77

208 34 5
                                    

"slow lah sikit hanat" tutur Jay geram. Dia menjeling tajam Sunghoon yang sedang meletakkan ubat antiseptik pada bahunya yang cedera dek peluru yang padu.

"Eh ni habis slow aku treat luka kau kot. Macam budak-budak" respon Sunghoon dan ayat terakhir itu diperlahankan.

Namun, apakan daya. Pendengaran Jay yang tajam itu mampu mendengar kutukan Sunghoon yang diperlahankan itu.

"Kau cakap apa? eh, meh aku try tembak kau pula. Nak tengok sikit kau meraung macam mana" balas Jay dan menjeling maut Sunghoon.

"Sanggup ke kau nak tembak aku? Aku ni yang banyak berjasa dekat kau. Sampai hati kau nak tembak.

Tak.

Bunyi hammer pistol ditarik langsung membuatkan mata Sunghoon membuntang. Tambahan pula pistol diacu ke arahnya.

"-Weh Jay! Kau tak sayang aku ke sla?! Weh. pikir baik² dulu woi! "laung Sunghoon sambil menolak pistol yang diacu Jay pada bahunya itu.

"Dah la tu berdrama. Tadi bukan main kau tembak orang. Baru acah sikit, dah takut. Macam budak-budak"

Jay menurunkan pistolnya yang diacu pada bahu Sunghoon itu. Diletakkan pistol itu di atas meja semula.

Sunghoon merengus perlahan. Dia mengambil kapas lalu dilekatkan pada bahu lelaki itu. Kemudian, dia menekan kuat bahu lelaki itu.

Sengaja.

"Eh sakitlah bangang!" Laung Jay geram. Tangan lelaki itu ditepis.

Sunghoon hanya membuat muka selamba badaknya sahaja. Langsung tidak memaparkan reaksi bersalah.

Dia mencapai bandage lalu dicampak pada Jay. Lelaki itu menyambut kemas balingan Sunghoon itu.

Sunghoon mengemas peralatan first aid kit itu dan
memasukkan ke dalam peti kecemasan itu.

"eh, Soyeon tahu tak kau pergi membunuh hari ni?" soal Sunghoon sambil menyusun peralatan peti kecemasan itu.

"Gila kau aku nak bagitahu dia. Kang dia pujuk aku 24 jam untuk tak buat kerja ni hari ni" jelas Jay sambil membalut bahunya yang cedera itu.

Sunghoon sekadar mengangguk kecil. Dia menutup peti kecemasan itu lalu dibaling perlahan ke atas meja yang jauh sedikit darinya.

"Ha kau? Tak bagitahu teman sehati sejiwa sehidup
semati sekubur kau tu?" soal Jay selamba. Dia
mengerling Sunghoon sekilas.

"Eh siapa? Saemin?" soal Sunghoon bingung.

"Ye lah siapa lagi. Kau tanya macam banyak sangat kawan kau ada" balas Jay selamba. Dia mengerling Sunghoon yang sudah mencebik itu.

"Apa function aku bagitahu dia? bukannya dia wife aku pun. "respon Sunghoon selamba. Jay menggulingkan bola matanya.

Kemudian, mata Jay tertancap pada seorang lelaki yang melepasi biliknya di markas itu.

"Soo-ah!" panggil Jay agak lantang. Langsung lelaki itu mengundur langkahnya semula dan terus masuk ke dalam bilik Jaybitu.

"Ne?" sahut Soo setelah menundukkan hormat pada Jay.

"kau dah bawa members yang injured pergi hospital? soal Jay sambil sambil menurunkan lengan baju t-shirt hitamnya ke paras bahu.

"Oh, itu heeseung yang bawa diorang tadi" jawab Soo. Jay mengangguk kecil.

"Dah, kau boleh keluar" arah Jay. Soo mengangguk lalu menapak keluar.

Sunghoon memandang Soo yang sedang menapak keluar itu. Kemudian, dia langsung memandang Jay.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now