Mr. A's | 33

638 47 0
                                    

SEGELAS air kosong di hulurkan pada ayahnya yang sedang duduk bersandar pada kepala katil .

Setelah di bantu oleh jururawat yang bertugas .

Akhirnya lelaki tua itu berjaya duduk bersandar pada kepala katil .

Gelas yang telah kosong di ambil semula lalu di letak ke atas meja .

" Ayah lapar ? Nak makan ? Nak makan makanan hospital atau nak Ailyn belikan dekat bawah ? "

Soalnya pada Encik Zamri yang sedang memandangnya itu .

Tadi selepas dia siap membersihkan diri .

Keluar sahaja dari tandas ayahnya sudah mencelikkan mata .

Dan Ailyn segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan ayahnya .

Dia mengucapkan syukur pada ilahi tatkala sang doktor berkata bahawa kondisi lelaki itu semakin baik .

" Tak apalah makan makanan hospital jelah tapi sebelum tu ayah nak solat dulu dah tertinggal waktu ni "

Balas Encik Zamri seraya mengukirkan senyuman kecil pada gadis itu .

" Ok meh Ailyn tolong ayah "

Ailyn perlahan membantu ayahnya turun dari katil .

Gadis itu memapah penuh berhati hati Encik Zamri .


Dia memapah tubuh lelaki tua itu ke tandas yang tersedia di dalam wad tersebut .

" Ayah ambil air sembahyang dulu , Ailyn nak kemas katil kejap "

Ujarnya pada Encik Zamri sebelum dia menutup pintu tandas .

Cadar katil yang sedikit kendur di tegangkan kembali .

Kemudian bantal yang agak senget di susun .

Dia memapah kembali tubuh Encik Zamri yang baru sahaja keluar dari tandas .

Dengan penuh berjaga jaga dia membawa kedua belah kaki Encik Zamri ke atas katil .

Akibat lelaki itu mengalami kecederaan yang agak parah jadi susah untuknya bergerak seperti biasa .

Oleh sebab itu , Encik Zamri memilih untuk solat sambil terbaring di atas katil .

Mujurlah dia masih ingat kaedah solat sambil berbaring di mana tidak perlu mengerakkan anggota tubuh secara berlebihan .

Ailyn hanya diam memerhati ayahnya yang menunaikan solat itu .

Tiba tiba dia berasa mahu menangis melihat keadaan ayahnya itu .

Jika dia cepat sesaat pasti lelaki itu masih sihat sekarang ini .

Setelah selesai menunaikan solat subuh dan solat sunat .

Gadia itu membantu Encik Zamri untuk duduk bersandar pada kepala katil .

" Ayah nak makan ? Ailyn boleh hidangkan ? "

D E L L A N A Where stories live. Discover now