79

193 29 1
                                    

Sunghoon menumbuk perlahan lehernya yang terasa sengal akibat menghadap komputernya buat masa yang lama.

Dia menilik jam yang terlilit di pergelangan tangannya.

"Uwu dah boleh balik! "sorak Sunghoon perlahan setelah jam tangannya tepat menunjukkan pukul 5.30 pm.

Dia memasukkan kertas-kertas kerja yang baru dicetaknya tadi ke dalam fail. Kemudian, fail itu diletakkan di atas meja.

Kertas-kertas contengan yang berselerak di atas meja dikemas elok-elok. Alat tulis yang digunakan dimasukkan ke dalam bekas silinder yang menempatkan segala alat tulis.

Apabila dia puas hati melihat keadaan mejanya, komputer langsung dimatikan. Beg kerjanya dicapai lalu terus menapak keluar dari pejabatnya. Sempat dia menutup suis penghawa dinginnya terlebih dahulu.

Sunghoon hanya mengangguk kecil sebagai balasan buat ahli jabatannya yang menundukkan hormat kepadanya.

Macam biasa, dia akan menapak ke pejabat pengurusnya, atau lebih tepat. Park Saemin.

Dan, macam biasa juga, dia akan terus menerpa pejabat gadis itu tanpa mengetuk pintu ataupun memberi sebarang isyarat.

"Park Saemin! Ayuh kita balik--"

Sunghoon terhenti dari aktiviti terpekik terlolongnya apabila dia mendapati mata Saemin kemerahan.

"Hoi, kau menangis ke sengal?" soal Sunghoon dan serta-merta dia mendekati meja gadis itu.

Saemin bingkas menggosok matanya.

"Kau memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk? Tahu terjah masuk" respon Saemin.

"Tak, aku tanya kau. Kau menangis ke, Park Saemin? "soal Sunghoonbuat kali kedua. Tuturan Saemin itu hanya dibiarkan dibawa cengkerik.

"Menangis? Mana ada aku menangis." nafi Saemin dan menggosok matanya buat kali kedua.

"Dah tu asal mata kau merah tadi? Siap berair lagi" balas Sunghoon yang masih meragui nafian Saemin.

"Ye ke merah? Alahh tu sebab mata aku masuk habuk tadi" balas Saemin bersahaja.

"Alahai cliche nya jawapan kau. Asal mata berair je. masuk habuk. Asal masuk habuk je berair mata." Respon Sunghoon dan menggulingkan bola matanya ke atas.

Saemin hanya tersengih.

"Hoi, kau menangis ke tadi? Mengaku je lahali. Bukannya aku nak bawa kau pergi balai pun kalau kau menangis" ujar Sunghoon sambil membantu gadis itu menyusun kertas-kertas kerjanya.

"Tak, Park Sunghoon. Aku tak menangis. Ish, kau nak suruh aku cakap bahasa nepal baru kau nak faham ke? "balas Saemin sebal. Dia menarik kertas kerjanya dari tangan Sunghoon.

"Takde". Aku tak percaya. Bagitahu aku sekarang kenapa kau menangis " tegas saja nada Sunghoon menyuruh Saemin.

Saemin merengus perlahan.

"Aku tak menangis, ok? Kau ingat aku ni cengeng sangat ke sikit-sikit nak menangis?" soal Saemin dan menjeling sunghoon

"Tak, masalahnya--"

"Dah, Park Sunghoon. Senyap. Aku dah bagitahu aku tak menangis kan? Dah stop cakan pasal tu" ujar Saemin.

Sunghoon memandang lama Saemin yang sedang mengemas barang-barang di atas mejanya itu, Kemudian, dia mengeluh perlahan.

"Fine. Dah, cepatlah. Aku ada appoinment dengan ketua grafik TY Holding pukul 7 japgi. So, aku hantar kau balik dulu" jelas Sunghoon dan mencapai beg sandang gadis itu.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now