𝗘𝗣𝟭𝟰 | 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗲

Start from the beginning
                                    

Pantas dia menggeleng.

"Taknak aku. Kau tu dahlah najis mughallazah"

Penumbukku diangkat. Mulut dia kalau busuk bau sampah habis. Hoshi hanya ketawa melihat reaksi aku.

"Kalau ya pun tak payahlah bawak phone pergi tandas. Kau ingat kitorang hamak ke Iphone Seventen Pro Max kau tu" perli Seungkwan saat aku membuka langkah.

Sebuah jelingan diberikan. Pantang nampak aku senang sikit.

Mengikut katanya, telefon bimbit tadi diletakkan kembali atas meja. Aku mengangkat kedua belah tangan. "Okay ? Dah boleh pergi dah ?" soalku.

Seungkwan mengangguk puas manakala Hoshi mengangkat ibu jari. Dokyeom sempat melambai seperti aku takkan kembali lagi. Mahu saja waktu itu aku mengangkat jari tengah. Fikirkan member sahaja.

+×+

Knock ! Knock !

Pintu bilik diketuk. Aku membetulkan jaket di badan. Hujung T-shirt hitam yang tersarung disumbat masuk ke dalam seluar. Botol cologne yang berada di atas meja diambil lalu disembur tiga kali ke leher dan tubuh.

"Sunbae, jomlah ! Nanti lambatlah" rengek Hayoon di muka pintu malas.

Entah mengapa namun bibir aku ni tak henti - henti mahu tersenyum. Teringatkan cara panggilan Hayoon yang mula berubah membuatkan aku semakin teruja.

Tombol pintu dibuka tanpa amaran.

bbuk !

Kami berdua kini terbaring di atas lantai dek kerana Hayoon yang bersandaran ke pintu. Tanganku melingkari bahunya manakala dia memeluk pinggangku erat.

"Aduh, sakit punggung aku. Sunbae lain kali bagitahulah bila nak bukak pintu !" marahnya sambil duduk.

Aku ketawa mendapatkan jelingan dari gadis itu.

"Orang marah dia gelak pulak. Ish, jomlah. Dah lambat ni" dia membebel. Kakinya dihayun menuruni tangga sambil mencebik. Aku hanya mengikut tanpa banyak suara. Mungkin kerana mood aku baik harini ?

+×+

Mataku dikebilkan sekali lagi. Mereka semua terkaku melihat kami berdua berdiri bersebelahan. Aku menjeling Hayoon setelah bertemu mata dengan Jungkook.

"Er, kan korang nak habiskan tiket yang Jeonhwa beli. Jadi aku ajaklah Mingyu sunbae. Korang tak kisah kan ?" soal Hayoon mengangkat kening.

Masing - masing mengangguk janggal. Aku mencuit Hayoon di sebelah.

"Kau cakap kita dua je ?" kepalaku ditundukkan.

Ini sampai semua sahabat dia diajaknya. Tambah sakit hati lagi bila Jungkook ada bersama menjeling. Bahu Hayoon dibawa mendekat.

Memberi amaran bahawa gadis itu adalah milikku. Lelaki tersebut melepaskan wajah jengkel. Tangannya memeluk tubuh benci.

Ingat kau sorang je yang benci, aku seribu satu kali lagi benci tau.

"Masa bila ? Saya tanya sunbae nak ikut saya ke funfair ke tak. Itu je" bisik Hayoon pula. Keningku diangkat.

Dia ni nak bermain - main kata pula. Gigit mulut tu kang. Baru tahu bila hendak menjawab dan bila hendak meminta maaf. Dah buat salah, tak nak mengaku.

"Er, takpe ! Kitorang lagi suka" Jeonhwa berlari mendekati aku tersenyum - senyum.

Aku melarikan diri ke sebelah kanan Hayoon cuba untuk mengelak. Gadis itu mencebik melihat aku yang menjauh.

Hayoon menoleh. "Jangan dekat sangatlah !" dia memberi amaran di balik nafas geram. Risaukan sahabat - sahabatnya dapat menguraikan rahsia kami berdua.

"Erm, korang dah lama sampai ke ? Sorrylah lambat. Aku tunggu bas" tipunya walhal tadi naik motor dengan aku merempit di atas jalan.

Jungkook orang pertama yang menggeleng.

"Tak adalah. Kami semua baru saja sampai. Tak lama pun" ujarnya mengundang senyuman manis di bibir Hayoon.

Aku menggulingkan anak mata. Baru cakap sikit dah tersengih - sengih ?

"Kalau macam tu jomlah. Nanti dah lambat tak sempat nak main" Hayoon memeluk lengan Jeonhwa manja. Mereka semua mengangguk manakala aku menyeluk tangan ke saku seluar.

Sangka mahu keluar date, rupa - rupanya jadi babysitter tak berbayar di sini.

"Oi, Kim Mingyu !!" jerit seseorang dari jauh.

Tubuhku kaku. Macam suara sumbang Hoshi je yang aku dengar ni. Tapi dekat mana eh ?

"Yah, Kim Mingyu !" suara Seungkwan menjengah gegendang telinga.

What the-

"Hai, semua" Hoshi dan Seungkwan ketawa mengekek menggoyang - goyangkan bahu ke arah kami. Malah bukan mereka berdua sahaja. Dokyeom, Hyunjae, Jeonghan sunbae dan Seungcheol sunbae juga ada.

"Huwa.. ramainya" tegur Hayoon sambil mengerling aku di sebelah.

Kedua belah tanganku diangkat. Sumpah bukan aku yang ajak mereka ke sini.

"Kitorang nak join sekali boleh ?" Jeonghan sunbae menunduk menyoal dengan senyuman manisnya.

Hancur. Hancur rancangan aku harini.



 mas hesmes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

mas hesmes. MAMA malam ni woi sksks hehe

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now