Chapter 01

4.1K 155 39
                                    


Fall in love is beautiful .

We should recreate every our memories .

But our love goes wrong when we fall for the wrong person .

Destiny has telling us about our love story .

Sadly . We failed .


A I L Y N






SUASANA di lorong terpencil di tepi RayWensil Holding's waktu ini sunyi dan gelap sahaja .

Dengan bertemankan cahaya dari lampu oren jalan dan pancaran cahaya bulan purnama malam .

Kelihatan susuk tubuh tegap seorang lelaki yang memakai t-shirt bersama jacket leather hitam .

Seluar jeans berwarna biru terang membaluti sepasang kaki galahnya .

Lelaki itu berjalan tenang di lorong sunyi tersebut sambil bersiul kecil .

Walaupun baru sahaja selesai menarik nyawa musuhnya.

Berlagak seakan tiada apa yang terjadi beberapa minit yang lepas .

Sesekali kakinya menyepak batu kecil di atas jalan tar .

Kakinya melangkah keluar dari lorong tersebut menuju ke arah kereta yang di parkin di hadapan bangunan pencakar langit .

Dia berjalan menyusuri laluan pejalan kaki .

Di mana terdapat beberapa buah kereta yang di parkin di situ .

Senyuman di ukirkan apabila anak mata menangkap dua susuk tubuh lelaki berpakaian hitam sedang mengekorinya .

Tetapi dia masih berjalan santai dan berlagak tenang .

Jemari sudah mula mengusap pelan pistol yang di selit pada seluarnya .

Wajah di angkat sedikit apabila anak mata menangkap susuk tubuh seorang gadis yang sedang berjalan tenang .

Lelaki itu berselisihan dengan gadis itu yang berjalan bertentangan arah dengannya .

Namun tiba tiba sahaja .

Si gadis meretap lengannya lalu tubuhnya di tarik ke arah sebuah van .

Pada mulanya dia berniat ingin menolak gadis itu kerana tiba tiba sahaja menariknya .

Namun bunyi tembakan yang di lepaskan bergema kuat buatkan dia lantas bersandar pada van tersebut .

Gadis yang menariknya tadi turut bersandar pada van di sisinya .

Anak mata menangkap wajah polos gadis itu walaupun dalam keadaan gelap .

Sang gadis turut menoleh wajah apabila terasa diri di perhatikan .

Sesaat anak mata mereka yang mempunyai iris berbeza bersabung erat .

Keduanya terdiam membalas tatapan iris indah yang hanya berjarak beberapa inci .

Saat itu , satu perasaan yang dia sendiri tidak pasti .

Terbit dari lubuk hatinya .

Walaupun dalam keadaan gelap masih dapat dia lihat warna iris indah milik gadis di hadapannya .

Yang berkilau hasil dari suluhan cahaya bulan .

Ianya berwarna coklat cair .

Tatapan mereka terputus apabila tembakan dari musuhnya hampir membaham bahunya .

D E L L A N A حيث تعيش القصص. اكتشف الآن