14

2 0 0
                                    

KRINGGGGG

"Ya Allah budak ni. Arya! Bangun cepat nanti lambat" kata Puan Aminah separuh menjerit mengejutkan anak tunggal nya yang masih tidur.

"Hmm? Janganlah gadoh" dalam keadaan mamai Arya berkata benda mengarut lalu sambung tidur.

"Jangan gaduh apa nya anak oii. Cepat bangun, mandi. Nanti lambat kang kena denda ibu tak tahu"

"Ye ye Arya nak bangunlah ni" Arya segera bangun lalu berjalan terhuyung hayang menuju ke tandas.

Puan Aminah mengelengkan kepala sambil tersenyum kecil. Tiada Arya maka tiada seri di rumah ini.

Dia segera keluar dari bilik anaknya lalu berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat keluarga kecilnya.

Selepas menyediakan sarapan di atas meja selama beberapa minit, kelihatan Encik Kamarul menuruni tangga.

"Arya mana" tanya Encik Kamarul apabila melihat anaknya tidak ada di meja makan seperti selalu.

"Tengah berkemas" jawab Puan Aminah singkat sambil tangannya mencendok nasi goreng ke dalam pinggan sang suami.

"Ibuu ayahh Arya pergi dulu oke" kata Aeya dengan tergesa gesa lalu menghirup sedikit air milo panas sambil tangannya mengambil sekeping roti yang di salut inti coklat.

"Hey hey tak salam ke?" Perli Puan Aminah. Arya tersengih sengih lalu menyalami tangan ibu dan ayahnya dengan ayu lalu sambil berlari ke pintu utama untuk menyarung kasut.

Sebaik sahaja Arya berangkat ke sekolah, Encik Kamarul seperti tertinjau tinjau di sekeliling.

"Abang cari apa?" Tanya Puan Aminah.

"Phone abang. Tadi dekat atas takde, dalam kereta kut" kata Encik Kamarul seraya bangkit.

"Eh takpe biar saya ambik" kata Puan Aminah lalu berlari anak menuju keluar. Encik Kamarul kembali menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Puan Aminah segera membuka lock kereta lalu mencari telefon suami nya di seat pemandu.

Dia membuka dashboard.

Sebaik sahaja membuka dashboard dia terkejut apabila melihat ada sebungkus plastik yang di dalamnya terdapat pil.

"Eh? Dia sakit ke?" Tanya nya kepada diri sendiri lalu membuka plastik tersebut. Dia terkejut sebaik melihat nama yang tertulis di plastik pil itu.

*****

"Morning!" Sapa Arya sebaik sahaja Hazzam keluar dari pagar rumahnya.

"Pagi" jawabnya dingin.

Mereka berjalan seiringan tapi sedikit jauh. Walaupun dia bukanlah seorang perempuan yang baik dan tidak mengenakan hijab dia tetap menjaga batas antara kaum adam walaupun dia rapat dengan Hazzam.

"Ok ke? Monyok je muka" tanya Arya hati hati.

"Huh? Ok je" jawabnya seakan tersedar dari lamunan.

Sesampainya di sekolah mereka berdua di kejutkan oleh Karissa yang tetiba muncul dari dinding. Hazzam meninggalkan mereka berdua lalu berjalan menuju ke kelasnya tanpa menghiraukan sesiapa.

"Arya" panggil Karissa.

"Hmm?"

"Mahu tahu rahsia aku tak?" Tanya Karissa dengan pelat indonesianya.

"Apa dia?" Arya tertarik dengan tawaran itu.

"Sebenarnya kan aku suka Hazzam" kata Karissa sambil tersipu sipu malu. Arya terdiam. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Adakah dia patut bergembira kerana sahabatnya gembira seperti yang ada di dalam novel? Ntahlah dia berasa cemburu tiba tiba.

"Betul ke?" Tanya Arya dengan muka serius.

"Iya.. kenapa muka kamu macam itu?"

"Huh? Nothing" ujar Arya lalu pura pura ketawa seperti dia bahagia apabila melihat sahabatnya bahagia.

"dia sangat baik dan prihatin sama aku. sejujurnya inilah kali pertama aku menyukai seseorang"

*****

Sewaktu rehat Arya sengaja memberi tahu Karissa bahawa dia ada perjumpaan dengan ahli kelab balet walaupun sebenarnya tiada.

Sejak Karissa berkata dia suka Hazzam mood nya jatuh ibarat sesuatu jatuh dari gunung Everest.

Dari jauh dia melihat Hazzam dan Karissa tertawa bersama sambil makan. Hati dia sakit melihat itu.

Jadi dia mengambil keputusan untuk menyendiri di taman sekolah yang kelihatan agak seram.

"Kenapa aku rasa cemburu dengan diaorang?"

"Biar jelah .."

"Takkan aku nak hancurkan persahabatan ni macam tu je.."

Arya bercakap seorang diri seperti ada orang di hadapannya yang mendengar apa yang dia kata kan.

"Woi cakap dengan hantu ke?" Tegur seseorang dari belakang.

r u mine?Where stories live. Discover now