Mr. A's | 34

628 42 6
                                    

LANGKAH dua jejaka itu menuju ke wad pesakit .

Setelah menanyakan katil milik pesakit bernama Zamri pada nurse yang bertugas .

Mereka mara ke arah katil yang berada di hujung .

Dua buah kerusi di tarik lalu di letakkan di samping katil lelaki tua itu yang sedang membaca Yasin .

Encik Zamri menghabiskam bacaannya setelah melihat dua jejaka berpakaian blazer kemas duduk di samping katilnya .

Yasin di kucup sebelum di letakkan pada meja sisi katil .

Dua lelaki itu di pandang .

" Anak berdua ni siapa ? "

Soalnya hairan .


Rasanya dia tak ada pula rakan atau kenalan semuda ini .

" Pakcik Zamri kan ? Ayah Ailyn ? "

Pandangannya bergerak pada lelaki berambut hitam yang memulakan bicara itu .

" Ya nak ? "

" Oh maaflah menganggu pakcik , saya datang nak melawat pakcik . Saya kawan Ailyn , ni pakcik saya ada belikan sikit buah untuk pakcik "

Andrew memperkenalkan dirinya pada Encik Zamri dengan senyuman .

Perlahan tangannya di hulurkan untuk menyalami lelaki tua itu .

Dan huluran tangannya di sambut .

" Susah saja kamu berdua , terima kasih . Kamu kata kamu kawan Ailyn ? "

Soal Encik Zamri sedikit pelik .

" Ye pakcik " jawab Eric dengan senyuman .

" Andrew ? "

Entah mengapa setelah mendengar perkataan ' kawan Ailyn ' .

Tiba tiba sahaja nama itu yang terlintas di fikirannya .

Nama yang di sebut oleh gadis itu ketika di tanya gerangan yang menyelamatkannya .

Mereka berdua terpana .

" Macam mana pakcik tahu nama saya ? " tanya Andrew tidak sangka .

Mendengar itu , Encik Zamri tersenyum kecil .

" Ailyn , anak pakcik ada cerita pasal kamu pada pakcik . Jadi kamulah yang selamatkan anak pakcik semalam ? "

Tanya Encik Zamri dengan lembut .

Andrew tersenyum lebar mendengar itu seraya mengangguk kepala .

Eric pula sudah tersenggih teruja .

Dia menyenggol siku Andrew hingga mendapat jelingan dari lelaki itu .

" Maafkan saya pakcik sebab tak sempat nak selamatkan pakcik juga "

Andrew meminta maaf kerana dirinya yang kurang tangkas .

Jika dia cepat sesaat pasti lelaki tua di hadapannya itu masih sihat sekarang .

" Bukan salah kamu , ini semua ketentuan allah . Pakcik redha . Dan pakcik nak ucapkan terima kasih pada kamu kerana telah selamatkan anak pakcik "

Senyuman lebar di berikan pada Andrew dan Eric .

" Tak apa pakcik , memang dah tugas kami lindungi anak pakcik . Lagi lagi kawan saya ni , dia sukakan anak pakcik tapi tak nak mengaku katanya malu "

D E L L A N A Where stories live. Discover now