90

358 42 9
                                    

Lepas ni, selang 5 jam, akan ada nurse yang akan check up kamu lagi. That's all. Saya keluar dulu "tutur doktor Kim, Doktor yang bertugas untuk merawat Jay

Jay sekadar menganggukkan kepalanya. Senyuman tipis diukirkan buat doktor lelaki itu.

Doktor kim itu langsung keluar dari wad yang diduduki Jay itu.

Jay menumbuk perlahan lehernya yang terasa sengal. Mungkin disebabkan dia berbaring dalam masa yang agak lama.

Kemudian, matanya langsung tertancap pada pintu wad yang ditolak ke tepi.

"Eyyooo makhluk kena tembak! " sapa Sunghoon sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam wad lelaki itu.

Jay sekadar memutarkan bola matanya ke atas.

"Lama dah ke kau sedar?" soal Sunghoon seraya menarik kerusi lalu duduk di atas kerusi bersebelahan katil lelaki itu.

"30 minit macam tu" balas Jay ringkas. Sunghoon hanya menganggukkan kepalanya.

"Eh, Min, lengan kau apahal?" soal Jay apabila dia baru mendapati yang gadis itu turut hadir.

"Dia senasib dengan kau lah. Mangsa kena tembak. Aku tak faham ah, apahal korang dua ni asyik samaaaa aje kerja. Dah la sama² kena tembak, lepas tu asyik tak puas hati dengan aku je. Kerja nak aku mati je" hambur Sunghoon panjang lebar.

"Ala bising ah kau" tukas Saemin seraya menjeling tajam lelaki itu. Sunghoon sekadar mencebik.

"Eh, Soyeon mana? Tak melawat kau ke?"Soal Sunghoon.

"Dia dah balik wad dia, doktor suruh dia rehat"balas Jay.

Sunghoon hanya mengangguk kecil. Kemudian, dia mengerling Saemin yang sedang membetulkan balutan bandage pada lengannya.

"Eh Min, kau bukan kena balik wad kau ke sekarang? Nanti doktor cari kau kang" tutur Sunghoon memperingati gadis di sebelahnya itu.

"Tak nak ah. Malas. Biarlah doktor tu" balas Saemin bersahaja.

"Eh senangnya respon kau. Kau ingat doktor saja nak jumpa kau ke? Dia nak check up lengan kau tu lah, sengal." tukas Sunghoon dan mengerling gadis itu.

"Alaaa nanti kau nak keluar, aku keluar lah. Halahhh"

"Eh takde. Nanti lengan kau--"

"Aduh, bising ah dua ekor ni. Nak bertengkar, pergi keluar sana. Serabut otak aku" ujar Jay dingin.

Maka, mereka berdua pun memandang Jay yang sedang menayang muka tegangnya itu.

"Dah, berambus. "respon Jay sambil membuat gaya tangan tanda menghalau dua rakannya itu.

Sunghoon Dan Saemin menjeling tajam Jay Dan bergerak keluar Dari wadnya.

🌸🌸🌸

Seminggu kemudian,

"Eh apa ni? Kenapa muka macam ni?" soal Jay dengan nada menyakat.

Soyeon merenung lelaki itu tajam.

Dia ni kan! Dari parut aku 'terang' sampai dah nak hilang pun, still sakat benda yang sama!

"Aish, awak saja je kan? "rengus Soyeon sebal. Jay tergelak kecil sambil memakai jam tangannya di pergelangan tangannya.

"Nak pergi mana ni?" soal Soyeon hairan. Dia memandang ke luar tingkap. Setelah mereka masuk ke kereta itu.

"Meet someone very special" balas Jay bersahaja dan tersenyum senang.

"Someone very special? Siapa?" soal Soyeon bingung. Dia memandang Jay yang sedang fokus memandu itu.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now