𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝗜

267 32 11
                                    

"Saemin ah! " panggil Sunghoon lantang.

Saemin yang sedang menunggu kertas laporannya dicetak itu langsung menoleh malas ke arah Sunghoon yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Photo- and Copy.

"Apa hal kau?" soal Saemin sambil mengambil kertas-kertas yang siap dicetak. Dia mengerling Sunghoon yang sudah pun berdiri di sebelahnya.

"Duh, garang ah kau ni" rungut Sunghoon dan mengerling Saemin.

"Ah well, sis bangga sis makin garang" balas Saemin dengan bangganya sambil tangannya mengipas mukanya.

"Amende siak. Itu pun nak hangga ke sengal? " bentak Sunghoon menyampah. Saemin langsung menunjal bahu lelaki itu.

"Halamak, kau ni. Tak support member ah" rungut Saemin dan menjeling tajam Sunghoon.

"Member? Kau member aku ke? Kita pernah kenal ke sebelum ni?" soal Sunghoon bertalu-talu seraya menjauhi sedikit jaraknya dengan Saemin.

Dan, tak semena-mena lengan lelaki itu dicubit kuat oleh Saemin.

"Haaaa itu makan dia! lepas ni tanyalah lagi soalan bangang macam kau tu. Aku sumbat kau dalam mesin photostat ni ha" hambur Saemin geram. Wajah Sunghoon yang cemberut itu dikerling. Lelaki itu ligat mengusap lengannya yang menjadi mangsa cubit Park Saemin.

"Yang kau ni apahal senyum sorang-sorang? Creepy bodoh"

Mendengar teguran dari Sunghoon itu serta-merta membuatkan Saemin mengemam bibirnya.

"Duh, suka hati lah. Takkan aku nak ajak kau senyum sekali dengan aku pulak?" balas Saemin sambil menyusun kertas-kertas laporan yang siap dicetak itu. Klip kertas langsung disematkan pada kertas-kertas itu.

"Ah whatever. "balas Sunghoon seraya mengulingkan bola matanya ke atas.

"Ha kau nak apa datang sini? Memang sengaja nak ganggu aku kerja ke macam mana?" soal Saemin seraya meletakkan kertas-kertas yang sudah dikepilnya itu di atas meja.

Dia memusingkan badannya menghadap jejaka tinggi itu. Kening dijongket sebelah.

"Oh, aku nak bagitahu kau something" balas Sunghoon dan serta-merta riak wajahnya berubah serius.

Saemin mengerutkan dahinya. Dia menyilangkan lengannya di dada. Ditilik setiap inci wajah milik jejaka itu.

Saemin tergelak kekok. Dia menampar lengan Sunghoon berkali-kali.

"Kau nak bagitahu apa sia? Apa hal serius sangat muka kau, Park Sunghoon?" soal Saemin dan sambung ketawa.

"Tak, ni serius, Park Saemin."

Saemin yang sedang ketawa itu perlahan-lahan reda. Dia memandang wajah lelaki itu.

"hm ok. Apa benda yang serius sangat?" soal Saemin seraya menyilangkan lengannya di dada. Kening diangkat sebelah.

"Since kita dah kawan in about 3 tahun, kau keria
dengan aku for 1 year and half..."

"Eoh.." balas Saemin sambil menganggukkan kepalanya.

"Kau ada dengan aku waktu susah senang aku, aku pun ada dengan kau waktu susah senang kau, then.. aku decide nak bagitahu kau pasal benda ni" tutur Sunghoon sambil menatap wajah polos gadis itu.

Saemin hanya menjongketkan keningnya sambil
menanti tuturan lelaki itu.

"Aku..."

"Kau... ?"

"Aku...kena buat haluan aku sendiri"

"Haluan?" soal Saeminbingung. Sunghoon menganggukkan kepalanya.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now