82

200 33 6
                                    

Soyeon menyanyi kecil sambil tangannya sibuk menggembur tanah. Hari ini dia tidak mereput di dalam rumah. Jadi, dia memutuskan untuk bercucuk tanam di belakang rumah banglo itu seorang diri.

Oh, lupa, Dia ada mengajak seorang pengawal peribadi untuk membantunya. Eh, bukan mengajak. Lebih kepada memaksa.

Puas pengawal yang bertugas di dalam rumah itu memujuknya untuk tidak membuat aktiviti di luar rumah. Tapi, inilah Song Soyeon. Namanya saja cukup untuk mentafsirkan dirinya. Degil

Jihoon pula terpaksa menemaninya disebabkan ayat yang dikeluarkan Soyeon.

"Ini adalah arahan"

Soyeon mengeluarkan pokok bunga ros dari plastik
dengan baik.

"Cik, hati-hati. Ada duri tu"

Jihoon yang setia berdiri di belakangnya mula bersuara. Risau dia melihat duri-duri yang tersergam garang pada datang pokok bunga ros itu.

Soyeon pula menanam tumbuhan itu tanpa rasa kekok. Sememangnya dia sering bercucuk tanam bersama ommanya ketika dirumah.

Selesai dia menanam pokok bunga ros, dia melangkah ke arah beg plastik yang berisi pokok kaktus pula.

Pokok kecil yang pada pandangannya begitu comel itu dikeluarkan. Dia menilik seketika.

"Cik, ada duri tu. Nanti kalau terkena tangan sakit. Nanti berdarah. Nanti kalau cik cedera apa saya nak jawab dekat Tuan? nanti saya kena buang kerja macam mana? Nanti saya--"

"Jihoon, sudah la tu. Saya dah biasa lah buat semua ni. Lagipun, tak mati pun lah kalau setakat kena duri pokok kaktus ni. Awak je yang melebih" tutur Soyeon, memotong percakapan Jihoon.

Jihoon masih memandang dengan risau.

"Tapi cik--"

Soyeon mengeluh. Dia memandang Jihoon.

"Apa kata awak tolong saya? Kan lagi bagus"

"Saya nak tolong apa? Nanti kang mati terus benda tu" balas Jihoon bersahaja. Dia tersengih kecil.

"Eleh, tak membantu lah awak ni. Kalau awak tak tahu nak tolong apa, then tolong diam je ok?" balas soyeon dan meneruskan aktiviti berkebunnya itu.

Jihoon mencebik lalu mengangguk perlahan. Dia kembali menjadi tugu negara di belakang Soyeon.

Dia mula menggembur tanah. Baru saja tangannya mahu mencapai pokok berduri itu,

"Cik, hati-hati. Nanti jari tu terkena--"

Jihoon mengemam bibirnya saat satu renungan tajam diberikan oleh Soyeon.

"Ala, takut sangat awak ni dengan Tuan Jay awak tu. Ala setakat Jay tu, saya karate, pengsan terus" seloroh Soyeon berkata. Dia memandang Jihoon yang sedang menunduk memandang bawah itu.

"Eh jihoon, betul kan saya cakap? Saya ada tali pinggang hitam tau waktu tadika dulu. Sekali saya flip--"

"Wah, berani eh nak flip aku"

Tersentak sebentar gadis itu.

Sekarang dia faham kenapa jihoon asyik memandang tanah saja. Rupanya ada makhluk menyeramkan di belakang Soyeon.

Perlahan-lahan Soyeon menoleh. Dia tersengih.

"Ehh saya gurau je. Heee"

Soyeon kembali tersengih. Jay berdecit kecil. Dia memandang ke arah kawasan yang menjadi tempat bercucuk tanam Soyeon. Dia memandang pokok-pokok bunga yang ditanam di situ.

"Kau tanam pokok apa ni?" soal Jay sambil kening dijongketkan.

Dengan perasaan teruja, Soyeon bergerak menghampiri lelaki itu. Dia berdiri di sebelahnya.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now