86

202 33 2
                                    

"Kejap, tak boleh ke search bangunan terbengkalai or gudang lama dekat maps? " soal Sunghoon memandang Sunoo yang sedang fokus menghadap komputer ribanya.

"Oh, tak boleh. Sebab, ye lah nama pun dah terbengkalai kan, so, memang tak ada dekat maps kalau tempat-tempat macam tu" balas Sunoo. Sunghoon mengangguk perlahan kepalanya.

"Dah ah, jom keluar. "tutur Jay seraya keluar dari kereta miliknya. Sunghoon hanya akur dan turut keluar dari kereta milik Jay itu.

Deretan kedai di hadapan mereka dipandang Sunghoon dan Jay. Keadaan di situ kelihatan agak sibuk.

"Ramai duh manusia dekat sini. Jakun pulak aku" Ujar Sunghoon sambil memandang persekitaran di pusat perniagaan Jangsan-dong itu.

"Eh Jay, mana anak buah kau semua siot? Tak sampai lagi ke?" soal Sunghoon, memandang Jay yang membisu seketika.

"Diorang dah start mencari lah hanat. Kau tu yang lembab"respon Jay dan menapak ke arah kawasan pejalan kaki di hadapan deretan kedai itu. Sunghoon mencebik sebelum dia melangkah mengikuti Jay.

"Mana sia cafe enha tu?" soal Sunghoonsambil menilik setiap kedai-kedai yang wujud disitu.

"Entah " ringkas sahaja Jay membalas. Dia mula melangkah meninggalkan Sunghoon yang sedang sibuk mencari keberadaan kafe enha itu.

"Eh dia ni. Suka betul tinggal aku!" rungut Sunghoon setelah dia sedar yang Jay sudah berjarak 40 meter darinya. Dia langsung menapak ke arah lelaki itu.

"Kau nak pergi mana ni? Confident je aku tengok kau tinggal aku" ujar Sunghoonsetelah dia berjalan seiring dengan Jay.

"Cafe tu lah--"

"Eh kau cakap 'entah' tadi! macam mana kau tahu nak pergi situ pulak?"seloroh Sunghoonbertanya.

"Guna maps la, bijak. " balas Jay dan mengerling
tajam Sunghoon sekilas.

"Eh betul jugak. Em, aku saja je test kau. Yelah, orang bijak macam aku ni mestila tahu semua benda tu" tutur Sunghoon selamba dengan nada penuh bongkak.

"Kau cakap macam tu, lagi obvious kebangangan kau " balas Jay dengan nada mendatar. Matanya ligat meliar di setiap kedai-kedai yang mereka lepasi.

"kurang ajar kamu ya" balas Sunghoon bersahaja. Dia juga turut menilik setiap kedai-kedai disitu.

"Eh apa function kita pergi cafe tu? Jangan bagitahu aku yang kau nak tanya staff cafe tu pasal.. Benda ni" tutur Sunghoon dan berura-ura untuk menutup telinganya menggunakan kedua-dua tangannya. Namun, ditepis Jay.

"Kau ingat aku sebodoh kau ke?" soal Jay dan
mengerling Sunghoon tajam.

"Eh mana tahu. Kau kalau jadi bodoh tu, memang tak dibuat-buat bodohnya" balas Sunghoon bersahaja.

"Yang tu kau. Takdelah, aku nak pergi situ sebab nak tengok surrounding kedai tu. Mana tahu ada gudang ke apa ke" jelas Jay dan mendapat anggukan kecil dari Sunghoon

"Ok, faham" balas Sunghoon ringkas.

Tak lama kemudian, Jay menghentikan langkahnya di hadapan sebuah kedai. Sunghoon memandang Jau pelik sebelum dia turut menoleh, melihat kedai di sebelah kirinya itu.

"Eh, enha cafe? Sini ke?" soal Sunghoon sambil menjongket kening kanannya.

"Sini lah kot. Sini je ada cafe nama enha " balas Jay sambil memandang lama kafe di sebelah kiri mereka itu.

Sunghoon mengangguk kecil. Dia memandang di persekitaran kafe itu.

"Tak ada yang suspicious pun do. Nampak suci je aku tengok cafe ni" tutur Sunghoon bersahaja.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now