"Ish!" Rengus lelaki itu sebelum dia angkat wajahnya. Jelas terus rupa lelaki itu di mata Wareesa.

Terus kelu Wareesa dibuatnya. Alamak! Lelaki keturunan buaya ni pulak dah! Kenapa lah dalam ramai-ramai manusia, dia perlu ada insiden dengan lelaki ini?

".... Errr."

Emir terkebil-kebil melihat Wareesa yang seperti kaku melihatnya.

"Reesa ke yang tolak pintu tadi?" Soal Emir bila lihat Wareesa masih kaku. Cuba menyedarkan kembali gadis itu.

Tersedar, Wareesa terus pandang dahi Emir. Bulat matanya bila lihat warna merah dan benjolan di situ. Allah! Kasar sangat ke dia buka pintu tadi? Sahih rosak muka anak orang!

"Ya. Sorry! Saya tak sengaja. Tak perasan ada orang." Wareesa meminta maaf lagi. Serba salah dia makin besar bila lihat Emir meringis sakit saat dahinya disentuh. Hilang sekejap rasa menyampahnya tadi.

Emir pandang Wareesa sekilas sebelum dia bangun dari duduknya. Nasib betul! Kepala terhantuk, punggung pula terhenyak. Cun habis!

Wareesa teragak-agak ikut gerak langkah Irham. Makin bersalahnya bila lihat Emir yang seperti tidak boleh nak berdiri dengan betul. Lepas tu meringis sakit pula. Sahih, rosak satu tubuh anak teruna orang hari ini. Eee! Wareesa ni kan!

"Errr, awak okey? Saya betul-betul minta maaf. Saya akui salah saya sebab tak tengok luar dulu sebelum tolak pintu tadi." Wareesa ulang kata maaf sekali lagi. Dia betul-betul rasa serba salah. Kalau Emir buat biasa-biasa sahaja, mungkin rasa itu akan berkurang. Tapi, setiap sentuhan Emir ada ringis kesakitan.

'Macam fake aje...' Omel hati Wareesa. Mode judging sudah muncul. Atas, bawah dia tilik Emir. Sumpah nampak over! Macam sengaja berlebih-lebihan dalam menayangkan kesakitan. Eee.

Emir senyum kecil seraya menggeleng. Tangan pegang pintu untuk tampung berat badan sendiri. Dah macam orang tak betul dia berdiri tika ini. Hilang macho seketika.

"Reesa buat apa dekat sini?" Soal Emir.

Mendengar soalan itu, hilang terus rasa bersalah Wareesa. Bahkan yang hadir dalam hatinya ini rasa kurang senang. Tak tahu sebab apa.

Wareesa tilik wajah Emir seketika.

Sebab senyum miang lelaki ini ke?

Turun bawah sikit, penampilan lelaki itu dipandang.

Ke sebab fashion lelaki ini? Sekali tengok dah macam Hayyan dah. Baju macam nak pergi Hawaii. Berbunga sana sini. Dah lah tak butang baju. Geli sekejap bila mata tanpa sengaja memandang dada lelaki itu.

"Reesa?"

Ha! Ini yakin! Memang ini punca utamanya. Lelaki buaya ini panggil dia Reesa. Apo? Dia dengan lelaki ini kadang nama pun terlupa. Tiba-tiba panggil Reesa.

Eeewww!

"Ada kelas. Saya pergi dulu." Buru-buru Wareesa ingin pergi. Rasa kurang senangnya makin bertambah bila lihat sorot mata lelaki itu yang menilik penuh seluruh wajahnya. Seram!

"Eh, nanti lah!" Emir menghalang. Bukan sahaja dengan perkataan malah dengan perbuatan juga. Beg Wareesa ditarik.

Bulat mata Wareesa dan laju dia menyentak kasar begnya. Mata dah jeling Emir dengan geram.

"Sorry." Pinta Emir sambil tersengih. Macam tiada rasa serba salah langsung!

Tanpa kata selepas itu, Wareesa berlalu pergi namun sekali lagi langkahnya terhalang bila Emir berdiri di hadapannya, menghalang dia sepenuhnya.

Tak kata apa, Wareesa bergerak ke kiri. Tapi, Emir ikut sama. Wareesa ke kanan, Emir pun ke kanan. Memang tak bagi Wareesa pergi dengan aman.

Sudahnya Wareesa pusing belakang terus dan melangkah laju. Dan sumpah nak menyirap darah Wareesa bila Emir terus mengekorinya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now