...

Haider langsung tiada rasa kesian dengan Xaviera yang terpaksa menolak troli yang penuh dengan barang dapur. Bukan nak mengeluh tapi keadaan dia saat ini sangatlah tidak mengizinkan. Perut dia dari tadi sakit sehingga dia tak tahu nak zahirkan rasa sakit itu seperti apa.

"Cepatlah! Yang kau terhegeh-hegeh dekat situ dah kenapa?" marah Haider apabila melihat Xaviera masih berada jauh darinya.

"A-awak, perut saya s-sakit.."

"Haish, kau ni menyusahkan lah." Geram Haider dengan perangai mengada Xaviera.

Ingat aku nak angkat dialah. Dalam mimpi lah Xaviera oii!

"Kau pergilah dekat parking. Aku bayar barang dulu." Kunci kereta diberikan kepada Xaviera dan tanpa menoleh kebelakang Haider meninggalkan wanita tersebut yang masih menahan kesakitan.

"Macam mana saya nak pergi, jalan pun saya dah tak larat." Menitis air mata Xaviera saat ini. Kalau orang lain mesti sudah dilayan dengan baik tapi dia hanya mendapat layanan yang kasar sahaja.

Setelah selesai membuat pembayaran, Haider menuju ke tempat letak kereta. Dari jauh dia tak melihat kelibat Xaviera dan hatinya sudah membara.

"Mana perempuan sundal ni?" didail nombor telefon Xaviera namun hanya peti simpanan masuk sahaja yang menjawab.

"Eh! Buang lah telefon tu kalau tak reti nak angkat panggilan orang." Bengang Haider apabila Xaviera langsung tidak mengangkat panggilannya.

Xaviera yang masih berada dalam pusat membeli belah berjalan dengan perlahan. Sesekali tu dia akan rehatkan dirinya kerna sakit yang semakin menjadi-jadi. Dahinya juga sudah penuh dengan peluh, begitu juga dengan mukanya yang sudah bertukar pucat. Ini semua disebabkan sakit yang ditinggalkan Haider.

Setelah 10 minit Xaviera merehatkan perutnya, Xaviera memulakan langkahnya menuju ke tempat parking. Dari jauh dia sudah melihat Haider sedang bersandar di tepi keretanya dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

"Dia marah ke?" Xaviera sudah takut mendekati lelaki tersebut namun kalau dia tidak pergi Haider akan semakin marah.

"M-maaf saya lambat." Terketar-ketar dia nak berhadapan dengan Haider. Sengaja dia berdiri jauh dari lelaki tersebut agar tiadalah lagi sepakan yang mengena di badannya.

"Eh! Tak apa. Aku memang ditakdirkan untuk tunggu kau." Balas Haider bersama dengan senyuman. Xaviera yang melihat senyuman tersebut sudah tidak sedap hati.

"Masuklah. Kita balik, dah lewat sangat ni." Ajak Haider sebelum badannya menghilang dipandangan Xaviera.

Xaviera hanya mengikut arahan tersebut dan belum sempat dia memasang seatbelt, Haider sudah memandu dengan kelajuan yang tidak boleh dibawa bincang.

"A-awak!" teriak Xaviera dengan kuat. Tambah pucat mukanya dengan cara pemanduan Haider yang sangatlah laju.

Haider langsung tak peduli dengan teriakan tersebut. Dia lajukan lagi pemanduannya dan langsung tak fikir dengan keadaan isterinya yang sudah menangis disebabkan rasa takut yang dicetuskan olehnya.

Penderitaan Xaviera berakhir apabila terasa pemanduan tersebut menjadi perlahan. Mata yang tadi terpejam dibuka dan ternyata mereka sudah sampai di rumah. Nasib sahaja jarak supermarket dan rumah mereka tak jauh, kalau jauh tak tahulah apa jadi dengannya.

Haider yang melihat peluang untuk kenakan Xaviera terus berhentikan keretanya dengan tiba-tiba dan membuatkan tubuh Xaviera terdorong ke hadapan.

"Auchh..." pening kepala Xaviera apabila kepalanya tercium dashboard kereta Haider. Haider yang mendengar bunyi hentakan tersebut sudah ketawa terbahak-bahak.

"Kan aku dah pesan dekat kau, jangan biarkan aku tunggu kau." Kata Haider bersama dengan senyuman jahat. Suka dia melihat Xaviera yang sedang dalam kesakitan.

"Kau angkat barang-barang dekat belakang tu." Arah Haider sebelum dia keluar dari keretanya. Xaviera hanya memandang sepi pemergiaan Haider.

"Kesian kau Viera. Baru beberapa jam jadi isteri Haider, setengah dari badan kau dah lebam-lebam." Keluh Xaviera dengan berat. Ini pilihannya dan dia perlu tanggung semuanya.

Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now