30

1 0 0
                                    

encik kamarul mengikut saran doktor nisa untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan cubaan untuk membunuh isterinya.

kemudian, encik kamarul menempatkan puan anisah ke dalam bilik vip dan dua orang anggota polis diarahkan untuk berjaga di hadapan wad puan anisah untuk langkah keselamatan.

"arya"

arya yang baru balik dari kantin hospital berhenti berjalan apabila merasa dirinya di panggil.

"nak apa" jawab arya dengan dingin apabila menyadari bahawa orang tersebut ialah hazzam.

"kau kena tolong aku"

"apehal saya nak tolong awak pulak?" tanya arya sarkastik.

"kalau kau taknak, jadi biar jelah kejap lagi kita akan tukar status jadi adik beradik tiri" ujar hazzam dengan sinis lalu menyandarkan belakang badannya ke dinding.

arya menatap tajam ke arah hazzam yang seakan tenang dengan kata katanya.

"daripada beradik beradik dengan awak baik beradik beradik dengan beruk!" balas arya.

"aku serius. ayah kau dengan mama aku nak kawin petang ni" ujar hazzam dengan muka serius.

"apesal harini? bukan minggu depan ke? gelojoh naww" ujar arya dengan sinis sempat tertawa sinis di hujung ayatnya. hazzam hanya diam mendengar.

"aku taknak diaorang kawin" sebab kalau diaorang kawin, aku takkan dapat kau. ayat terakhir hanya mampu diucapkan dalam hatinya tanpa didengari sesiapa.

"kenapa kau taknak? takkan kau tak sokong mama kau bolot harta ayah aku?" sekelip mata arya bertukar bahasa.

"aku tak pernah nak bolot harta ayah kau! dan mama aku bukan nak bolot harta ayah kau! aku tahu sebab aku yang tinggal dengan dia dari merah tapak kaki aku sampailah aku besar tinggi macam ni" balas hazzam apabila mamanya diperlekehkan.

"dahtu? sampai bawak perut tu. apa lagi? mestilah nak bolot harta orang kan?" tanya arya sinis.

"aku tak sangka pemikiran kau secetek ni" ujar hazzam dengan riak kecewa.

"baiklah kalau ni yang kau nak. selamat, sebab kita akan menjadi adik beradik kejap lagi" ucap hazzam sebelum berlalu pergi. tiada apa yang perlu di bincangkan lagi. arya ego dia lagilah ego.

arya mematung di tempatnya. cuba untuk memproses apa yang baru terjadi. perlahan dia faham apa yang berlaku. dia melorot jatuh terduduk di atas kerusi.

air matanya tak dapat di bendung lagi. ayahnya benar benar tekad untuk mengahwini puan sarah. orang yang menjadi punca ibunya masih terlantar di hospital. malah masih tidak sedarkan diri.

hazzam menyesal kerana berlalu begitu sahaja tadi, sepatutnya dia bekerjasama dengan arya untuk menghancurkan majlis akad nikah ibunya dan ayah arya. namun, lain pula yang jadi.

nampaknya dia perlu bertindak sendiri tanpa bantuan sesiapa.

*****

"ayah dekat mana sekarang?" tanya arya tanpa basa basi sebaik sahaja panggilan nya di angkat.

"dekat office ni. kenapa?"

"bagitau hal sebenar atau arya akan hancurkan majlis ayah" ugut arya dengan dingin. wajahnya dingin membeku sambil menatap ibunya.

"arya.. ayah- umm.. ayah dekat pejabat agama.."

TUT

panggilan dimatikan begitu sahaja. kemudian nama seseorang di cari. setelah di temui, dia mendail no orang tersebut.

"tolong saya.."

*****

encik sebastian menghirup sedikit kopinya lalu cawan diletakkan kembali di atas meja.

"bodoh! sedikit saja lagi dia akan mati! kenapa kau bodoh sangat tidak melihat keadaan?!"

"maaf tuan, saya janji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi" ujar wanita itu dengan kepala tertunduk ke bawah.

"sebab kau! aku tak dapat nak jatuhkan kamarul! sebab kau jugak! plan aku hampir hancur!"

"maaf tuan"

"pergi kau! sebelum kaki kau hilang sebelah sekejap lagi" halau encik sebastian dengan kasar.

"baik tuan" wanita itu hanya akur lalu menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat. kemudian dia melangkah keluar dari pejabat encik sebastian. dalam hati dia merutuki majikannya itu

'bodoh! takkan lah aku nak bunuh mak aku sendiri!'

r u mine?Where stories live. Discover now