Dia membawa Hannah pergi ke pantai berhadapan dengan Resort Teratak Indah. Hannah hanya mengikut langkah Harraz tanpa berkata apa-apa.

Mereka berjalan di gigi air sebelum Hannah memulakan bicara.

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Saya ingatkan awak ni orang biasa macam saya tapi rupanya-rupanya tak..." kata Hannah sedikit kecewa. Entah kenapa dia rasa yang dirinya bagaikan ditipu oleh Harraz.

"For what? Kalau aku bagitahu kau yang aku ni anak Tengku mesti kau akan layan aku dengan sebaik-baiknya kan? Mesti kau tak pernah nak cari gaduh dengan aku, tak pernah nak kutuk aku. Kan?"

Hannah terdiam seketika. Dia mendongak, melihat Harraz yang sedang berjalan di sebelahnya.

"You know sweetheart, setiap kali aku cakap aku ni anak tengku mesti orang luar akan layan aku macam raja dan aku tak suka semua tu. Diorang buat baik dengan aku semata-mata sebab aku ni anak tengku. Kalau aku tak cakap aku ni anak tengku tak adanya manusia-manusia tu nak layan aku dengan baik. They are just pretending sweetheart"

"Sebab tu aku tak nak bagitahu kau. Aku selesa dengan layanan kau pada aku sekarang walaupun agak kasar. But I like it. Kau..... jujur sweetheart. Kau tak macam orang lain yang suka berpura-pura. Kau layan aku macam kawan sekolah kau. Kau kutuk aku sesuka hati, kau selalu gaduh dengan aku dan aku suka semua benda tu. Weird right?" sambung Harraz lagi.

Hannah mendengar kata-kata Harraz itu. Perkataan jujur itu menangkap hatinya.

Sememangnya dia tak pernah terfikir yang Harraz ini adalah seorang tengku. Memang betul apa yang dikatakan Harraz itu.

Dia melayan Harraz sama seperti dia melayan kawan lelaki sewaktu di sekolah dulu. Begitulah Hannah dengan kawan-kawan lelakinya. Gadis itu tidak begitu suka untuk berkawan dengan lelaki.

Rayyan adalah orang pertama yang membuatnya jatuh cinta dan tertarik untuk bergaul dengan lelaki namun perasaan itu hanya sementara. Selepas mereka berpisah, Hannah kembali bencikan lelaki namun tidak Harraz.

"And for your information, kau adalah perempuan pertama yang aku rasa aku tak menyampah bila berkawan. Perempuan yang aku kenal sebelum ni semuanya gedik dan tak berakhlak. You are special to me you know"

Hannah berhenti berjalan. Dia melihat Harraz yang masih tenang bercakap dengannya. Hatinya berdetak kencang ketika mendengar ayat terakhir Harraz tadi.

Apa maksud lelaki itu?

"Jangan perasan ya sweetheart. You are my special friend" kata Harraz lagi apabila melihat reaksi Hannah sebegitu.

"Whatever" Hannah menggulingkan bola matanya dan berlari ke arah air pantai yang dari tadi memanggilnya. Harraz hanya tersenyum nipis melihat tingkah Hannah itu.

"Maybe be my special person soon?"

Kata-kata itu diungkap cukup untuk diri sendiri yang mendengarnya. Harraz melangkah mendekati Hannah yang sedang sibuk bermain dengan air pantai.

"Kau suka pantai?"

"A lot! I love painting and beach"

"And I love you" ucap Harraz tiba-tiba. Gadis itu hanya berdecit. Tidak terusik langsung dengan kata-kata Harraz itu.

"Love kepala gajah awak. Saya selam awak dalam laut ni baru tahu" kata Hannah geram. Harraz ketawa besar mendengar gurauan gadis itu.

"Janganlah selam sekarang. Aku mati nanti kau juga yang meroyan tak dapat jumpa aku" kata Harraz sebelum menyikat rambutnya kebelakang dengan tangan.

Flip hair!

"Diam boleh? Kalau tak saya tolak awak betul-betul dalam laut ni nanti" kata Hannah lagi.

Harraz mendekati Hannah perlahan. Tangannya naik memegang hujung tudung Hannah. Lelaki itu membetulkan tudung Hannah yang terbang dek kerana angin membuatkan belakang leher gadis itu sedikit terdedah.

"Apa?" soal Hannah apabila Harraz tiba-tiba memegang tudungnya sekaligus tersentuh bahunya. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Setelah puas bermain air mereka kembali berjalan di tepi pantai itu.

Hujung jari Harraz pula masih setia memegang hujung tudung Hannah. Matanya dialihkan apabila angin meniup tudung Hannah namun jarinya kekal pada tudung Hannah.

"Awak ni dari tadi pegang tudung saya. Kenapa?"

"Just covering your aurat sweetheart" kata Harraz perlahan bersama senyuman manisnya.

"Don't worry, i saw nothing" tambah Harraz lagi apabila melihat reaksi Hannah yang resah dengan apa yang dikatakannya tadi.

Harraz berhenti berjalan kemudian lelaki itu menunduk seperti sedang mencari sesuatu di atas pasir pantai. Hampir lima minit dia begitu kemudian dia bangun semula dan berpusing menghadap ke arah Hannah.

Tangan gadis itu yang berlapik dicapai dan dia membuat isyarat supaya Hannah membuka telapak tangannya.

Hannah hanya mengikut apa yang disuruh oleh Harraz. Dia membuka telapak tangannya kemudian Harraz meletakkan sesuatu di atas tapak tangannya itu.

"Apa ni?"

"This is seashell sweetheart. Itu pun tak tahu" kata Harraz sengaja. Hannah menjeling lelaki itu apabila mendengar Harraz memerlinya.

"Saja nak bagitahu, aku suka tiny things macam ni. Lagi-lagi ketam pantai. They're so adorable, like you. Small and cute" kata Harraz lagi membuatkan pipi Hannah terasa membahang.

"Keep it okay. Kau boleh buang bila kau rasa aku bukan lagi kawan kau. Anggap ni macam hadiah sebab jadi kawan aku" kata Harraz perlahan. Bibirnya mengukir satu senyuman yang kelihatan cukup ikhlas pada mata Hannah.

"Kenapa? Suatu hari nanti awak akan berhenti jadi kawan saya ke? Atau..."

"I'm just telling you. Aku harap kita kawan sampai bila-bila, kalau boleh lebih lagi bagus"

"Stop with that joke Harraz. Saya tak suka" kata Hannah tegas. Sungguh, dia tidak suka dengan gurauan Harraz itu. Lelaki itu seolah-olah sedang bermain tarik tali dengannya.

Dia juga mempunyai perasaan. Siapa saja yang tidak berdebar apabila dipanggil sweetheart begitu? Harraz hanyalah musuh yang sudah bertukar menjadi kawannya namun layanan Harraz padanya terlihat lebih daripada layanan seorang kawan.

"I'm sorry" kata Harraz apabila menyedari yang Hannah hanya mendiamkan diri dari tadi. Gadis itu duduk termenung di atas pasir sambil bermain-main dengan cengkerang laut yang dihadiahkan oleh Harraz.

"Jom balik? Aku hantar kau"

"Awak balik dulu, saya ada kerja lagi dekat office. Ni pun dah banyak sangat tertangguh sebab awak"

"Habis kau balik bila?"

"Saya maybe stay dekat resort je malam ni. Awak balik la dulu" kata Hannah sebelum bangun dari duduknya.

"Take care sweetheart!" kata Harraz sambil melambaikan tangannya ke arah Hannah yang sudah jauh berjalan meninggalkan pantai.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now