Tidak semena-mena dia sarapan dengan six-pack Harraz.

Gadis itu mengenakan blouse berwarna biru lembut bersama skirt labuh merah jambu. Tudung bawal berwarna putih elok terletak di atas kepala Hannah.

"Beautiful" kata Harraz cukup perlahan hanya untuk didengari olehnya.

"Buka mata kau sweetheart. Aku dah pakai baju"

Perlahan-lahan Hannah membuka matanya dan berpusing kembali ke arah Harraz. Lelaki itu hanya mengenakan sehelai t-shirt putih bersama seluar pendek. Lebih aman untuk dilihat.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Harraz sekali lagi. Kepalanya disandarkan pada tepi pintu sambil matanya merenung wajah Hannah yang cantik tanpa sebarang solekan.

"Ni, saya nak bagi cream. Awak sapulah kalau belakang awak tu sakit lagi" kata Hannah seraya menghulurkan satu tiub cream kepada Harraz dan lelaki itu mengambilnya.

"Kau tolong sapukan boleh? Tangan aku tak sampai" kata Harraz bersama senyuman nakalnya. Senyuman yang membuatkan Hannah Sufiya rasa nak bagi penyepak saja!

"Lambat lagi! Dah la, saya nak balik. Petang ni datang rumah saya, makan tengahari. Saya ajak sebab nak bayar upah awak selamatkan saya dari buah kelapa"

"Aku tak minta upah pun. Pemurahnya kau ni" usik Harraz lagi.

"Eleh. Tak minta upah konon. Kalau tak harini, nanti mesti ada aje awak minta macam-macam dari saya"

Harraz tergelak mendengar omelan Hannah. Well, sekarang ni mana ada benda yang percuma.

"Kau ada kerja tak pagi ni?" soal Harraz sebelum masuk ke dalam biliknya dan sambung untuk mengeringkan rambutnya.

Pintu bilik masih lagi terbuka dan Hannah masih kekal berdiri dihadapan pintu itu. Gadis itu hanya melihat tingkah Harraz.

"Tak ada. Saya cuti harini"

"Nice. Kau ikut aku ya, kita pergi main jet ski"

Dahi Hannah berkerut.

"Tak nak saya. Tengoklah saya pakai apa? Tak akan awak nak suruh saya naik jet ski pakai skirt?" kata Hannah tidak setuju. Harraz memandang Hannah sekilas dan melihat pakaian gadis itu semula.

"Tukar jelah"

"Tak boleh. Lagipun saya ada hal sikit pagi ni. Saya nak tunggu kawan saya sampai dari Johor"

"Kalau macam tu, ajak kawan kau sekali. Aku pergi jet ski dengan kawan-kawan aku and kau tunggu dengan kawan kau. Lepas habis main jet ski aku belanja makan dessert"

"Kenapa pula saya nak kena tunggu awak main jet ski? Banyak lagi benda saya nak buat" kata Hannah menolak pelawaan Harraz.

Lelaki itu meletakkan pengering rambut dan menutup suisnya. Dompet dan telefonnya diambil sebelum dia keluar dan mengunci pintu bilik resort itu.

"Anggap je la kau buat amal di hari Jumaat yang mulia ni. Teman aku main jet ski je, tak lama pun"

Hannah terkebil-kebil melihat tingkah Harraz yang bagai memaksanya untuk menemam lelaki itu. Macam dah tak ada orang lain nak diajak. Dia juga yang jadi mangsa lelaki itu.

"Saya teman sampai pukul sebelas je ya, sebab saya nak balik masak untuk makan tengah hari nanti" kata Hannah sambil berjalan di sebelah Harraz. Kepalanya didongak untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Okay sweetheart"

"Yow Harraz!" laung satu suara. Terdapat dua figura yang berlari anak ke arah Harraz. Mereka berdua sudah lengkap berpakaian renang.

"Hai sahabat! Lama tak jumpa!" kata Aniq teruja. Namun perhatian pada Harraz tidak lama dan kemudiannya beralih pada Hannah yang berada disebelah Harraz itu.

"And who is this beautiful lady?" soal Aniq dengan nada yang agak menggoda. Hannah hanya tersenyum melihat kelakuan lelaki itu.

"I'm Hannah Sufiya. Call me Hannah"

"What a gorgeous name you had! I'm Aniq and this is Zyad. Kitorang dengan Harraz ni best friend so, kalau awak tak kisah kita boleh jadi kawan?"

"Jangan mengorat dia Niq. Kau nak kena tumbuk dengan Harraz ke? Tak nampak muka dia merah tu?" usik Zyad sambil menahan tawanya melihat muka Harraz yang sememangnya berubah ketat.

"Eh, jangan risau! Saya dengan Harraz ni bukannya ada apa-apa. Basically, I'm still single" kata Hannah mencelah percakapan Zyad dan Aniq.

"Seriously?! Gorgeous angel like you still single? I can't believe it"

"You have to Aniq. I masih available kalau you nak mengorat" usik Hannah pula. Mereka bertiga sakan ketawa namun tidak Harraz.

"Kau nak main jet ski ke nak apa sebenarnya?" soal Harraz dingin. Hannah hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga itu.

"Chill sahabat! Aku gurau je. Dah, jom!"

Aniq dan Zyad sudah terlebih dahulu berlari meninggalkan Hannah dan Harraz di belakang.

"Kau tunggu sini okay, jangan lari pula. Lagi sejam aku datang balik. Kalau kau bosan pergilah mana-mana dulu but make sure after one hour kau kena ada dekat sini semula"

Hannah hanya mengangguk. Dia hanya memerhati mereka bertiga yang sedang seronok bermain jet ski itu. Tak ubah perangai seperti kanak-kanak walaupun masing-masing sudah dewasa.

"Hannah!"

"Eh- Ernie!!! Rindunya dengan kau!"

"Ye weh! Rindu gila! Dah dekat dua bulan kita tak jumpa! Arghhh! Rindu nak gosip dengan kau!"

Mereka berdua tertawa. Masing-masing cuba mengambil nafas setelah sesak nafas memeluk tubuh masing-masing.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Ernie seraya mengambil tempat di sebelah Hannah.

"Tak ada apa pun. Saja teman kawan aku main jet ski. Lepas ni dia ajak makan sekali, kau nak ikut?"

"Boleh!" kata Ernie semangat. Kalau orang nak belanja kita jangan tolak. Terima aje.

"Itu bukan Harraz ke? Lelaki yang tolong baiki kereta kau dulu?" soal Ernie dan matanya melihat ke arah tiga lelaki yang sedang bermain jet ski itu.

"Iya"

"Tak sangka pula aku sampai ke sini kau dan dia berjumpa?" kata Ernie. Satu senyuman mengusik tertampal pada bibirnya.

"Entahlah. Aku pun tak sangka akan jumpa dia lagi. Ingatkan dah aman hidup tapi tak, kena jadi hamba abdi dia pula"

Ernie tergelak mendengar kata-kata Hannah.

"Orang kata kalau selalu sangat berjumpa, maksudnya jodoh kuat"

"Ewwww, no!"

"HAHAHAHAHA"

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now