Tercengang Irsyad di situ. Pertama kali melihat orang kaya begitu, tiba-tiba sahaja itu papa Hana. Tidak semena-mena wajahnya dipandang tajam oleh papa Hana.

"Anak saya bukan perempuan sial ya, jaga mulut sikit. Dan Hadi, terima kasih sebab pertahankan maruah anak saya yang dipijak oleh..."

"Irsyad,"

"Ya apa-apa sahajalah. Kamu boleh keluar, saya ada urusan nak dibincangkan bersama Hadi. "

Mendengar itu, Irsyad mengangguk dan pantas keluar dari bilik kesihatan. Dalam masa yang sama hatinya menjadi sebal. Tak suka melihat keakraban papa Hana dan Hadi.

Heiz yang berada di muka pintu sempat mengangkat tangan kepada Irsyad. Kini tahulah dia bahawa Hana dan Heiz rupanya adik beradik.

***

HADI masih menunduk. Tidak biasa, dia kekok. Sedari tadi, dirinya diperhati oleh papa Hana.

"Hadi okey?" Nada Tuan Hans sudah berubah.

"Er... Okey Tuan." Jawab Hadi.

Tiba-tiba Tuan Hans tergelak. Hadi mula terkebil-kebil, dia buat lawak pun tidak. Dah kenapa papa Hana ni gelak?

"Kamu jauh beza dengan yang dulu."

"Maksudnya?" Soal Hadi. Bila pula dia kenal dengan papa Hana?

"Kamu tak ingat Hana?" Soal Tuan Hans di depannya dengan wajah terkejut.

Perlahan-lahan dia gelengkan kepala. Otaknya terasa kosong. Serasa, pertama kali dia kenal Hana sewaktu dia form 1.

"Allah, patutlah! Kamu ingat tak dulu kamu ada bercuti di pantai dan kamu berjumpa seoarang budak perempuan?"

Hadi cuba mencari segala memori yang tersemat di mindanya. Bercuti di pantai? Jumpa budak perempuan?

9 Tahun yang lalu,

Langkah diatur mendekati seorang kanak-kanak perempuan, entah. Dia tertarik.

Sebaik sahaja sampai dihadapan kanak-kanak perempuan itu, tiga biji gula-gula dihulur.

"Ambil lah." Ucapnya senada.

Sebaik sahaja kanak-kanak itu mengangkat wajah, Hadi terpana.

Mata dia warna hijau! Mana nak beli eh?

"Tak nak." Tolak kanak-kanak perempuan itu.

"Habis kau nak apa? Kenapa kau duduk sorang-sorang?" Hadi memerhati sekeliling, melihat jika ibu bapa kanak-kanak perempuan itu ada atau tidak.

Namun tanpa disangka, Hana pantas berdiri. Tidak selesa, dan kekok.

"Aku cakap dengan kau ni." Hadi merengus geram.

Orang bagi coklat tak nak pulak, tadi macam depress. Ke budak ni lari? Mata Hadi membulat.

"Kau kene culik eh? Lepastu kau lari kan?"

"Apa benda awak merepek ni?" Hana terus meninggalkan kanak-kanak lelaki dihadapannya.

"Aku Hadi, kau?"

"Hana! Ya Allah, papa cari Hana dekat bilik mama. Kenapa Hana pergi pantai sendiri ni?"

Papa datang? Mata Hana bersinar.

Hadi melihat wajah pakcik dihadapannya, ouh bapa dia. Mata hijau sebab tu Hana ni mata hijau.

"Kawan baru Hana ya?" Soal pakcik yang bergelar papa Hana.

"Tak lah, saya nak bagi dia coklat je. Dia sombong." Senada Hadi.

Apa? Betul lah dia bagi Hana tu coklat je, lepastu dia nak pergi main pasir. Tak akan dia nak berlakon jadi sahabat Hana pulak.

Lelaki yang digelar papa oleh Hana menggaru kepala, matang budak lelaki ni. Cakap macam orang besar.

"Okey, tak apalah. Mari Hana."

Baru sahaja pakcik itu dan Hana mahu beredar, Hadi menarik baju Hana.

"Coklat kau."

Terkebil-kebil Hana mengambil.

Hadi hanya memandang langkah Hana dan papanya. Bibir dicebik, biarlah tak penting pun. Paling penting sekarang, dia nak main pasir.

MEMBULAT mata Hadi tatkala kenangan itu berputar. Dia ingat! Percutian itu, sewaktu dia berusia 8 tahun. Jadinya pakcik tu... Laju Hadi mengangkat wajahnya.

"Uncle lah pakcik tu dan ini Hana yang kamu bagi coklat tu." Tuan Hans melemparkan senyuman. Kepala Hana diusap. Hana masih lena.

Hadi terkedu. Rasanya bercampur baur. Tidak tahu mahu teruja atau apa. Patutlah mata Hana berwarna hijau. Kenapa dia tak perasan persamaan itu selama ini?

"Hana budak coklat," gumam Hadi perlahan kemudian tersenyum. Wajah Hana direnung.

Dahulu dia yang dingin namun dia yang terhegeh memberi Hana coklat, kini Hana pula terhegeh dengannya. Terbalik.

"Uncle terserempak dengan ayah kamu waktu percutian tu. Kami pun mula berkawan dan jalinkan beberapa bisnes bersama." Terang Tuan Hans dihadapannya.

"Minta maaf sebab tak cam Tuan..." Bicara Hadi dipintas oleh Tuan Hans.

"Panggil Uncle je, tak perlu Tuan sangatlah. Kalau nak mudah panggil papa pun boleh,"

Tersedak Hadi dibuatnya. Hans pula tergelak melihat wajah anak muda di depannya bertukar kemerah-merahan.

***






Esok nak Hadi&Hana lagi atau Zeyad Aslan pula? 🤔
Terima kasih baca! 🤍

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now