"Kau tolak aku sebab kau nak minum, kan?" Haider menolak pintu biliknya dengan kasar dan dia membawa Xaviera masuk ke bilik mandi.

Sebelum itu, Haider memenuhkan terlebih dahulu bathtub tersebut dengan air. Nak sangat minum kan, sekejap kau perempuan.

"A-awak nak buat apa ni?" tanya Xaviera apabila dia melihat suaminya memenuhkan bathtub tersebut dengan air.

"Kau nak minum kan? Sini aku bagi kau air." Dimasukkan kepala Xaviera kedalam bathtub tersebut dengan kasar yang membuatkan Xaviera meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

"H-Ha..ider...." tersekat-sekat Xaviera memanggil nama suaminya.

"Minum! Minum sepuas-puasnya." Dikuatkan lagi tolakan di kepala Xaviera sehingga wanita itu memukul tangan Haider dengan kuat.

Selepas beberapa minit muka Xaviera ditekup ke dalam bathtub tersebut, Haider memberi peluang untuk isterinya mengambil nafas namun hanya sesaat sebelum kepala Xaviera dimasukkan semula.

"Ini sebab kau dah hancurkan majlis perkahwinan aku. Kalau bukan sebab rancangan murahan kau tu, aku dah bahagia lah dengan Annisa!." Dia akan seksa Xaviera sehingga hatinya puas melihat wanita itu menderita.

"Mesti kau fikir kan, kalau kau kahwin dengan aku, aku akan layan kau macam puteri. Tapi malangnya kau tak layak dilayan macam tu, kau layak dilayan macam ni." Puas hatinya melihat Xaviera sudah terkapai-kapai meminta dilepaskan.

Setelah puas Haider mendera Xaviera didalam air, Haider mengeluarkan kepala wanita tersebut memberi kesempatan untuk Xaviera mengambil nafas semula.

"K-kenapa awak buat saya macam ni?" mengalir air mata Xaviera apabila dirinya diperlakukan sedemikian. Kedengaran nafas Xaviera berat dan kuat menunjukkan yang perbuatan Haider betul-betul boleh membuat dia hilang nyawa.

Dadanya berombak dengan kasar. Dia cuba mencari semula rentak nafasnya setelah lama dia direndam di dalam air.

"Jangan tanya aku Viera. Tanya diri kau sendiri, kenapa aku buat kau macam ni." Haider menyelitkan rambut  yang menutupi sebahagian wajah cantik itu. Seketika matanya melihat wajah Xaviera yang sudah bertukar merah dan bibirnya tak boleh menyembunyikan senyuman kepuasan.

"Mesti kau fikir aku ni lelaki yang bakal layan kau dengan baik." Pipi Xaviera ditampar dengan perlahan namun mampu membuatkan pipi itu menjadi merah.

"Beginilah, aku boleh layan kau dengan baik tapi cara kau, buat aku terpaksa layan kau macam ni. Kalau kau nak tahu, aku baik dengan orang yang aku sayang dan kau tahu siapa yang aku maksudkan."

"Satu lagi, kalau kau nak tahu dulu aku pernah terpukul seorang budak ni sampai budak tu koma beberapa bulan." Teguk liur Xaviera dengan kisah silam Haider. Koma? Janganlah dia senasib dengan budak lelaki tu.

Senyuman Haider semakin lama menyeramkan sehingga terasa bulu romanya mengembang dengan sendiri.

"Jadi kalau kau tak nak koma,  jangan sesekali naikkan kemarahan aku. Ini baru sikit Viera, kau belum tengok sepenuhnya diri aku." Ujarnya dengan senyuman yang penuh makna.

"Sekarang aku nak kau siap-siap. Kita belanja barang dapur. Ingat! Jangan biarkan aku yang tunggu kau." Pesan Haider lalu dia keluar  meninggalkan Xaviera yang sudah kedinginan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now