KINI hanya tinggal dia dan Syara. Ikutkan hati mahu sahaja dia pulang ke rumah dengan menaiki motor namun ditegah oleh Syara sekerasnya.

"Kau nak dengar cerita tak?" Soal Syara sambil mengangkat kening.

"Eleh, cerita ajelah. Lagi nak tanya, macamlah nanti kau tak cerita." Mata Hana juling ke atas.

"Ish, kau kan... Balaslah nak nak dengan teruja." Syara mula memuncungkan bibir tanda tidak puas hati.

"Okey maaf cik Syara. Nak nak! Nak sangat Syara!"

Bahu Hana dipukul lembut sebelum tawa mereka bersatu. Ada juga beberapa orang murid yang memandang mereka dengan pandangan pelik namun semua diabaikan.

"Kau nak cerita apa?" Soal Hana diselangi tawa.

"Hahahah ni pasal Hadi dengan Athilia tu,"

Terus mati tawa Hana sebaik sahaja nama Hadi dan Athilia disebut. Pangeran Hadi dan Athilia? Terus tangan Syara dipegang.

"Kenapa? Mereka bercinta ke? Habis aku macam mana? Aku kena tolak dengan Hadi ke ni?" Hana mula tidak senang duduk. Mata memandang Syara dengan harapan apa yang berada di fikirannya tidak benar.

"Ya Allah, sabar Hana. Aku baru sebut nama."

"Habistu? Mereka tak bercintalah?"

Syara mula menghela nafas. Soalan Hana sudahlah seperti peluru tak perpandu. Menerpanya berkali-kali, sehingga dia pun kaku untuk membalas.

"Ya, jap aku cerita satu-satu. Kau tarik nafas dan sabar okey?"

"Hmm!" Balas Hana semangat.

"Aku nampak gambar Hadi dengan Athilia haritu. Maksud aku bukan haritu tapi beberapa minit yang lepas?"

"Hah?" Dek terkejut, Hana menjerit nyaring. Habis pelajar di bustop memandang ke arah mereka sambil mencemuh marah.

"Ish perlahanlah Hana. Ya, aku nampak gambar Hadi dengan Athilia di instagram Athilia. Nampak macam dia orang dapat pergi kem naik pangkat." Terang Syara satu persatu.

"Naik pangkat?"

"Ya, naik pangkat unit uniform. Kan haritu pasukan kawad kaki sekolah kita lelaki dan perempuan menang negeri tapi kalah antarabangsa. Jadi, Athilia dengan Hadi dapat tawaran naik pangkat pegawai waran. Aku dengar ada lima orang pelajar kita terpilih,"

"Unit uniform puteri islam ke?" Hana masih tidak faham sepatah apa pun yang dibicarakan oleh Syara.

"Apa pula puteri islam. Ya Allah! Kadet remaja sekolah lah."

"Ouh, siapa je lima orang tu? "

"Athilia, Hadi, Irsyad, Heiz dan..." Tiba-tiba Syara diam.

"Dan?"

"Er... aku?" Senyuman Syara tayang.

"What!" Sekali lagi Hana menjerit nyaring.

"Oi memekaklah!" Tegur seseorang yang turut berada di bustop.

"Ingat bustop ni bapa kau punya ke!" Tambah rakan-rakannya.

Hana yang baru sahaja mahu membalas dengan tengkingan ditahan oleh Syara. Sempat Syara memberi isyarat supaya jangan membesarkan hal yang kecil.

"Sorry semua," pinta Syara.

"Dah, kau nak dengar pasal Hadi atau tak? Kalau tak, ha pergilah gaduh." Peras ugut dari Syara berjaya membuatkan Hana diam tak berkutik.

"Duduk diam-diam. Karang mereka halau kita, ha merempat tepi jalan. Driver abi aku pun boleh tahan lama juga. Rentunglah kita panas-panas ni kalau kau jerit lagi."

"Okey tak jerit dah. Sekarang cepat cerita." Gesa Hana tidak sabar.

"Aku kat mana tadi?"

"Yang lima orang pergi kem tu,"

"Ouh, ha lima orang tu Athilia, Hadi, Irsyad, Heiz dan aku." Selamba Syara memberitahu.

"Bila pula kau aktif kawad kaki Syara?"

"Eh baik sikit, baru tahun ni je aku tak join tapi aku ada pangkat sarjan tau!"

"Heiz? Bila pula dia join?" Soal Hana lagi.

"Lah, kan adik kau komander. Dah dua tahun adik kau komander, sebelum ni Irsyad."

Terdiam Hana mendengar jawapan Syara. Tahulah dia bahawa dia yang tidak mengambil endah tentang semua perkara. Mujur ada Syara yang selalu mengingatinya.

"Aku tahu kau tak ingat sebab waktu tu kau sibuk buat kemo," Syara menggosok bahu Hana. Cuba memujuk.

"Dan kemo tu pun berjaya kan, jadi tak apa."

Tiba-tiba sebuah kereta Honda berhenti tepat di hadapan bustop. Pantas Hana mengikuti langkah Syara.

Kemo dua tahun lepas memang berjaya namun hanya sementara. Hana tersenyum perit mengenangkan hal itu. Wajah Syara yang sudah lega apabila masuk ke dalam kereta ber aircond dipandang.

Maaf tipu kau Syara.

***






Maaf saya tinggalkan wattpad dan tak update apa-apa story pun. Kehidupan belajar mencemburui :) harap awak semua masih setia menunggu update dari saya 🤍

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now