Mr. A's | 77

1.4K 42 4
                                    


" AYLAVRIN ! Jangan lari sayang nanti jatuh "

Ailyn mengejar langkah anak gadisnya itu yang berlari laju berdesup hingga tidak sempat dia mahu menangkap .

Aylavrin ketawa terkekek apabila sang mama tidak berjaya menangkap tubuh kecilnya .

" Sayang , mari pakai baju dulu haih penatlah mama nak kejar Aylav "

Ailyn menungkat tubuh pada dinding dengan perut yang membonyot besar .

Dia kini mengandung anak ke dua dia dan Andrew .

Tak akan dia dengan Eric pula .

Huhu ada yang nak kena cukur bulu hidung agaknya .

Aylavrin tidak mengendah rintihan letih mamanya .

Malah makin rancak pula dia ketawa melihat mamanya yang penat mahu mengejarnya .

Gadis itu kini sudah mencecah 3 tahun .

Sudah 3 tahun tetapi masih kecik macam setahun .

Gadis itu menurut baka mamanya , Ailyn yang halus dan genit .

" Kecarlah Aylab mama "

Aylavrin cuba memancing mamanya agar mengejarnya kembali .

Tuala yang melurut jatuh di sangkut pada bahunya .

Ailyn tersenyum senget apabila mendapat idea untuk memerangkap anak gadisnya itu .

" Aduh ! Aduh aduh , sakit Aylav ! Mama sakit perut aw aw ! "

Dia jatuh terduduk di tepi dinding dengan tangan yang memegang bawah perutnya yang membulat besar .

Wajah di kerutkan seolah di benar benar sedang sakit .

Aylavrin melihat itu mula cemas dan terus mampir ke arah mamanya .

" Mama ! Ta'an mama , Aylab call dada "

Aylavrin duduk di samping Ailyn yang masih berkerut wajah itu .

Gadis kecil itu kalut mengapai telefon barbienya di atas lantai.

Sebelum dia menekan nekan skrin plastik itu seolah sedang mencari kenalan papanya .

Ailyn menahan senyum melihat itu .

" Haaaaa ! Dapat Aylav ! "

Ailyn memeluk gadis itu kemas ke dalam pelukannya .

Aylavrin tersentak dan ketawa terkekek apabila pipinya di gomol oleh wanita itu .

TING TONG

Bunyi loceng rumah di tekan menyentakkan mereka berdua yang sedang bergurau itu .

Ailyn dan Aylavrin berpandangan sebelum Aylavrin bersorak gembira .

" Yeayy dada daa alik ! "

Gadis kecil itu berlari laju ke pintu utama .

D E L L A N A Where stories live. Discover now