26

1 0 0
                                    

arya yang sudah lengkap berbaju sekolah membuka pintu rumahnya dengan pelan. langit masih belum menaikkan matahari. namun, seorang arya tekad untuk keluar awal pada pagi itu mengelakkan diri daripada bertembung dengan ayahnya.

baru sahaja dia mahu membuka pagar, dia ternampak azzam memarkirkan motorsikalnya di tepi dinding.

untuk seketika mereka beradu pandangan mata tanpa sedar.

*****

"azzam minggu depan mama nak kawin" kata puan sarah sebaik sahaja masuk ke dalam bilik anak terunanya.

azzam mahu membantah namun suaranya seakan tidak keluar dari tekak.

"bila?" tanpa diduga soalan itu yang muncul dari tekaknya.

"hah? h-hari jumaat" ujar puan sarah sedikit gagap.

nampaknya peluang untuk memiliki arya semakin suram..

"oh" azzam kembali membuat kerja rumahnya tanpa memandang mamanya yang duduk di birai katilnya.

"azzam setuju? mama kawin dengan uncle kamal?" tanya puan sarah menginginkan kepastian dari anak terunanya.

"kalau azzam bantah mama akan ikut cakap azzam?" tanya azzam balik seraya memandang kedua mata puan sarah.

"k-kalau azzam tak setuju takpe. mama boleh batalkan"

"takpe. teruskan je. azzam bukannya penting sangat pun nak halang orang yang nak bina masjid" ujar azzam menyelitkan sindiran dalam kata katanya. sejujurnya dia kecewa. kerana tidak akan dapat untuk memiliki arya yang sudah lama dia sukai.

puan sarah terdiam. dia mengetap bibir bawahnya.

"sebenarnya.. mama mengandung.." puan sarah mengaku di hadapan anaknya. perlahan air mata turun mengalir di pipinya apabila menyadari kekilafannya.

hazzam terkejut bukan main. pen yang berada di dalam genggaman nya di genggam kuat bagi menyalurkan rasa kecewanya.

nak marah pun tiada guna. benda dah berlaku.

"arya setuju?" tanya azzam kepada mamanya.

"tak tahu.. uncle kamal kata dia akan cakap dengan arya"

azzam terdiam. keadaan menjadi hening.

kringgg kringgg

sebuah panggilan masuk ke dalam telefon azzam. panggilan dari rakannya itu di angkat. dia sedaya upaya menahan emosinya.

"ya?"

"haa ye japgi aku sampai"

TUT

azzam menyudahkan panggilan lalu meminta izin untuk keluar dari mamanya "azzam jumpa kawan dulu assalamualaikum"

puan sara hanya mengangguk membenarkan.

*****

"awal kau turun?" sapa azzam untuk cover malunya menatap anak dara orang pagi pagi buta. sejujurnya dia merindui 'sahabat' nya itu.

arya menghadiahkan jelingannya kepada azzam lalu dia membuka pagar rumahnya.

sebuah kereta myvi berwarna putih berhenti tepat di hadapan arya. tanpa berkata apa apa, dia masuk ke seat belakang.

azzam melepaskan keluhan beratnya lalu masuk ke dalam rumahnya dengan kunci pendua yang diberi mamanya. salam di beri.

" waalaikumussalam, azzam.. kenapa tak balik malam tadi? mama risau tau" ujar puan sarah sebaik sahaja dia menutup api nasi goreng nya.

"tertidur rumah kawan" jawab azzam lalu berlalu masuk ke dalam biliknya untuk berkemas. beberapa jam lagi dia harus turun ke sekolah.

*****

elya masuk ke dalam bilik edian lalu merebahkan diri di atas katil edian dengan selamba. edian segera menutup laptop nya yang menyala tadi dengan tergesa gesa.

elya yang hairan melihat tingkah kembarnya segera menghampiri edian.

"kau sorok apa tu?" tanya elya sus. edian tidak berani memandang anak mata elya. elya tahu bahawa edian tidak bisa berbohong dengannya.

"chat awek ek?" teka elya seraya tersenyum sumbing.

"m-mana ada" nafi edian lalu memeluk erat laptopnya.

elya menghampiri edian. lalu dengan kasar dia merampas laptop edian.

"elya j-jangan!"

elya membuka laptop edian. terpapar sebuah berita yang membuatkan elya terkejut besar.

tangannya menggigil akibat ketakutan yang anat sangat.

"kan aku dah kata jangan bukak" ujar edian lalu mengambil laptopnya dari tangan elya. edian memeluk kembarnya dengan erat, serentak dengan itu elya mengalirkan air matanya. dia teresak esak di dalam pelukan edian.

edian mengosok pelan belakang kepala elya.

"shh.. dia takkan dapat cari kita"

r u mine?Where stories live. Discover now