Mr. A's | 59

454 31 0
                                    


SEJAK semalam dia tidak henti memikirkan tentang perbualannya bersama rakannya .

Mengenai musuh lamanya yang kembali memunculkan diri demi membalas dendam terhadap apa yang telah dia lakukan pada jejaka itu .

Dia takut dan teramat risau dengan keselamatan isterinya . Kerana dia terlalu kenal dengan lelaki durjana itu .

Lelaki itu langsung tiada belas kasihan walaupun sedikit , tua , muda , kanak kanak , bayi sekali pun . Jika membuat onar dengannya pasti akan berakhir dengan kematian juga .

Dia gusar jika Ivan mengapa apakan isterinya .

Di tambah pula perbualannya bersama Ryder semalam .

Cukup mencurigakan kerana sahabat dari Spanishnya itu seolah mengenali isterinya .

Pelbagai soalan yang di tanya oleh lelaki itu , bila dia tanya kenapa Ryder hanya menjawab dengan gelengan kepala .

Tanda tiada apa apa .

" Kenapa kau tanya ? " Andrew menyoal Ryder yang tiba tiba bertanya mengenai pertemuannya dengan Ailyn .

" Takdelah saja , sebab dia tak nampak macam orang sini . Dia ada mix ? Keturunan apa ? Hispanich ? Red indian ? "

Tanya Ryder lagi bertubi tubi .

" Dia dari Malaysia , aku jumpa dia masa aku pergi jenguk company aku dekat sana "

Jawab Andrew walaupun berasa sedikit curiga .

" Oh she's Malaysian ? I thought she was Italian "

Berlapis dahi Andrew mendengar tekaan yang di buat oleh Ryder itu .

" Why did you thought she's from Italy ? " dia bertanya ingin tahu .

Selama dia kenal Ailyn tidak di nafikan bahawa wajah gadis itu persis berketurunan europe tetapi dia tidak pasti negara mana .

" Her face , Italian type " kata Ryder membuat gerakan tangan pada wajahnya .

Andrew terdiam seketika mendengar kenyataan dari Ryder itu . Pelik , bagaimana dia tidak perasan wajah isterinya persis wanita Italy .

Sebelum ini dia pun tertanya campuran apakah gadis itu miliki kerana wajahnya cukup menunjukkan bahawa dia bukan sepenuhnya berasal dari Malaysia .

Bebola matanya bergerak ke arah Ailyn yang sedang bergelak ketawa bersama Eric sambil bermain permainan Foosball .

" Bro , fuh penat gila tadi kejar si bendul ni tetiba je lari dekat Walmart . Ingat tak penat ke nak kejar dahlah Walmart tu luas "

Pandangan Andrew yang tertumpu pada laptop di atas meja teralih pada Eric , Darren , Leonard dan Justin yang sedang berjalan masuk ke dalam biliknya .

Mereka mengambil tempat di sofa yang di sediakan di dalam biliknya .

" Yo Andrew ! Sini jap aku ada gossip nak bagitahu "

D E L L A N A जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें