Chapter 09

924 70 10
                                    


MATA di celik perlahan apabila cahaya matahari menyinari kelopak matanya .

Gadis itu menenyeh kelopak mata pelan sebelum dia mengeliat kecil dan mula bangkit dari baringan .

Kaki di lunjur kehadapan , merenggang ototnya yang terasa lengguh .

Kepala di toleh dan telefon bimbit di atas meja sisi katil di gapainya lalu jam yang tertera pada skrin telefon di kerling .

" Oh my dah pukul 9 pagi ?! "

Jerit Ailyn sedikit lantang akibat terkejut kerana hari ini dia terlajak tidur .

Dengan segera dia bingkas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri .

Ailyn dengan perlahan melangkah keluar dari bilik , berjalan menuruni anak tangga satu persatu .

Kaki menuju ke arah dapur sambil mata melilau ke kanan dan ke kiri .

Dia mencebik apabila mereka meninggalkan dirinya sendirian di rumah kosong ini entah buat kali keberapa .

Akibat perut yang mula berkeroncong kakinya menuju ke dapur untuk mencari sedikit alas perut .

Peti dan segala almari di buka namun hanya kosong dan dia tidak berjaya menjumpai apa apa jenis makanan yang boleh di makan .

Ailyn mengeluh lemah sebelum kaki di bawa ke biliknya kembali .

Gadis itu duduk di atas katil sebelum telefon bimbitnya di buka .

Sedang ralit dia membelek galleri tiba tiba satu notifcations masuk .

Ailyn berkerut wajah dan menekan mesej tersebut .

Iainya dari private number .

- Bersiap nanti aku ambil kau makan dekat luar

Semakin berkerut dahi gadis itu .

Tangannya mula bergerak gerak di atas keyboard telefonnya menaip sesuatu .

- Siapa ni ?

Typing.....

Bibir di lipat .

Tiba tiba rasa berdebar apabila melihat pemilik private number tersebut menaip .

- Andrew

- Oh okay kejap saya bersiap , awak dekat mana ?

Ailyn mendengus apabila mesejnya yang di hantar hanya di beri bluetick oleh lelaki itu .

Terus sahaja dia bangkit menuju ke arah meja solek untuk mengemaskan tudung shawl yang di belit malas pada kepalanya .

Baju besar Andrew di tatap , di sebabkan mereka berniat untuk mengajaknya bersarapan di luar .

Jadi dia akan memakai seluar slacknya kerana jika dia mengenakan baju dan seluar besar lelaki itu buatkan dia kelihatan selekah .

D E L L A N A Where stories live. Discover now