arahan tersebut. Takut kantoilah tu!

"Lebam tu mungkin boleh lah ditutup tapi luka dekat kening ni maybe susah nak disembunyikan." Xaviera menunjuk kearah keningnya yang dibalut dengan plaster luka. Luka disebabkan terkena kepala tali pinggang.

"So, ada aku kisah. Kau pandai-pandailah bagi alasan dekat daddy dan jangan sampai daddy tahu yang luka tu berpunca dari aku. Kalau daddy dapat tahu siap kau!" Ditunjal kepala Xaviera dengan kuat kemudian dia beredar meninggalkan Xaviera.

       
Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now