Hayyan senyum. Menoleh sekejap-sekejap dia memandang wajah Wareesa.

Dah sampai di pintu kereta, pegangan dilepaskan lalu pintu kereta dibuka. Tak perlu suruh, Wareesa dah boloskan diri terlebih dahulu ke tempat duduk penumpang hadapan. Siap pakai tali pinggang.

Hayyan hanya memerhati. Pintu ditutup kemudiannya sebelum wajah diraup. Senyum disembunyikan. Lahai. Wareesa ni lah!

"Weh!"

Teguran Wareesa dari tingkap yang diturunkan buat senyuman Hayyan mati.

"Cepat lah! Dah lambat lah. Nak pergi supermarket!" Kata Wareesa. Hayyan dipandang atas bawah. Pelik-pelik sepupu dia ni. Dah tahu dia lambat, boleh pula berdiri sahaja. Tak reti dah nak bawa kereta ke?

Hayyan hanya julingkan mata. Tak kata apa. Tak mahu rosakkan mood Wareesa. Dan lagi tak mahu Wareesa ubah fikiran. Bukan senang nak dapat peluang begini. Ke supermarket dengan Wareesa? Ini pengalaman pertamanya! Dia tak akan lepaskan.

Pintu belakang dibuka dan beg Wareesa dimasukkan. Sesudah itu kaki bergerak ke tempat pemandu. Namun langkah mati tiba-tiba bila nampak seorang lelaki memandang tajam ke arahnya. Berkerut terus dahinya.

Pandang belakang, takde sesiapa pun. Bila dia pusing hadapan semula, lelaki itu dah berlalu pergi. Sambil itu pusing belakang macam tak puas hati dengannya. Makin berkerut dahi Hayyan jadinya.

"Kenal ke?" Soal Hayyan perlahan seraya mengatur langkah kembali. Mata tak lepas memandang lelaki tad yang dah berdiri di sebelah sebuah motorsikal.

"Hayyan! Lambat dah lah!" Niat nak terus memerhati mati sebaik sahaja dengar suara geram Wareesa. Buru-buru dia boloskan diri masuk ke dalam kereta. Biarkan sahaja lelaki itu. Momen dia dengan Wareesa yang perlu dia tumpukan kini.

*💐 ੈ♡

TANGAN setia menolak troli. Wareesa yang fokus dengan list barang di telefon dipandang tanpa lepas. Bila Wareesa berkerut, Hayyan tak dapat nak tahan daripada berkerut juga. Bila Wareesa menoleh kiri dan kanan, Hayyan juga tak dapat tahan daripada berbuat perkara yang sama. Dan bila Wareesa gigit bibir bawah dek kehairanan, bibir dia pula tak dapat nak tahan dari senyum.

"Damn." Getus Hayyan perlahan. Kadang tergelak kecil dia tanpa dapat ditahan. Hanya dengan melihat ragam Wareesa yang kalut mencari bahan, sudah cukup buat hatinya berbunga senang.

Wareesa yang mendengar getusan halus Hayyan terus menoleh kepala. Dahi berkerut. Geram pula jadinya. Hayyan dari tadi tak membantu. Hanya tahu tolak troli sahaja. Takde pun nak tolong dia carikan barang pun. Sikit sangat function lelaki itu. Kalau begitu, baik duduk diam-diam dalam kereta sahaja.

"Tak payah nak damn, damn sangat. Apa kata kau tolong aku?" Tawar Wareesa. Sambil itu cekak pinggang.

Hayyan tegakkan badan. Dia senyum kecil.

"I am helping you. Ni troli berat ni siapa yang tolak? Nak guna kudrat kau, tak bergerak tau troli ni. Lemah." Selamba sahaja Hayyan mengutuk di akhir ayatnya. Buat Wareesa meluap kecil.

Malas mahu bergaduh, Wareesa teruskan langkah. Hayyan yang melihat senyum senget sebelum langkah Wareesa diekori perlahan. Tak lupa dia menolak troli bersama. Bila Wareesa berhenti di satu rak, dia turut berhenti.

Wareesa mendongak pandang deretan tin cendawan yang ternampak tinggi di matanya. Nafas dilepas lemah. Ini paling dia benci. Sohih tak sampai dia nak mengambilnya. Dengan ketinggian dia sekarang ini, peratus nak dapat tu sangat tipis.

Abaikan Hayyan yang memang tak mahu menolong, Wareesa terus menjengket kecil. Tangan pula dipanjangkan seboleh mungkin walau ia mustahil. Dah panjangkan tangan, kaki pula menjengket tinggi.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now