10

3 1 0
                                    

Karissa masuk kedalam rumahnya selepas memberi salam. Dia berjalan dengan langkah longlai sambil menundukkan kepalanya ke lantai.

Dia mengangkat wajahnya apabila terdengar bunyi gelak ketawa dari ruang tamu. Ada tamu ke?

Dia berjalan menghampiri ruang tamu yang tidak jauh dari pintu utama.

"Papa.." panggil nya perlahan. Encik Sebastian berhenti ketawa lalu memandang anaknya yang berdiri tidak jauh dari nya.

Di sana terlihat seorang perempuan 30-an bertudung , seorang perempuan dan seorang lelaki yang mungkin sebayanya.

"Siapa mereka?" Tanya Karissa, sebelum ini Encik Sebastian tidak pernah membawa orang luar masuk.

"Kenalin mama baru kamu, Eliza dan saudara tiri kamu, Elya dan Edian kembar" Encik Sebastian memperkenalkan mereka dengan senyuman bahagia.

Karissa terdiam. Maksudnya ayahnya kawin baru? Secepat itu? Ibunya baru di jemput ilahi pada tahun lepas.

"Mam-ma baru.." ujar Karissa perlahan.

"Ni ke anak abang? Cantik lah" puji Puan Eliza sambil tersenyum manis. Elya yang duduk di kerusi bertentangan dengan mama nya menjulingkan mata, manakala Edian hanya menatap kosong.

"Em uncle mana bilik kami? We need rest" Elya bertanya dengan senyum yang di buat buat.

"Bilik Elya dengan Edian ada di tingkat dua, Karissa hantar mereka" ujar Encik Sebastian lalu memberi arahan kepada anaknya.

Tanpa bertanya lebih lanjut Karissa berjalan menuju tangga apabila melihat Elya dan Edian bangkit dari duduk lalu menjinjing beg pakaian masing masing.

"Cantik rumah kau. Anak sultan" kata Elya sambil menatap ke sekeliling rumah barunya.

Karissa diam tidak menjawab. Dia tidak selesa dengan pandangan Edian yang dari tadi menatapnya dengan wajah dingin.

"Memandangkan kitaorang ni adik beradik tiri kau, jangan harap kau nak buat kitaorang macam orang gaji macam yang dalam cerita Cinderella tu" kata Elya dengan senyuman penuh makna.

Edian memandang adik kembarnya lalu memandang Karissa yang berdiri di sebuah bilik.

"Ini bilik untuk Elya dan di depan sana bilik Edian. Di sebelah ini bilik saya" Karissa menerangkan dengan ringkas dan mudah.

Elya masuk ke dalam biliknya lalu memandang biliknya dengan muka tidak suka.

"Okay, asal bilik ni simple sangat??!!" Tanya nya dengan keras tapi perlahan.

"Okay calm down, kau boleh beli apa je yang kau nak. Dia kan kaya? Mesti dia bagi duit banyak punya" Elya bercakap dengan diri sendiri untuk menenangkan dirinya.

Dia keluar dari biliknya lalu pergi menerjah ke bilik Karissa.

"Okay, ni lagi buruk" ejek Elya selamba saat memandang bilik karissa yang simple.

Karissa yang sedang membaringkan dirinya terkejut apabila pintu biliknya di terjah tanpa di ketuk.

"Ada apa?" Tanya Karissa.

"Nothing" kata Elya lalu keluar dari bilik Karissa tanpa menutup pintu.

Elya menuruni anak tangga satu persatu. Dia menghampiri ayah tiri dan ibu nya yang sedang rancak berbual.

Dia berselisih dengan abang kembar nya yang kebetulan mahu naik. Tapi dekat atas ni baru naik ke tingkat atas, dia buat apa dekat bawah?

"Kau nak pergi mana?" Tanya Edian.

"Mall maybe. Nak beli perabot dalam bilik. Terlalu buruk. Rumah je cantik tapi bilik, huh hampehh" kutuk Elya selamba lalu berjalan turun tanpa menunggu balasan dari Edian.

Edian hanya mengelengkan kepala melihat perangai adik kembarnya bergitu.

"Mama, Elya nak pergi beli perabot dalam bilik boleh?" Elya meminta izin mama nya.

"Pergilah" Puan Eliza memberi keizinan.

"Kamu ada duit?" Tanya Encik Sebastian.

Perlahan Elya mengelengkan kepalanya dengan wajah di buat buat sedih.

"Nah, belilah apa apa" kata Encik Sebastian sambil menghulurkan kad kreditnya.

"Berapa duit dalam ni?" Tanya Elya teruja.

"6 ribu ringgit" jawab Encik Sebastian. Dia tersenyum apabila melihat anak tiri nya gembira.

"Woahh thank you uncle!" Kata Elya dengan sedikit nyaring.

r u mine?Where stories live. Discover now