68

227 35 3
                                    

Lunch Hour

"Semua dah beli kan?" soal Saemin sambil menilik setiap barang didalam troli.

"Rasanya--"

"Woi belon tak ambik!" jerit Saemin sedikit lantang.

Tanpa berfikir banyak, dia terus berlari anak ke arah bahagian barang keperluan untuk parti.

Matanya meliar mencari keberadaan belon. Setiap bahagian rak ditilik.

"Ok That's it" ujar Saemin sedikit teruia Dan dia tersenyum tabah apabila tempat belon itu diletakkan sangat tinggi dan dia tak upaya untuk mencapai.

"Apahal letak tinggi? Pikir semua rakyat korea tinggi belaka ke? "bebel Saemin sambil bercekak pinggang.

Dia merengus perlahan dan dia mengginjat supaya dia dapat mencapai seplastik belon berwarna-warni itu.

Dan, syukur ke hadrat ilahi apabila ada seorang manusia yang baik membantunya mencapainya.

Dia tersenyum senang sebelum memusingkan badannya.

"Kamsaham-What the fish?!"

Saemin terjerit kecil saat melihat gerangan itu. Dia tersandar pada rak itu dengan mata terbeliak.

"Wae wae wae? What's wrong?" soal Sunghoon pelik
sambil melihat sekeliling. Mana tahu dia nampak hantu.

"Kau buat apa sini, hanat?" soal Saemin yang masih dalam fasa terkejut.

"Asal? Aku tak boleh datang sini ke? " soal Sunghoon bingung.

"Ehh takkk.. Bukan.. " balas Saemin dan tersengih kecil. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ha, nah. Belon kau. Pendek" tutur Sunghoon seraya menghulur satu plastik belon kepada Saemin. Sempat lagi dia mengutuk gadis itu.

Selalunya, Saemin akan bengang kalau dia dikutuk lelaki itu begitu, namun sekarang dia sedang gabra. tiada masa untuk itu.

"Kau nak buat apa do belon? dah tua bangka pun nak main tiup belon Lagi ke?" soal Sunghoon dan tergelak kecil.

"Eh suka hati ah. Sibuk je" balas Saemin dan mencerlung tajam Sunghoon. Sunghoon tergelak kecil.

"Dah, aku nak pergi--"

"Eh, kau dah nak bayar ke Hoon?" soal Saemin setelah dia mendapati lelaki itu membeli beberapa barang.

"Haah. Bye, hanat" respon Sunghoon dan berura-ura
untuk beredar.

"Kejap ah, jangan ah bayar lagi. Teman aku nak pergi beli..erm..ha daging!" tutur Saemin sambil memeluk lengan lelaki itu.

"Dah kenapa nak bell daging pulak ni?" soal Sunghoon hairan.

"Ala jom je lah! " balas Saemin yang masih memeluk
lengan lelaki itu.

11.45 pm

"nasib baik doh! Aku gabra gila tadi masa jumpa dia. Kau tak tahu, muka aku macam nampak hantu je lepas je aku pusing badan aku" tutur Saemin sambil mengikat belon yang sudah ditiupnya itu.

"Eh, dia buat apa pergi mall? Bukan kau cakap dia ada meeting dekat luar ke? "soal Soyeon hairan sambil mengemas segala sampah-sampah kering di atas meja lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah.

"Ha tu lah pasal! tak pasal-pasal aku habiskan 13,000 won untuk daging lembu tadi. Ergh, geram pulak bila fikir balik. Bukannya dia nak tolong bayarkan untuk aku! " Bebel Saemin sambil menggantung beberapa belon di penjuru dinding.

Soyeon tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Kadang aku rasa kesian pulak dekat future girlfriend dia kalau perangai dia macam tu. Ergh, kedekut. Tak gentle siak" tambah Saemin lagi. Dia turun dari tangga setelah selesai menggantung belon-belon di penjuru dinding.

"Alaa, nanti kalau dengan girlfriend dia, dia gentle lah tu. "respon Soyeon yang sedang menggunting kertas sprinkle untuk membentuk beberapa huruf.

"Ergh, acah je hanat tu" balas Saemin dan memutarkan bola matanya. Soyeon hanya tergelak kecil.

"Erm, dah pukul 11.50 lah, Min. Apa kata kau sambung gunting ni, aku pergi buang sampah dekat bawah. " ujar Soyeon seraya berdiri.

"eh, gelap lah dekat bawah. Aku temankan lah" seloroh saemin dan berdiri.

"Eh, no need lah, ala, kan guard ada dekat bawah. i will be fine" tutur Soyeondan tersenyum, cuba meyakinkan Saemin.

Saemin mengangguk kecil dan duduk semula.

"kalau ada orang kacau kau, baling je heels kau tu" pesan Saemin dan langsung membuatkan Soyeon tergelak kecil.

Soyeon mengangguk dan plastik sampah yang sudah diikat itu dijinjing

Soyeon mengatur langkahnya menuju ke bahagian tangga. Dia menuruni tangga dengan mengatur langkah yang kemas.

Hampir 3 minit dia menuruni tangga, akhirnya dia tiba di tingkat bawah. Langkah diatur rapi menuju ke pintu hadapan.

Sebaik sahaja dia keluar dari bangunan besar itu,

suasana di luar yang lengang langsung membuatkan

langkah gadis itu terhenti seketika. Dia memandang sekeliling. Gelap. Hanya satu lampu

sahaja yang menyala. Itu pun lampu jalan.

Bermakna, pengawal keselamatan tiada. Jika pengawal keselamatan ada di dalam pondok, sudah tentulah lampu-lampu luar dibuka.

Ini gelap sangat!

"Ok Soyeon , let's positive. Mungkin guard shift malam tak sampai lagi. Nanti dia datang lah. No worries." gumam Soyeon cuba mententeramkan dirinya.

Genggamannya pada plastik sampah itu dieratkan. Dia menarik nafas dan lepas.

Setelah segala keberanian dikumpulkan, Soyeon menggagahkan diri untuk pergi ke tong sampah besar yang ditempatkan di hujung bangunan.

Kaki dihayun laju menuju ke tempat tong sampah besar itu.

Soyeon melepaskan keluhan lega apabila lampu jalan automatik di sebalik tembok itu menyala.

"Nice" omel Soyeon dan tersenyum nipis. Dia mencampak plastik sampah yang dipegangnya tadi ke dalam tong sampah besar itu.

Dan, tiba-tiba satu perkara terlintas di fikiran Soyeon.

"Wait. Lampu jalan dekat sebelah ni akan menyala kalau ada kereta lalu atau berhenti. that's mean--"

Tup!

Lampu jalan disebelahnya itu langsung terpadam. Soyeon terkedu. Langsung dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk membuka flashlight

"Aish.. Its ok Soyeon. Don't be scared.. " gumam Soyeon dan flashlight dibuka. Kemudian, dia memusingkan badannya. Sebaik saja dia memusingkan badannya, lampu suluh berperanan menyuluh kegelapan didepannya.

Matanya membulat besar saat dia mendapati satu figura berpakaian serba hitam di hadapannya.

"ARGH--umph umph!"

Soyeon meronta-ronta apabila mulutnya ditekup oleh sehelai sapu tangan yang sudah diletakkan cecair kloroform padanya.

Tak lama kemudian, pandangannya gelap.

🌸🌸🌸
BAD BOY

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now