53

309 46 14
                                    

"Ehh hoon enchanto dah keluar, amaghilah kita pergi tengok"ajak Saemin sebelum air suam disisip sikit.

"Dah lama keluar duh, hari ni baru kau nak buka cerita pasal tu?"soal Sunghoon dengan pandangan tak percaya. Sushi egg mayo dimasukkan ke dalam mulutnya

"Eh, last week kau busy, aku pun busy. Celah mananya aku nak buka cerita pasal ni?"respon Saemin seraya menjeling lelaki didepannya itu.

"Ha ye whatever"balas Sunghoon, malas mahu bertengkar.

"So, kau nak pergi tengok tak?"soal Saemin dengan mata bersinar-sinar.

"Ergh, taknak aku movie disney² ni, movie perempuan² ni, tak de ke movie yang best sikit?"

"Eh jantan, haritu Kau nak tengok marvel pale hotak tu, ant man lah, cow man lah, seterika lah, apa benda hijau tu Tah, eh aku ikut je duh walaupun aku tak tahu apa yang best sangat, lepastu, dah lah sampai 3 jam--"

"Eh Soyeon! Meh la duduk sini"pelawa Sunghoon setelah dia mendapati gadis itu selesai memberi makanan, sekurang-kurangnya dia dapat mendiamkan Park Saemin yang sudah mula membebel tadi.

Soyeon hanya akur Dan melabuhkan punggungnya di sebelah Saemin.

"Eh, kesayangan kau mana? Alone pula kau lunch hari ni"ujar Sunghoon sambil mengangkat keningnya.

"Oh, dia cakap ada benda dia nak settle tadi. Dari pagi tadi asyik jawab call je kerja"jelas Soyeon sebelum menyisip sikit Chocolate suamnya.

"Haah, cakap pasal tu, aku perhati juga. Pelik duh, Dari dekat sokcho lagi dia asyik on call je, busy bebenor nak kata dia ada projek baru, tak ada pula client² dia datang"tukas Saemin hairan.

"Halamak, chill dah ah. Adalah tu dia tengah berunding dengan company overseas ke, mana lah tahu kan, biar je lah dia usah ribut² gaes"tutur Sunghoon tenang.

Soyeon hanya menganggukkan kepalanya, dia lebih fokus kepada bibimbapnya sekarang.

"Fine"balas Saemin mengalah, malas mahu memandangkan cerita. Kimbap dimasukkan ke dalam mulut.

"Tapi kan, entah² dia tengah on call dengan yeoja lain, ha tak tahu la kau soyeon~"tambah Sunghoon sengaja mengusik Soyeon yang sedang fokus makan itu.

"Pardon me, Mr Park? Dia bukan macam tu, ok"tutur Soyeon dengan yakinnya.

"Eh mana lah tahu kan, asyik on the phone je memanjang~selalunya kalau otp dengan yeoja begitulah jadinya..."tukas Sunghoon, tak mahu kalah

"Eh kau ni, dah kenapa cakap macm tu gile?"soal Saemin sedikit tegas.

"Apa? Assumption aku je"jawab Sunghoon selamba.

Soyeon yang enak menjamah makanannya tadi, andaian Sunghoon sedikit sebanyak memotong selera makannya.

"Eh, Soyeon. Know what, Jay kan.. kalau dia busy macam mana pun, dia takkan otp dengan client ke siapa je lah yang related lama macam ni au"

Soyeon mencebik sebelum dia meneruskan menjamah makanannya walaupun dia sedikit susah hati disebabkan termakan dengan kata² dusta Sunghoon itu.

"--dia akan otp lama bila dengan perempuan"sambung Sunghoon lagi. Keningnya digerakkan, mengusik gadis itu.

Soyeon hanya mampu bermasam muka sambil menyumbat makanan ke dalam mulutnya.

"Andaian aku je eh, tapi selalunya betul au~"tambah Sunghoon lagi meleret, Saemin pula sedang mengacah-acah mahu membaling garfu ke arah lelaki itu.

Soyeon menyisip air chocolate dengan tak relanya. Sekadar bertujuan untuk menenangkan dirinya dengan andaian sesat Sunghoon itu.

"Kau sengkek ke apa? Sushi je makan"tegur Jay sarkastik yang baru saja berdiri statik di sebelah Sunghoon.

Sunghoon menoleh setelah dia mendengar teguran itu.

"Eh, dah habis otp--"

"Awak², sini jap"panggil Soyeon yang Masih memasang wajahnya yang masam mencuka.

Jay menoleh memandang Soyeon, kening sebelah diangkatnya.

"Wae?"soal Jay sebelum melangkah menghampiri gadis itu. Sebelum sempat Soyeon membuka mulut, Jay telah pun menilik keadaan wajah gadis itu.

"Yang muka kau masam macam ni depan makanan dah kenapa?"soal jay hairan, jaranglah Song Soyeon bermasam muka depan makanan.

Soyeon sekadar mengelengkan kepalanya.

"Eh, korang buli Soyeon aku eh?"Teka Jay sedikit tegas.

"Eh tak², aku tak eh! Aku innocent"nafi Saemin seraya mengangkat kedua-dua tangannya.

Maka, mata Jay beralih ke arah Sunghoon yang sedang enak menjamah makanan itu.

"Kau--" - Jay.

"Haah, Dia, wak, Dia. Dia cakap pasal awak macam², dia cakap awak selalu otp dengan yeoja kalau lama² lepastu--"

"Ehhh, manaaa ada. Tipu je si Soyeon ni--"-Sunghoon

"Eh betullah, Kan Saemin? Kau pun dengarkan tadi?"soal Soyeon, mendapatkan back up bagi menyokong penyataan itu.

Saemin mengangguk laju.

"Sini kau, sini sini"tutur jay dengan riak serius.

"Amendee dohhh. Weh, Saemin. Sampai hati kau buat macam ni haa!"rungut Sunghoon, Saemin hanya memasang muka selambanya.

"Eh berani kau brainwash bebal aku, sejak bila aku otp dengan perempuan lama²?"soal Jay sambil merenung tajam Sunghoon.

"Ehhh, aku gurau² je dengan Soyeon, halamak chill²--"

"Chill kepala hotak kau, gurau² pun kalau tak buat dia upset, aku tak kisah au. Ni masalahnya, sampai murung bebal ni tadi. Dia tengah makan kot"tambah Jay lagi.

Sunghoon merengus perlahan, dia memandang Soyeon yang sedang menjelirkan lidahnya ke arahnya.

"Ha ye, halamak sorry ah. Nak kacau yeochin dia sikit pun tak boleh bhai"

"Eh tak boleh ah, kau rasa macam tak nak hidup ke kan, boleh ah try kacau dia. Dengan izin tuhan, secepat mungkin kau masuk kubur"tutur jay seraya berjalan ke arah Sunghoon.

Kerusi kosong disebelah lelaki itu ditarik lalu didudukinya.

Sunghoon memutarkan bola matanya sebelum mencebik.

Soyeon Dan Saemin mengemam bibir menahan ketawa mereka.

Eh comel pula buat muka macam tu. Eh?

"Hodoh la hodoh"tutur Jay seraya menolak perlahan kepala Sunghoon.

"Ha ye ye!"

"Ha sentap²"

"Sentap tengkorak kau!"

Jay tersenyum nipis melihat kerenah Sunghoon yang kelihatan bengang itu

"Eh bongok, sushi ni sedap bodoh. Aku tak tahu sedap dia macam ni duh"tutur Sunghoon seraya meletak sushi cheese roll ke dalam pinggan Jay.

"Serius ah? Kau tak letak racun kan dalam ni?"soal Jay sebelum menyuap sushi itu ke dalam mulutnya.

"Apa barang letak racun, baik aku letak bom dalam tu"ujar Sunghoon selamba.

"Agak ah kau"

Jay tergelak kecil sebelum menolak kepala rakannya itu.

Maka kedua-dua mereka pun ketawa bersama.

Cepat betul berbaik~

🌸🌸🌸
BAD BOY

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now