11

1 0 0
                                    

Waktu sudah menginjak pukul 11 malam. Elya duduk keletihan selepas mengemas biliknya.

(Abaikan kucing x sedar diri yang terselit dalam tu, ok gurau)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Abaikan kucing x sedar diri yang terselit dalam tu, ok gurau)

Dia berpuas hati dengan hasil kerjanya walaupun tidak banyak yang perlu di letak dan di susun tapi dia lebih penat memilih dan membeli barang tersebut.

Dia suka jadi anak orang kaya, walaupun dia hanya anak tiri tapi dari segi layanan ayah tiri nya mungkin dia akan di manja kan seperti anak sendiri.

*****

Karissa berhenti dari menyalin nota. Dia memandang kosong buku yang bertimbun di atas mejanya.

Dia mengeluh. Dia sedih kerana ayahnya telah melupakan ibu nya. Dia ingatkan ayahnya tidak akan berkahwin lagi tapi sangkaannya meleset. Malah sekarang dia bukan ada ibu tiri saja, dia ada adik beradik tiri juga.

Tadi dia melihat ayahnya memberikan kad kredit kepada anak tiri baru sehari itu. Tipu lah kalau dia kata dia tak cemburu. Dia yang anak kandung pun tak pernah di beri kad kredit, ini kan pula di manja oleh ayahnya.

Semua kerana trajedi yang menimpa keluarga mereka sehingga semuanya berubah 360 darjah.

Hidup nya hanya di penuhi dengan raungan dan tangisan dirinya yang sering dipukul. Hadirnya sahabat barunya membuat kan dia ingin bangkit dan bertahan.

Dia berharap ini adalah destinasi terakhir dia. Dia tidak mahu meninggalkan Arya dan Hazzam yang sudi jadi teman nya.

Dia membelek muka surat buku kerja nya yang hanya tinggal beberapa helai muka surat belum di isi dengan jawapan.

Minggu hadapan ujian pertengahan akan bermula. Dia harus belajar supaya nama nya yang akan di tulis sebagai pelajar no satu dalam kelas. Mungkin dengan itu dia dapat membanggakan ayahnya jika dia dapat no 1 kerana ayahnya mahu dia belajar sampai dia dapat no 1 .

Tiba tiba pintu biliknya di terjah. Encik Sebastian masuk dengan muka singa nya.

"Ini! Kamu habisin lima buku ini sebelum exam minggu hadapan" tanpa salam Encik Sebastian melemparkan lima buah buku latih tubi untuk Karissa.

"Baiklah" akur Karissa lalu menyusun barunya di bawah buku latih tubu nya baru di beli ayahnya beberapa hari yang lalu.

"Kenapa buku yang saya beli dua hari kelmarin belum di habisin?!" Tanya Encik Sebastian dengan marah.

"Ka-" belum sempat Karissa mahu membela dirinya Encik Sebastian segera memotong.

"Ini pasti gara gara kamu main ponsel! Sini ponsel kamu! (ini mesti sebab main telefon! Sini telefon kamu!)"

"Ngak ayah, sumpah gak. Rissa udah tiga hari gak main ponsel (tak ayah, sumpah tak. Rissa sudah tiga hari tak main telefon)" Karissa membela dirinya.

"Sudah pandai menjawab kamu ya!" Encik Sebastian segera memukul anak nya dengan tali pinggang.

"Sakit ayah!" Karissa meraung kesakitan. Pasti badannya akan calar balar esok.

"Makin besar makin kurang ajar kamu! Sekali lagi kamu menjawab mampus kau" kata Encik Sebastian dengan amarah yang meluap lalu membuka laci meja anaknya dan mengambil telefon yang sudah tiga hari tidak di cas itu.

Karissa yang baring meringkuk di lantai menangis. Bukan kerana telefon nya di rampas tapi kerana sakit yang menjalar di segenap tubuhnya.

Dia ingatkan dengan ada nya orang baru dalam rumah itu Encik Sebastian akan melupakan niat nya untuk memukul Karissa tapi sekali lagi sangkaan nya meleset.

*****

Elya yang terdengar bunyi raungan di bilik sebelah mula keluar dan mengintai dari celah pintu yang tidak di tutup rapat. Dia terkejut apabila melihat ayah tiri nya memukul anak kandungnya sendiri.

Dia hanya melihat dengan kaku tanpa suara. Nafasnya seperti tersekat. Dia masuk ke dalam biliknya lalu mengunci dari dalam.

Serta merta memori yang dia cuba lupakan menerjah ruang ingatannya membuatkan dia menangis ketakutan.

r u mine?Where stories live. Discover now