Mr. A's | 70

608 39 15
                                    

ERANGAN terlepas dari bibirnya tatkala lehernya terasa kebas dan lenguh .

Mata di kedipkan beberapa kali , cuba menjelaskan pandangan yang kabur .

" Hey princess papa , dah bangun ? "

Ailyn mengangkat kepala tatkala suara Ivan menyapa hawa pendengarannya .

Dia mengerutkan dahi apabila tersedar bahawa kini dia berada di tempat yang asing .

" Oh welcome to bilik tahanan sayang "

Beritahu Ivan perasan akan wajah hairan Ailyn bersama kedipan mata beberapa kali .

" Tahanan ? " wajah tampan lelaki itu di pandang bersama kedutan di dahinya .

" No worries princess bukan kamu yang papa tahan . Papa masih sayangkan anak papa ni "

Ailyn mula berasa takut .

Anak mata meliar ke seluruh bilik yang hanya sepi dan gelap sahaja.

Hanya di terangi dengan cahaya lampu di tengah ruang .

Bilik tahanan yang luas dan gelap itu membangkitkan perasaan takut di dalam dirinya .

Dia baru tersedar bahawa dia kini sedang duduk di atas kerusi besi dengan ke dua belah tangan yang di ikat pada kerusi besi tersebut .

Sedaya upaya dia cuba meretap tangan dan kakinya yang terikat kemas pada kaki dan badan kerusi besi tersebut .

Namun tidak mampu kerana simpulan ikatan terlalu kuat .

Makin takut gadis itu di saat mendapati terdapat belasan anak buah Ivan yang sedang berbaris di belakangnya .

Dan pandangannya terpaku pada Fash yang berdiri tegak di hadapan sekali . Wajah lelaki itu kosong dan dingin sahaja .

Langsung tidak membalas kembali renungannya .

" Apa semua ni papa ? " dia menyoal gusar , mula berasa tidak sedap hati dengan semua ini .

Ivan yang sedang duduk di sofa gah bagaikan singgahsana menarik senyuman halus .

Gelas kaca yang berisi wain carbenet denzo di letak ke atas meja kembali .

" Tak ada pun sayang , hanya sedikit permainan untuk hilangkan bosan "

Ailyn memandang wajah ayahnya yang menayangkan senyuman padanya penuh curiga .

Dia tahu semua ini bukanlah permainan seperti yang di katakan oleh ayahnya itu .

Entah mengapa hatinya berasa risau akan Andrew .

" Sabar kejap tau , main character dalam permainan ni tak sampai lagi "

Bibir di gigit perlahan , cuba mengawal detak jantungnya . Tidak tahu mengapa dia berasa terlalu takut sekarang ini .

TAP !

Bunyi rantai besi yang terhentak pada permukaan lantai keras mengejutkan dirinya , seiring dengan pintu bilik tahanan di kuak dari luar .

D E L L A N A Donde viven las historias. Descúbrelo ahora