85

200 31 2
                                    

"Min.. Kau.."

Hanya ayat itu sahaja yang mampu dikeluarkan dari mulut Soyeon. Dia terlalu kecewa dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Woi perempuan! Pergi lap cepat darah dia tu. Kotor tempat ni lah!" herdik Han Nam kepada Saemin yang sedang berdiri statik di tepi pintu.

Saemin mengangguk kepalanya. Dia bergegas bergerak ke arah Soyeon.

Soyeon memandang lama Saemin yang sedang
mengelap darah di hadapannya itu.

"Saemin. Kau--"

"Lepas kau siap lap darah tu, kunci bilik ni!"

Suara laungan dari Han Nam itu langsung membuatkan Saemin menganggukkan kepalanya.

"Saemin.. Kenapa kau.. Sampai hati kau buat aku, macam ni, Min" tutur Soyeon sambil menatap Saemin yang sedang fokus mengelap cecair merah itu.

"Min.. Sampai hati kau.. Sampai hati kau tipu aku.. Kau perangkap aku.. " tambah Soyeon lagi. Air mata dibiar membasahi pipi.

"Min.. Mesti kau ada sebab kan.. Ada sebab... Kenapa kau sanggup buat aku macam ni..? " tutur Soyeon perlahan.

Namun, Saemin langsung tidak merespon apa-apa jawapan. Dia hanya fokus mencuci lantai yang berlumuran darah itu.

"Saemin.. Aku tanya kau ni. Kau ada.. Sebab yang munasabah kan...? Sebab kenapa kau sanggup--"

"Aku tak ada apa-apa sebab! Kau boleh diam tak?! Aku dah buat kau menderita sakit macam ni, kau still nak sangka baik dengan aku hah? Sudah la. Aku rimas"

Soyeon terdiam seribu bahasa. Dia seakan tak percaya dengan apa yang baru dikatakan Saemin itu.

"Tapi, Min... Aku tak percaya yang kau berubah--"

"Percaya je lah! Percaya yang apa yang kau nampak depan kau ni ialah Park Saemin! kau faham tak situasi sekarang ni? Aku. Jahat. Aku dah perangkap kau untuk buat kau jadi tebusan lelaki tadi tu!" hambur Saemin dan berdiri. Kain putih yang diselaputi darah itu dironyok sebelum dicampak ke luar tingkap.

"tapi, kenapa? Aku buat salah apa dengan kau? Kau--"

Soyeonmeronta-ronta kecil apabila mulutnya disumbat kain oleh Saemin.

"Diam. Kau duduk sini diam" tutur Saemin dan langsung menapak ke arah pintu. Dia menoleh sekilas ke arah Soyeon sebelum kepala dihalakan ke depan semula.

Dapat dia lihat air mata mengalir membasahi pipi gadis itu.

🌸🌸🌸

"Alolololo, patutlah kau senyap je. Ingat kan dah bisu, rupanya kain ada dalam mulut" tutur Han Nam sarkastik sebelum tergelak besar.

Soyeon sekadar merenung tajam lelaki itu.

"Alahai kau ni, tak tidur ke? kesian eh" tutur Han Nam sinis. Kain yang berada di dalam mulut Soyeon itu

"Awak ni nak apa dari saya?! Just end this quickly, you punk! " tutur Soyeon lantang. Han Nam berdecit sinis.

"Eh perempuan, aku tak suruh kau buat benda susah pun tau. Aku suruh kau call Park Jongseong je! Apa yang kau susah sangat nak buat?! " herdik Han Nam geram.

"Kalau pasal tu, saya takkan buat! Dah berapa kali saya cakap?! Awak ni memang ada masalah telinga ke--"

Pak!

Han Namlangsung menampar pipi gadis itu akibat terlalu berang dengan ayat yang dilontarkan Soyeon. Pipi gadis itu dicengkam.

Bad Boy | Park JongseongOù les histoires vivent. Découvrez maintenant