Mr. A's | 74

682 37 0
                                    


TRAY yang menampung ubat ubatan , alat rawatan juga bandage yang masih belum di gunakan di bawa masuk ke dalam bilik .

Terlihat sekujur tubuh tidak berlapik dengan apa apa jenis pakaian sedang terbaring di atas katil .

" Abang bangun , sayang nak cuci luka "

Bahu suaminya di tepuk perlahan , mengejutkan lelaki itu yang masih terlena .

Andrew mencelikkan matanya apabila terasa bahunya yang terdedah di tampar lembut oleh tangan kecil .

Ailyn tersenyum melihat suaminya yang mengedipkan mata beberapa kali .

Jemarinya bergerak mengusak manja rambut serabai suaminya itu .

" Aloo ngantuknya dia "

Andrew yang masih mamai tersengih suka dengan layanan isterinya itu .

" Come , sayang nak cuci luka dulu "

Bandage yang melilit abdomen lelaki itu di leraikan penuh berhemah , takut jika dia menyakiti suaminya itu .

Lalu kapas di atas tray di ambil sebelum ubat di tuang ke atasnya dan di lekapkan pada luka hasil dari tembakan pada perut Andrew .

Sudah 3 minggu kejadian tersebut berlalu , mereka semua sudah sihat dan sembuh sepenuhnya .

Namun hanya Andrew dan Darren sahaja masih tidak sihat dengan baik .

Kerana mereka berdua mengalami kecederaan yang agak berat berbanding yang lain .

" Dah siap "

Tubuh tidak berbaju Andrew di selimuti olehnya setelah membantu lelaki itu kembali membaringkan tubuh .

" Thanks sayang abang " ucap Andrew di sertai dengan kenyitan mata dan ciuman terbang buat si isterinya itu .

" Aww ! "

Ailyn tersengih cair dengan kenyitan mata dan ciuman terbang yang di beri oleh suaminya itu .

Ciuman terbang Andrew di tangkap dengan tangannya sebelum di telan ciuman terbang itu .

Dan mereka berdua tergelak bahagia .

Andrew bangkit kembali dari baringannya sebelum dia melingkari lengan lebarnya pada pinggang kecil Ailyn dan wajah di lentokkan pada permukaan perut kempis isterinya .

" Hi anak papa , buat apa ? Dah lapar ke ? Nak makan apa ? Nanti papa belikan . Bagitahu je mama ok sayang "

Ailyn tergelak kecil melihat suaminya yang mengeselkan batang hidung pada perutnya yang masih rata .

Ya , dia di sahkan telah mengandung 2 bulan .

Jadi talak yang di buat oleh Andrew tidak berhasil sama sekali kerana dia mengandung ketika itu .

" Nak makan papa boleh ? " usik Ailyn dengan senyuman miang .

Andrew mendongak wajah memandang isterinya , senyuman miang turut di tayangkan .

D E L L A N A Where stories live. Discover now