4

5 2 5
                                    

"Haziqqqq" jeritan maha kuat yang bergema di seluruh kantin membuatkan mereka semua berhenti daripada melakukan aktiviti. Gile tak terkejut macam bunyi guruh.

"Erk" lelaki yang melanggar Hazzam berhenti dengan statik.

"Eh Arya, kenapa ni?" Tegur Hazzam apabila melihat Arya menghampiri mereka dengan muka masam.

"Tu! Dia kotorkan baju Arya lepastu lari taknak minta maaf" adu Arya dengan wajah memerah kerana marah.

Hazzam memandang kearah yang di tunjuk Arya. Lelaki yang melanggar nya tadi, Haziq. Dari neck tie yang di pakai, Haqiz pelajar sama batch dengan Arya. Maksudnya junior dia.

"Haziq?" Tanya Hazzam meninginkan kepastian.

"Iya"

"Minta maaf"

"Taknak!

"Hey!" Arya yang mendengar terus menyampuk.

"Okay chill, now Haziq mintak maaf. Simple" kata Hazzam tidak mahu seberang pergaduhan berlaku.

"Minta maaf je, biasalah perempuan" bisik Hazzam di telinga Haziq. Haziq melepaskan keluhan berat.

"Aku mintak maaf" kata Haziq dengan muka tak ikhlas.

"Ikhlas ke tak?!" Tanya Arya geram.

"Mestilah tak!" Jawab Haziq.

"Eiiiii geramnyaaa, baik takyah jadi lelaki kalau tak bertanggungjawab" Arya berlalu pergi dengan geram dan marah yang bercampur baur. Hazzam yang melihat tertawa kecil. Macam budak budak, getusnya dalam hati.

Haziq segera pergi apabila melihat Arya pergi.

*****


Arya keluar dari tandas selepas membersihkan kesan kotoran coklat di bajunya. Tiba tiba langkah nya terhenti.

"Nah" Haziq menghulurkan baju sukan sambil menyandarkan belakang badannya di dinding tandas wanita.

"tukar baju kau tu" sambungnya apabila melihat Arya berdiri statik. Perlahan lahan Arya menyambut baju sukan yang di hulurkan. Haziq segera berdiri tegak lalu berlalu pergi tanoa berkata apa apa.

"awak punya?" tanya Arya teragak agak.

tanpa berkata apa haziq pergi begitu sahaja.

"Thanks!" Kata Arya dengan sedikit nyaring.

"Welcome" kata Haziq perlahan sambil melirik sedikit kebelakang melihat Arya sambil tersenyum kecil.

Entah kenapa Hazzam yang melihat Arya bersama Haziq dia berasa sakit hati. Cemburu kah dia? Tak. Tak mungkin dia jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri. Dia dan Arya hanya sahabat, atau adik beradik angkat yang tak di iktirafkan. Tak lebih.

*****

Beberapa hari kemudian buku lali Arya yang bengkak beransur pulih, kini dia tidak perlu menunggang basikal di belakang Hazzam lagi. Mungkin itu yang terakhir.

Memandangkan ujian akhir tahun semakin hampir, Hazzam dan Arya mengambil keputusan untuk belajar bersama di kafe ibu Arya.

Hazzam dan Arya mengayuh basikal beriringan menuju ke Café Mocha Avenue. Nama diberi Café Mocha Avenue kerana Arya yang meminat air mocha.

Istimewanya kafe tersebut adalah kerana di tingkat atas kafe itu ada mini library ala ala vintage. Di tingkat atas itu juga terbuka kepada pengunjung yang ingin studygroup atau membaca buku.

Hazzam mengunci basikal di tempat yang di sediakan, begitu juga Arya. Arya melangkah mendahului Hazzam. Dia melangkah masuk lalu di sapa para pekerja ibunya.

r u mine?Where stories live. Discover now