Haider menaikkan bibirnya, benci apabila ada orang yang menyebelahi perempuan sundal tu. Ada juga orang nak bela pelacur macam tu.

...

Xaviera balik bersama dengan barang-barang yang dia ambil di rumah sewanya tadi. Garu kepala memikirkan dimana dia mahu letak bajunya memandangkan bilik yang dia tidur sekarang ni penuh dengan barang-barang Haider.

"Susahlah macam ni," rungutnya.

Dia fikir lah macam mana pun memang tiada jalan keluar kerna lelaki itu tiada niat mahu membuang barang tidak terpakai ni.

"Apa lagi yang kau rungutkan tu?" masuk sahaja di dapur, kedengaran suara Xaviera yang sedang membebel sendiri.

"Macam mana saya nak letak baju saya ni kalau barang-barang awak yang menguasai bilik ni." Beritahu Xaviera walaupun dia tahu jawapan apa yang bakal dia dengar.

"Masalah siapa?" soal Haider dengan datar.

Xaviera terus menunjuk ke arah dirinya apabila dilontarkan soalan tersebut.

"Masalah kau, kau fikir lah sendiri." Pejam mata Xaviera mendengar balasan suaminya. Ditarik nafasnya perlahan-lahan sebelum mata dibuka lalu memandang suaminya yang hanya menayangkan riak kosong.

"Sebelah bilik ni kosong, kan? Saya tidur situ boleh ke?" bukan dia tak perasan ada satu lagi bilik yang tak digunakan. Cubalah Haider bagi je dia bilik ni, kan senang.

"Bilik pembantu ni?" silih ganti anak matanya memandang pintu bilik dan muka isterinya.

Lama Haider berdiri dengan mata memandang Xaviera dari atas ke bawah kemudian naik lagi keatas. Xaviera yang bingung dengan pandangan suaminya turut melihat pemakaiannya. Apa? Ada yang salah ke?

"Sesuai sangat, sebab kau dengan pembantu pun tak ada beza." Pedas sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Haider.

Xaviera membalas dengan senyuman manis. Dia beranikan diri untuk dekatkan jaraknya dengan kedudukan Haider.

Dengan beraninya tangan dililitkan di sekitar leher Haider dan sengaja lagi dia rapatkan badannya sehingga dada mereka saling bertembung antara satu sama lain.

"Awak tak takut ke satu hari nanti apa yang awak cakap tu berbalik semula dekat awak."

"Tak! Sebab sampah selamanya tetap menjadi sampah." Tangan yang tadinya memeluk leher Haider perlahan-lahan terlepas begitu sahaja. Sampah! Kali ni dia disamakan dengan sampah.

"Satu lagi, sekadar peringatan untuk kau lah." Rambut Xaviera diselak kemudian tangannya berhenti tepat di batang leher Xaviera lalu dengan kasarnya dia menarik sehingga badan Xaviera tertarik lebih rapat dengannya.

"Kalau aku benci dengan seseorang tu selamanya aku akan benci dan aku tak akan biarkan perasaan benci tu bertukar menjadi perasaan cinta atau sayang."

"Dan untuk pengetahuan kau selamanya hati aku hanya untuk Annisa dan tiada nama perempuan lain selain dia." Tenang sahaja suara itu keluar namun ianya mampu membuatkan Xaviera menangis dalam diam.

Xaviera terus menolak badan Haider jauh darinya. Tak habis-habis nama Annisa, Annisa disebut oleh lelaki itu.

"Jangan nanti awak termakan dengan kata-kata awak. Ingat sikit siapa pemilik hati awak, dijentik sikit je perasaan awak boleh mengubah segala-galanya." Balas Xaviera dengan datar. Tanpa menunggu balasan dari Haider, dia terus meloloskan badannya masuk ke bilik pembantu yang sudah sah menjadi miliknya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now