Mr. A's | 50

781 37 0
                                    


2 WEEKS AGO . Flashback

HAYUNAN kaki dua jejaka hangat itu di atur ke arah pintu masuk sebuah bangunan gah di tengah bandar Miami , United States .

Bangunan pencakar langit yang tertera tulisan , Simons Holdings .

Mereka berdua menjadi perhatian di situ tatkala melalui kawasan lobi syarikat tersebut .

" Mr , I'm sorry but have you make an appointment to see in person Mr Simons ? "

Soal gadis berkaca mata yang duduk di kaunter bahagian lobi menegur dua jejaka asing itu yang berjalan selamba seakan pekerja di situ .

Langkah mereka terhenti serta merta apabila di tegur oleh gadis berkaca mata itu .

Si gadis mengedip matanya apabila melihat pandangan dua jejaka kacak itu hanya merenungnya kosong sebelum meneruskan langkah mereka .

Dan dia mengeletis gedik apabila lelaki berambut perang yang berdiri di belakang mengenyit mata padanya sekilas .

" I'm sorry Mr , but you couldn't see him before you make an appointment "

Sekali lagi langkah dua jejaka itu terhenti apabila seorang lelaki berpakaian guard menghalangi laluan mereka .

Lelaki di hadapan sekali tergelak halus .

" Mr. Jacob , who's your boss ? I mean the name ? "

Soal lelaki yang tergelak halus itu .

Sempat anak mata kelabu pekatnya mengerling sekilas tag nama yang tertera pada pakaian guard lelaki di hadapannya itu .

" Mr. Simons , he's my boss "

Lelaki bernama Jacob itu terdiam apabila terasa aura menakutkan di saat lelaki berwajah bengis di hadapannya itu mara beberapa tapak ke arahnya .

" Back to your work Jacob , or I'll complaining to your boss about your scoundrel attitude "

Melihatkan tatapan tajam bak hulu pedang lelaki itu ,

Tidak semena dia terketar apabila anak mata menangkap lelaki di sisi jejaka di hadapannya itu menyelak sedikit blazer yang di pakai .

Menampakkan sepucuk revolver berwarna hitam pekat yang tersemat pada pinggangnya .

Dengan segera dia menunduk tubuh dan lantas berlalu dari situ dengan wajah yang sudah pucat .

Andrew tergelak sinis melihat itu .

Lalu dia dan Eidan kembali meneruskan langkah menuju ke arah lift VIP .

Setibanya di tingkat 45 , dengan selamba mereka berjalan menuju ke bilik utama .

Pandangan pekerja di situ sepenuhnya di endahkan mereka .

Baru sahaja Andrew mahu menguak tombol pintu , seorang gadis yang entah datang dari mana menghentikan tindakan lelaki itu .

D E L L A N A Where stories live. Discover now